A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Pemakanan
  4. /
  5. Kanak-kanak
  6. /
  7. Merancang Menu Sihat untuk...

Merancang Menu Sihat untuk Kanak-Kanak Sekolah

Pengenalan

Masa makan adalah masa untuk anak anda beristirahat bersama keluarga dan menikmati hidangan selepas sehari suntuk di sekolah. Ia adalah waktu yang sesuai untuk ibu bapa meluangkan masa dan berinteraksi dengan anak. Hidangan yang disediakan di rumah adalah lebih berkhasiat dan menjimatkan masa serta perbelanjaan jika ibu bapa bijak merancang menu. Merancang menu adalah mudah dan tidak mengambil masa yang lama jika anda membuat persediaan awal dan teratur.

Mengapa perancangan menu sihat penting untuk kanak-kanak sekolah?

  • Untuk membekalkan makanan dan snek yang sihat pada waktu yang bersesuaian sepanjang hari.
  • Memastikan kepelbagaian dalam setiap sajian agar anak mendapat makanan yang seimbang.
  • Untuk mengurangkan pilihan makanan berulang.
  • Membuat perancangan awal bahan yang diperlukan bagi mengelakkan daripada membeli di saat akhir atau dalam keadaan yang tergesa-gesa.
  • Untuk menjimatkan masa. Dengan merujuk kepada menu yang dirancang, anda boleh mengutamakan makanan yang boleh disedia awal.

Panduan am untuk merancang makanan sihat bersama keluarga

Adalah penting untuk merancang menu yang sihat dan digemari oleh kanak-kanak. Berikut adalah panduan untuk merancang menu anak:

  • Anda perlu rancangan 3 menu hidangan utama dan 2 menu snek sehari untuk memastikan anak mendapat makanan yang secukupnya. Rancang menu hidangan utama dan snek untuk jangka masa seminggu
  • Menu hidangan utama dan snek perlu merangkumi makanan daripada setiap 5 kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia. Jika terdapat kumpulan makanan yang tidak dimasukkan dalam menu hidangan utama, ia boleh dimasukkan dalam menu snek. Sebagai contoh, buah dimasukkan dalam menu snek.
  • Waktu makan juga perlu dirancang untuk mengambil kira waktu anak akan ke sekolah dan balik dari sekolah. Apabila hendak ke sekolah, berikan cukup masa untuk anak menghabiskan hidangan dan jangan tergesa-gesa. Lazimnya, anak pasti letih apabila pulang dari sekolah. Hidangkan makanan utama selepas anak berehat sebentar.

Tips merancang menu sihat untuk waktu makanan utama

  • Pastikan hidangan utama terdiri daripada 5 kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia.
  • Pilih hidangan daripada produk bijirin penuh (contoh: campurkan beras perang dengan beras putih)
  • Tambahkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam hidangan utama. (contoh : tomato dalam ayam masak merah)
  • Tambahkan satu sajian makanan daripada kumpulan ikan, ayam,daging atau telur serta kekacang seperti kacang panggang, kacang peas, dal atau tauhu. Contohnya, campurkan kacang peas dalam resipi ayam masak kicap atau campurkan tempe dalam sambal ikan bilis.

Tips merancang menu sihat untuk makanan snek

  • Masukkan sekurang-kurangnya 2 kumpulan makanan yang berlainan dalam setiap sajian snek.
  • Pilih snek berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, roti bijirin penuh, susu, keju dan dadih.
  • Kurangkan snek yang terlalu manis dan melekit seperti gula-gula yang boleh melekat pada gigi kanak-kanak yang boleh menyebabkan karies gigi.

Senarai semak plan perancangan menu sihat

Guna senarai semak berikut untuk memastikan menu yang anda rancang adalah lengkap:

  • Adakah anak anda mendapat pelbagai jenis makanan untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam setiap hari?
  • Adakah dia mengambil makanan daripada setiap kumpulan makanan?
  • Adakah dia meminum susu dan air kosong setiap hari?
  • Adakah anda berusaha untuk menyediakan hidangan dengan cara memasak yang berbeza setiap hari?
  • Adakah terdapat ulangan hidangan dan jenis makanan yang terlalu kerap? Contohnya ayam goreng 5 kali seminggu.
  • Adakah sajian anda tinggi nilai khasiatnya?

 

Semakan akhir : 19 April 2014
Penulis : Siti Mariam bt. Ali

 

Artikel Berkaitan

Penyusuan Susu Ibu dan HIV

Kajian awal yang dijalankan menunjukkan bahawa ? daripada bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang HIV positif dijangkiti virus HIV semasa penyusuan susu ibu, di mana penyusuan susu ibu dalam jangka masa yang panjang akan lebih mendedahkan bayi kepada jangkitan

Pemakanan Semasa Menghadapi Peperiksaan

Tiada satu jenis makanan yang boleh menjadikan otak kita lebih pintar. Jangan terpedaya dengan iklan atau suplemen yang boleh menjadikan anda lebih bijak. Makanan yang perlu diambil semasa menghadapi peperiksaan mestilah mematuhi saranan Piramid Makanan Malaysia mengikut keperluan tenaga dan umur.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,051,264

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia