A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Memahami penyakit sawan & epilepsi

Pergerakan aneh, pengsan dan sawan

Sawan atau tarik adalah cetusan aktiviti elektrik mendadak yang berlaku di dalam otak yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkahlaku atau aktiviti kanak-kanak tersebut. Ini dapat dilihat jika kanak-kanak:

  • Diam seketika.
  • Tiba-tiba keliru atau hilang kesedaran.
  • Kaki dan tangan menjadi keras/kejang.
  • Kaki dan tangan tersentak-sentak.
  • Tiba-tiba jatuh ke lantai.

Ramai kanak-kanak yang boleh mengalami kejadian yang menyerupai sawan. Pergerakan aneh atau pengsan ini termasuklah:

  • Tersentak.
  • Pergerakan semasa tidur.
  • Tindakan menahan nafas (breath-holding spells).
  • Refleks sawan anoxic (Reflex anoxic seizures).
  • Berangan.
  • Pengsan.

Apa itu epilepsi?

“Epilepsi” berasal daripada perkataan Greek “epilambanien”. Ia bermaksud “serangan”. Perkataan ini digunakan untuk menerangkan keadaan di mana serangan sawan yang berterusan berlaku tanpa sebarang rangsangan luar.

Epilepsi juga dikenali sebagai “sawan babi”, “cho chin” dalam bahasa Mandarin ataupun “kaka valipu” dalam bahasa Tamil.

Nota:

Sawan yang disebabkan oleh rangsangan tertentu adalah bukan epilepsi. Sawan jenis ini boleh disebabkan oleh demam yang tinggi, kadar gula yang rendah di dalam darah, selepas kecederaan kepala, apabila terdapat pendarahan di dalam otak atau pun apabila mendapat jangkitan kuman di otak.

Siapa yang menghidap epilepsi?

Sekurang-kurangnya 1% daripada semua kanak-kanak akan mengalami sawan yang berlaku tanpa rangsangan tertentu, tetapi hanya separuh daripada mereka ini yang akan seterusnya mendapat epilepsi.

Mengapa anak saya menghidap epilepsi?

Penyakit epilepsi disebabkan oleh sel-sel otak yang tidak berfungsi dengan baik. Terdapat arus elektrik kecil yang berlaku semasa sel otak berfungsi.  Apabila aliran elektrik ini menjadi tidak stabil, berlaku gangguan seperti “short circuit” dan sawan akan berlaku.

Kanak-kanak yang menghidap epilepsi ada kecenderungan untuk membentuk aliran elektrik otak yang tidak stabil. Ini disebabkan oleh:

  • Faktor keturunan dan kecenderungan semula jadi mendapat sawan.
  • Struktur otak yang abnormal semasa pembentukan janin di dalam kandungan.
  • Kerosakan otak yang disebabkan oleh jangkitan otak, kekurangan oksigen / lemas atau pendarahan di bahagian otak.
  • Penyakit otak yang berlanjutan, contohnya kanser otak atau penyakit yang menyebabkan sel-sel otak semakin susut.
Semakan akhir : 27 April 2012
Penulis : Dr. Irene Cheah Guat Sim
  : Dr. Terrance Thomas
  : Dr. Umathevi Paramasivam
Penyemak : Dr. Nor Azni b. Yahaya

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,495,906

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia