A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Galeri Media MS
  4. /
  5. Animasi
  6. /
  7. Mekanisma Tindak Balas Terhadap...

Mekanisma Tindak Balas Terhadap Stres

 

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]

Download:

 

 

Stres Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang ancaman, cabaran atau tuntutan yang mengganggu perjalanan normal sistem badan. Bila merasa terancam, badan akan mengaktifkan sistem saraf untuk menghasilkan lebih banyak hormon stres, termasuk adrenalin dan kortisol ke aliran darah. Tekanan dan ancaman yang menyebabkan stres dikenali sebagai stressor.

Degupan jantung dan tekanan darah meningkat, otot menegang, pernafasan cepat, dan deria menjadi tajam. Perubahan fizikal ini meningkatkan fokus, kekuatan dan stamina, dan tindak balas menjadi tangkas – badan bersedia untuk “lawan-atau-lari” dari situasi yang berbahaya. Dalam jangka masa panjang stres boleh menjejaskan sistem imuniti badan dan boleh meningkatkan risiko penyakit.

Tindak balas stres ini juga membantu kita menghadapi cabaran. Tetapi apabila stres melepasi tahap tertentu, ia tidak lagi membantu malahan ia menjejaskan kesihatan, mengganggu perasaan, produktiviti, perhubungan dan kualiti hidup

ADAKAH STRES MERBAHAYA DAN MEMUDARATKAN

Fakta mengenai STRES :

  • Stres bukanlah sesuatu yang negatif malah stres yang sedikit dan sederhana dapat membantu memotivasikan seseorang itu untuk menyesuaikan diri dalam situasi yang baru .
  • Stres yang optimum diperlukan agar ia dapat menjadi faktor pendorong dalam mengembangkan serta mematang seseorang serta sebagai cara untuk mengatasi masalah. Kadar stres yang optimum seringkali diperlukan oleh pelajar dan atlet. (Stress Berguna)
  • Stres yang berpanjangan berterusan dan tidak ditangani akan menyebabkan fenomena yang negatif serta boleh menyebabkan penyakit dan masalah psikologi. ( Stres Berbahaya)
  • Stres Berguna = Eustress, Stres Berbahaya = Distress

Berikut adalah beberapa faktor luaran dan dalaman yang menyebabkan stres:

Faktor Luaran

  • Masalah kewangan
  • Masalah perhubungan/ perkahwinan
  • Beban kerja
  • Kehilangan orang tersayang
  • Perubahan gaya hidup yang ketara

 

  • Masalah sosial seperti jiran tetangga yang tidak prihatin
  • Masalah persekitaran seperti bencana alam
  • Masalah Keluarga

Faktor dalaman

  • Harapan terlalu tinggi atau diluar jangkaan
  • Personaliti jenis A contohnya mereka yang mempunyai tahap kesempurnaan yang tinggi
  • Mempunyai nilai kendiri yang rendah (low self- esteem)
  • Tidak berkeupayaan berkata TIDAK
  • Kurang kemampuan daya tindak seperti bertindak melulu dan tidak dapat membuat keputusan dengan betul
  • Fikiran negatif atau pesimistik
M

Mekanisma Tindak Balas Terhadap Stres

Mamogram

Mati Pucuk

Memahami Arahan pada Label Ubat Anda

Migrain (Sakit Kepala)

 

Artikel Berkaitan

Senggugut

  Your browser does not support the video tag. [flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,334,344

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia