A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Mata

Mata merupakan organ deria yang paling dihargai oleh kebanyakan orang

Pengenalan

  • Mata merupakan organ deria yang paling dihargai oleh kebanyakan orang.
  • Mata mengalami banyak perubahan semasa proses penuaan. Di antara umur 40 dan 50, kebanyakan orang menghadapi masalah semasa melihat objek dekat.
  • Tambahan pula, banyak penyakit mata meningkat dengan umur dan boleh menjejas keupayaan melihat di kalangan warga emas.

Tanda dan gejala

  • Bebola mata tenggelam disebabkan oleh kehilangan lemak di sekitar mata
  • Sukar untuk fokus ke arah objek dekat (rabun dekat) disebabkan oleh kanta menjadi kurang elastik.
  • Terdapat gelang berwarna kelabu keputihan (arcus senilis) pada permukaan mata tetapi ia tidak mempengaruhi penglihatan.
  • Adaptasi terhadap kegelapan terjejas disebabkan oleh anak mata menjadi lebih kecil dan bertindak balas dengan lebih perlahan terhadap cahaya.
  • Untuk membaca, pencahayaan yang lebih terang diperlukan kerana kanta menjadi tebal dan kurang cahaya memasuki mata. Tambahan pula, retina (lapisan dalam mata) yang mengandungi sel yang peka terhadap cahaya menjadi kurang sensitif. Pada puratanya, warga emas berumur 60 tahun memerlukan 3 kali ganda cahaya untuk membaca berbanding dengan seseorang yang berumur 20 tahun.
  • Keupayaan menganggar tahap kedalaman dan jarak terjejas disebabkan oleh keupayaan melihat bayang dan garisan halus berkurangan. Perubahan ini disebabkan oleh bilangan sel saraf yang memindahkan isyarat penglihatan dari mata ke otak berkurangan.
  • Entropion (kening mata mengarah ke dalam) boleh menyebabkan ketidakselesaan pada lapisan kornea.
  • Ectropion (kening mata mengarah ke luar) boleh menyebabkan mata sentiasa berair (epiphora).
  • Kekeringan mata berlaku disebabkan oleh bilangan sel yang menghasilkan cecair pelembab mata dan air mata berkurangan.

Penyakit

  • Masalah mata yang serius berlaku di kalangan warga emas berpunca dari penyakit mata dan bukan disebabkan oleh proses penuaan sahaja. Sebagai contoh: glaukoma, retinopati, degenerasi makular dan selaput mata (cataracts).
  • Sebarang perubahan keupayaan penglihatan boleh menjejaskan kualiti hidup dan kesihatan warga emas. Sebagai contoh, keupayaan penglihatan yang kurang boleh menyebabkan kemalangan jalanraya atau meningkatkan risiko jatuh.
  • Kehilangan penglihatan adalah sangat mempengaruhi warga emas terutamanya untuk golongan yang menghadapi masalah lain seperti masalah keseimbangan dan pendengaran.
  • Oleh itu, kehilangan penglihatan boleh mengakibatkan kecederaan yang serious dan menjejaskan keupayaan warga emas menjalankan aktiviti seharian.

Rawatan

  • Ramai orang cuba mengabaikan masalah rabun dekat pada permulaannya.
  • Akhirnya, warga emas akan memerlukan cermin mata rabun dekat untuk masalah presbyopia.
  • Warga emas yang memerlukan cermin mata untuk masalah rabun jauh akan memerlukan cermin mata bifokal/multifokal atau 2 set cermin mata (satu untuk objek dekat dan satu untuk objek jauh)
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis/Penyemak : Dr. Ho Bee Kiau

Artikel Berkaitan

Tulang

Tulang adalah tisu yang dinamik yang sentiasa diganti dan dibentuk sepanjang hidup manusia. Keseimbangan penting antara proses pembentukan dan penyerapan tulang. Proses ini akan merosot secara perlahan-lahan apabila usia semakin meningkat (dimana ianya bermula selepas umur 35 tahun).

Jantung

Semasa proses penuaan, jantung dan saluran darah seseorang warga emas itu mengalami pelbagai perubahan. Senaman secara berkala boleh mengurangkan banyak kesan proses penuaan terhadap jantung and saluran darah.

Prostat

Prostat ialah kelenjar kecil dan bulat di dalam sistem reproduktif lelaki yang terletak di pangkal pundi kencing di hadapan usus besar.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,092,319

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia