A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Forensik
  6. /
  7. Menuntut Mayat: Tahukah Anda?

Menuntut Mayat: Tahukah Anda?

Penyerahan mayat kepada pihak waris dilakukan di Jabatan / Unit Perubatan Forensik selepas mengesahkan kesemua butiran si mati dan waris yang menuntut.

Pengenalan

Penyerahan mayat kepada pihak waris dilakukan di Jabatan / Unit Perubatan Forensik selepas mengesahkan kesemua butiran si mati dan waris yang menuntut.

Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas akan mengenalpasti nama simati sama ada kes kematian biasa atau kes polis.

Pengecaman Mayat

Bagi kes kematian biasa, pengecaman mayat akan dilakukan oleh waris. Bagi kes polis, pengecaman mayat dilakukan oleh waris bersama pegawai penyiasat polis yang berkaitan.

Tuntutan Mayat

Butir-butir peribadi waris yang menuntut mayat akan didokumentasikan ke dalam Borang Pengendalian Mayat dan Buku Daftar Kematian; atau Forensic Medicine Information System (FMIS) adalah seperti berikut:

  1. Nama waris
  2. No. Kad Pengenalan / Passport
  3. Alamat
  4. Hubungan dengan simati
  5. Tarikh dan masa penyerahan

Dokumen-dokumen yang akan diserahkan kepada waris adalah seperti berikut:

  1. Perakuan Pegawai Perubatan Mengenai Sebab-Sebab Kematian atau Perakuan Pegawai Perubatan Mengenai Sebab-Sebab Kematian (Post-Mortem)


     

  2. Borang Daftar Kematian / Permit Mengubur

Pastikan semua dokumen berkenaan dan barangan peribadi simati (jika ada) diambil semasa prosedur tuntutan mayat di kaunter Jabatan / Unit Perubatan Forensik.

Perkhidmatan pengendalian mayat dari wad ke mortuari, seterusnya diserahkan kepada waris adalah dianggap selesai setelah dokumen tersebut diserahkan.

Pengurusan Mayat

Urusan penyempurnaan mayat adalah tanggungjawab waris. Kementerian Kesihatan Malaysia tidak menyediakan perkhidmatan pengurusan mayat seperti mandi kapan, sembahyang atau pengawetan mayat.

Pihak hospital hanya menyediakan tempat untuk pengurusan mayat tanpa sebarang bayaran.

Kakitangan jabatan / hospital tidak terlibat dalam prosedur pengurusan mayat termasuklah mengiringi mayat dalam perjalanan untuk pengebumian.

Pihak hospital tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang insiden yang tidak diingini yang berlaku setelah mayat dituntut.

Sekiranya waris ingin menggunakan perkhidmatan kenderaan mayat milik hospital, bayaran hendaklah dibuat di Unit Hasil. Kadar bayaran bergantung kepada jarak perjalanan.

Pendaftaran Kematian

Waris dinasihatkan untuk mendapatkan Sijil Kematian di Jabatan Pendaftaran Negara selepas tempoh masa tiga hari bekerja. Sila bawa bersama:

  1. Borang Daftar Kematian / Permit Mengubur (Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian, 1957 (Seksyen 4(1) Kaedah 5 – JPN.LM02 (Pin1/11)


     

  2. Kad pengenalan simati

Untuk pendaftaran kematian di Sabah, waris hendaklah membawa bersama:

  1. Slip MF13 dan Borang B (JPN)


     

  2. Kad pengenalan si mati

Untuk pendaftaran kematian di Sarawak, waris hendaklah membawa bersama:

  1. Form VIII Medical Certificate of Cause of Death (BD9/68) atau Form IX Medical Certificate of Cause of Death (After Post-Mortem) (BD10/68)


     

  2. Kad pengenalan si mati

Penyerahan Mayat Warga Asing

Pihak kedutaan yang berkenaan perlu dimaklumkan untuk pengesahan taraf warganegara simati sebelum mayat tersebut diserahkan kepada waris / pihak yang diberikuasa.

Pihak yang menuntut mayat hendaklah berhubung sendiri dengan operator pengebumian berdasarkan kepada Garis Panduan Pengimportan Atau Pengeksportan Mayat Atau Mana-mana Bahagiannya (Edisi Pertama) 2006.

Rujukan

  1. Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil. 10/2012 Standard Operating Procedures of Forensic Medicine Services : No. Rujukan KKM87/P1/34/8 Jld 4 (76) bertarikh 22 Februari 2012

 

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Salina bt. Hisham
Akreditor / Penyemak : Dr. Khoo Lay See

 

Artikel Berkaitan

Remaja

MASALAH KESIHATAN MENTAL REMAJA KEMAHIRAN HIDUP

Peralatan Perlindungan Diri

Peralatan perlindungan diri banyak digunakan di tempat-tempat yang berisiko tinggi seperti kawasan pembinaan, kilang pembuatan, dan hospital. Jabatan Perubatan Forensik mengamalkan pematuhan penggunaan peralatan perlindungan diri untuk melindungi kakitangan daripada jangkitan penyakit semasa menjalankan bedah siasat.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,235,596

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia