A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Remaja
  4. /
  5. Menghormati Kepelbagaian

Menghormati Kepelbagaian

Kita semua sangat unik

  • Sebagai rakyat Malaysia,kita dilahirkan berbeza dan ini menjadikan kehidupan kita berwarna warni dan ceria.
  • Oleh itu penting bagi kita untuk menghargai nilai nilai perbezaan ini dan menghormati kepelbagaian tersebut.
  • Ini akan membantu kita menikmati kehidupan yang harmoni

Menghormati Kepelbagaian Apa itu kepelbagaian

  • Kepelbagaian merangkumi kebudayaan, etnik, kaum, jantina,ugama dan kepercayaan.

Bagaimana kita menghormati kepelbagaian

  • Untuk menghormati kepelbagaian ia meliputi menerima kepelbagaian tersebut dan menghormatinya.
  • Kita perlu memahami bahawa setiap individu adalah unik dan mengenalpasti perbezaan setiap individu tersebut.
  • Ianya sejajar dengan etnik, kaum,jantina,orientasi seksual, status sosio ekonomi, umur, kebolehan fizikal, kepercayaan ugama, fahaman politik dan ideologi.
  • Mendalami perbezaan dengan cara yang selamat ,positif dan persekitaran yang membina.
  • Memahami satu sama lain dan kepelbagaian yang terdapat pada setiap individu dengan bertoleransi ,bersama menghadapi dan meraikan kepelbagaian tersebut .

Apa yang perlu anda lakukan

  • Sentiasa mencari peluang untuk berinteraksi dengan satu sama lain dari kumpulan etnik yang berbeza.
  • Meraikan dan menghargai kepelbagaian dengan turut serta dalam perayaan atau festival kaum lain.
  • Berbangga dengan diri sendiri dan tradisi keluarga anda
  • Kongsikan tradisi keluarga anda agar rakan anda lebih memahami.
  • Menghormati dan menghargai orang lain tanpa mengira warna kulit, keupayaan fizikal atau bahasa yang digunakan untuk bercakap.
  • Menggalakkan perhubungan yang saling menghormati di kalangan masyarakat dengan pelbagai budaya, etnik, perkauman, seks, agama dan rohani.
  • Menggalakkan toleransi, penerimaan dan kecendurangan (affinity) yang merentasi perbezaan melalui komunikasi, pendidikan dan seni.

Apakah tanggungjawab anda

Belajar untuk menghargai perbezaan ini dengan

  • Cuba wujudkan peluang-peluang untuk berinteraksi dan menjalinkan persahabatan dengan orang-orang yang berbeza dari anda
  • Jadi contoh atau ‘role model’ untuk menunjukkan budaya dari kaum sendiri atau kaum lain
  • Berkongsi dengan rakan anda agar mereka mendapat kefahamanyang lebih baik
  • Halang sebarang prasangka dan diskriminasi di sekeliling anda untuk mewujudkan persekitaran yang positif
  • Jangan biarkan sentimen perkauman dan berprasangka buruk tanpa ditangani terlebih dahulu. Penting untuk menjelaskan bahawa sebarang gelaran atau panggilan nama yang merujuk kepada apa-apa jenis, sama ada ia adalah mengenai seseorang, agama, bangsa, latar belakang etnik atau orientasi seksual, adalah menyakitkan dan salah.
  • Cuba elakkan sebarang mesej yang merendahkan martabat dan memburukkan seseorang.
  • Jangan tunjukkan reaksi negatif sekiranya terdapat perbezaan contohnya mata atau warna kulit kerana ia adalah sebahagian dari variasi manusia
  • Galakkan persekitaran dalam sekolah atau kawasan kejiranan yang mana individu dari pelbagai latar belakang berasa lebih selesa menjadi diri sendiri
  • Sediakan ruang di kawasan atau dinding di bilik darjah atau dewan serbaguna untuk memaparkan poster yang menggambarkan budaya dan tradisi

Rujukan:

Menghormati Kepelbagaian2

Artikel Berkaitan

Eksibisionisme

Apakah maksudnya “Eksibisionisme”? Ini adalah salah satu perlakuan seks yang

Akne/Jerawat

Akne juga dikenali sebagai jerawat. Akne terjadi apabila liang roma tersumbat dengan penebalan kulit di pembukaan liang, minyak daripada bahan kosmetik atau tar

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,719,498

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-30 11:59:30
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia