A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiologi
  6. /
  7. Radiologi Umum
  8. /
  9. MODALITI PEMERIKSAAN KHAS

MODALITI PEMERIKSAAN KHAS

Modaliti pemeriksaan merupakan peralatan pengimejan yang terdapat di Jabatan Pengimejan Diagnostik yang membolehkan pelbagai perkhidmatan disediakan seperti Magnetic Resonance Imaging (MRI), CT Scan, Angiografi dan sebagainya.

Apa maksud modaliti pemeriksaan?

Modaliti pemeriksaan merupakan peralatan pengimejan yang terdapat di Jabatan Pengimejan Diagnostik yang membolehkan pelbagai perkhidmatan disediakan seperti Magnetic Resonance Imaging (MRI), CT Scan, Angiografi dan sebagainya.

Jenis modaliti pemeriksaan

  • Modaliti pemeriksaan am
  • Modaliti pemeriksaan khas
Modaliti Pemeriksaan Am

Merupakan peralatan pengimejan yang digunakan untuk pemeriksaan dada, anggota atas dan bawah, bahagian abdomen, tulang belakang, tulang pinggul dan sebagainya.

Pemeriksaan ini biasanya mengambil masa yang lebih cepat berbanding pemeriksan khas tanpa memerlukan temujanji dan persediaan khusus.

Modaliti Pemeriksaan Khas

Merupakan peralatan pengimejan yang digunakan untuk pemeriksaan khas.

Pemeriksaan ini selalunya mengambil masa yang agak lama dan memerlukan temujanji serta persediaan khusus.

Jenis-jenis pemeriksaan yang biasanya dijalankan ialah seperti:

  • Fluoroskopi

  Merupakan mesin yang digunakan untuk kajian seperti berikut;

– Sistem saluran gastrointestinal seperti kajian barium contoh barium enema, barium swallow, barium meal dan lain-lain lagi.

– Sistem saluran urinari seperti Micturating Cystourethrography (MCU) dan yang berkaitan.

– Sistem reproduktif seperti Hysterosalpingography (HSG) dan yang berkaitan.

  • Mammografi

Merupakan pemeriksaan khas ke atas payudara bagi mengesan ketumbuhan dan sebarang keabnormalan.

  • Tomografi Berkomputer (CT Scan)

Tomografi berkomputer (CT Scan) adalah penggabungan satu siri X-ray yang diambil dari sudut yang berbeza dengan prosesan komputer untuk membuat gambar keratan rentas tulang dan tisu.

  • Orthopantomografi (OPG)

Pemeriksaan khas yang dapat memperlihatkan imej panaromik gigi yang menunjukkan maksilla dan rahang bawah, semua gigi termasuk sinus frontal dan rahang atas, rongga hidung dan sendi temporomandibular.

  • Ultrasound

Merupakan pemeriksaan radiologi ke atas organ dan anggota badan dengan menggunakan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi tanpa ada risiko radiasi mengion.

  • Magnetic Resonance Imaging (MRI)

Merupakan pemeriksaan yang menggunakan medan magnet dan gelombang radio untuk menghasilkan imej. Imej yang dihasilkan adalah lebih jelas terutama untuk organ dan tisu.

  • Interventional Radiology / Angiografi

Merupakan prosedur khas mendiagnosis dan merawat penyakit di hampir setiap sistem organ dengan menggambarkan bahagian dalam, atau lumen, saluran darah dan organ-organ yang terlibat.

Modaliti_Pemeriksaan_Khas_1Angiografi Modaliti_Pemeriksaan_Khas_2CT Scan
Modaliti_Pemeriksaan_Khas_3OPG Modaliti_Pemeriksaan_Khas_4Mesin X-ray Am

Modaliti_Pemeriksaan_Khas_5MRI

Modaliti_Pemeriksaan_Khas_6Ultrasound

Rujukan

  1. Hospital Selayang
  2. Institut Kanser Negara

 

Semakan Akhir : 3 Januari 2017
Penulis : Azmi Murad bin Taha
Akreditor : Norman Serbastian Alangaram

Artikel Berkaitan

Rawatan Fisioterapi untuk Bell’s Palsy

Bell’s Palsy adalah satu kelemahan otot muka disebabkan oleh inflamasi pada urat muka. Inflamasi ini meningkat di sekitar saraf muka yang mana ia melalui tengkorak dari otak. Inflamasi ini juga boleh menekan urat saraf. Sebahagian atau sepenuhnya urat saraf akan berhenti berfungsi sehingga inflamasi berkurangan. Otot muka tidak akan berfungsi sekiranya tidak disaraf oleh urat muka.

Forensik dan Mitos

Mayat adalah tidak berbahaya asalkan kematiannya tidak disebabkan oleh penyakit berjangkit atau ianya bukan pembawa penyakit berjangkit. Setakat ini, masih tiada sebarang bukti yang dilaporkan mengenai risiko kesihatan kepada orang awam yang terdapat pada jasad si mati.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,411,459

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia