A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Remaja
  4. /
  5. Remaja Umum
  6. /
  7. Memahami Kerahsiaan Remaja Di...

Memahami Kerahsiaan Remaja Di Dalam Perkhidmatan Kesihatan

  1. Sebagai orang muda anda mempunyai hak untuk privasi dan kerahsiaan.
  2. Anda mempunyai keupayaan mental untuk membuat keputusan lebih baik daripada kanak-kanak tetapi tidak lagi dewasa sepenuhnya.
  1. Adalah sangat penting bagi anda untuk memahami isu ini dan hak anda .
  1. Prinsip kerahsiaan ini juga akan membantu untuk melindungi hak-hak anda.

Apa itu kerahsiaan Penjagaan kesihatan dan kerahsiaan bermakna kakitangan kesihatan akan menyimpan rahsia dan tidak mendedahkan sebarang maklumat kepada sesiapa tanpa kebenaran anda. Kenapa anda perlu tahu ?

  • Ia adalah hak anda dan ia penting untuk melindungi hak anda.
  • Untuk memberi keselesaan dan membolehkan anda berkongsi sebarang kemusykilan.
  • Memberi peluang kepada remaja untuk mendapat rawatan secara sulit terutama isu peribadi dan sensitif . Ini termasuk STD/STI (link to STD), rawatan perancang keluarga, mengandung, isu-isu kesihatan mental dan penyalahgunaan dadah.
  • Melindungi remaja daripada dihina dan diskriminasi yang mungkin timbul akibat pendedahan maklumat yang sulit.
  • Menyokong remaja untuk memahami prinsip privasi dan autonomi .
  • Memastikan anak-anak muda mendapat maklumat kesihatan dan penjagaan kesihatan dari golongan profesional kesihatan.

Apa yang perlu anda tahu ?

  1. Apakah maklumat yang perlu dirahsiakan?
  • Maklumat yang sensitif sebagai contoh yang berkaitan dengan kesihatan reproduksi, kesihatan mental dan penyalahgunaan dadah.
  1. Apakah maklumat yang tidak perlu dirahsiakan?
  • Sekiranya anda memberi kebenaran kepada pengamal perubatan untuk berkongsi maklumat
  1. Apakah pengecualian terhadap prinsip kerahsiaan?
  • Kerahsian boleh dikecualikan apabila ia melibatkan isu etika, keselamatan dan perundangan.
  • Keadaan di mana ianya tidak mungkin atau sesuai untuk menjaga kerahsiaan
  • Antara situasi tersebut adalah
    • Sekiranya remaja didapati mempunyai risiko untuk memudaratkan diri sendiri atau orang lain dan orang lain cuba memudaratkan remja tersebut
    • Sekiranya remaja disyaki didera secara fizikal atau seksual (link to abuse) yang memerlukan laporan dan tindakan undang-undang.
  • Bagaimanapun anda mempunyai hak untuk dimaklumkan.
  • Tanyalah doktor yang merawat untuk penjelasan lanjut

Understanding Adolesecent Confidentiality In Accessing  Health CareRujukan

  • Consent & Confidentiality in Adolescent Health Care:A Guide for the Arizona Health Care Practitioner
  • Teenage Confidentiality: A Young Person’s Right to Privacy Joe Sanders Jr. the American Academy of Pediatrics (AAP)
  • The American Heritage® Stedman’s Medical Dictionary Copyright © 2002, 2001, 1995 by Houghton Mifflin Company. Published by Houghton Mifflin Company.
Last Reviewed : 20 November 2015
Writer : Dr. Siti Aishah binti Saidin
Translator : Dr. Siti Aishah binti Saidin
Accreditor : Datin Dr. Zil Falillah binti Mohd Said

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,751

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia