A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Nasihat Perjalanan
  6. /
  7. Melancong Dalam Keadaan Yang...

Melancong Dalam Keadaan Yang Sihat

Pengenalan

Individu yang ke luar negara terdedah kepada pelbagai risiko penyakit apabila berada di persekitaran yang asing. Risiko ini boleh dikurangkan dengan mengambil langkah berjaga-jaga sebelum, semasa dan selepas perjalanan.

Perancangan serta langkah pencegahan boleh mengurangkan risiko masalah kesihatan semasa perjalanan. Selain menggunakan nasihat yang disediakan ini sebagai panduan untuk anggota kesihatan dan pelancong, setiap individu yang ke luar negara perlu melakukan penilaian risiko. Nasihat kesihatan perjalanan juga perlu disesuaikan mengikut  keperluan individu serta jadual perjalanan.

Maklumat ini adalah sebagai panduan dan bukan untuk menggantikan hubungan sedia ada anda dengan doktor. Berbincanglah tentang keperluan kesihatan ke luar negara dengan doktor. Ingat, anda perlu sentiasa berbincang mengenai keperluan kesihatan yang khusus untuk anda dengan doktor.

Nasihat sebelum perjalanan

  • Beli insurans perjalanan yang cukup dan sesuai.
  • Rujuk Kementerian Kesihatan mengenai sebarang nasihat umum untuk pelancong.
  • Periksa dengan doktor mengenai sebarang vaksinasi yang perlu diambil sekurang-kurangnya enam minggu sebelum melakukan perjalanan.
  • Simpan ubat yang perlu dalam bag tangan.
  • Jika mengambil ubat yang ditetapkan, bawa preskripsi ubat dan surat doktor bersama anda.
  • Kebanyakan syarikat penerbangan menetapkan had jumlah bag yang dibawa dengan tangan (hand luggage). Semak dengan syarikat penerbangan sebelum berlepas.
  • Periksa kesahihan passport dan keperluan visa.

Nasihat semasa berada di luar negara

  • Berhati-hati ketika berjemur di bawah matahari. Elakkan berjemur secara berlebihan, dan pakai losyen pelindung matahari.
  • Minum air dengan kerap.
  • Amalkan seks yang selamat.
  • Jika anda mendiami sesuatu tempat dalam tempoh yang tertentu, ketahui nombor kecemasan tempatan dan alamat hospital yang berdekatan.

Carta aliran nasihat sebelum melakukan perjalanan untuk pelancong antarabangsa

Carta vaksinasi

Pengambilan vaksinasi tidak menjamin perlindungan penyakit untuk seumur hidup. Kebanyakan vaksin perlu dirangsang secara berkala untuk perlindungan yang berterusan. Berikut adalah carta mengenai kekerapan vaksinasi. Carta ini hanyalah panduan umum dan harus digunakan bersama dengan nasihat pakar.

BCG (Tuberculosis / Batuk kokol) Imunisasi diberi jika ujian heaf adalah negatif. Perlindungan untuk sekurang-kurangnya 15 tahun. Setelah mendapat imunisasi – Imuniti diperoleh selepas 8 hingga 14 minggu.
Diphtheria/Tetanus Lima dos booster untuk orang dewasa dan remaja dan dos tersebut diberi setiap 10 tahun. Diberi sebagai gabungan Tetanus/ Difteria apabila melakukan lawatan ke kawasan yang berisiko
Hepatitis A Suntikan pertama memberi perlindungan selama satu tahun. Booster pada bulan ke 6 hingga 18 memberikan perlindungan selama 10 tahun. Perlindungan wujud 10 hingga14 hari selepas pemberian dos pertama.
Hepatitis B Selepas tiga kali suntikan dan booster selepas 5 tahun. Bagi mereka yang berisiko, tahap imuniti boleh diperiksa melalui ujian darah.
Influenza Menyediakan perlindungan selama 3 hingga 6 bulan semasa musim ‘selesema’ Awasi risiko ‘selesema’ apabila melancong ke kawasan Hemisfera Selatan (negara-negara yang terletak di selatan garis khatulistiwa).
Japanese B Encephalitis Selepas vaksinasi pertama dapatkan booster selepas 2 tahun
Meningitis A&C Selepas vaksinasi yang pertama dapatkan booster setiap 3 hingga 5 tahun Lawatan ke Mekah – Sijil suntikan sah selepas 10 hari.
Polio (oral) Selepas vaksinasi pertama dapatkan booster setiap 10 tahun
Rabies Selepas vaksinasi yang pertama dapatkan booster setiap 2 hingga 3 tahun Antibodi dihasilkan 10 hingga 14 hari selepas suntikan pertama
Tetanus/Diphtheria Bagi dewasa dan remaja, lima kali dos booster bagi setiap 10 tahun. Diberi sebagai gabungan Tetanus/ Difteria apabila melancong ke kawasan yang berisiko
Tick Borne Encephalitis Perlindungan selama 3 tahun selepas menerima vaksinasi.
Kepialu (suntikan) Selepas vaksinasi pertama, dapatkan booster setiap 3 tahun Perlindungan separa 10 hingga 14 hari selepas suntikan
Kepialu (oral) Selepas tiga kali vaksinasi (kapsul) dengan perlindungan selama 1 hingga 3 tahun. Perlindungan  sebanyak 70%, 7 hingga 10 hari selepas pengambilan 3 kali vaksinasi (kapsul).
Yellow fever Demam kuning) Booster perlu diambil 10 tahun selepas vaksinasi kali pertama. Sijil imunisasi demam kuning hanya sah 10 hari selepas tarikh suntikan dan akan sah untuk tempoh selama 10 tahun.

Sumber: http://travelhealth.co.uk/

Semakan Akhir : 19 Jun 2013
Penulis : Dr. Norhayati Rusli

 

Artikel Berkaitan

Taun

Pengenalan Taun atau kolera adalah salah satu penyakit bawaan air

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,236,949

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia