Pengenalan
Semasa kali pertama anda berjumpa dengan doktor gigi untuk lawatan atau temu janji pergigian, anda akan ditanya soalan-soalan berkaitan masalah perubatan yang berkait rapat dengan anda. Sejarah masalah perubatan termasuklah sejarah kesihatan dahulu dan terkini, kemasukan ke wad hospital atau pernah menjalani pembedahan, kes alergik/alahan yang diketahui (seperti alahan ubat, alahan latex (getah), atau alahan kepada makanan laut) dan senarai ubat-ubatan.
Anda mungkin berasa musykil atau tertanya-tanya tentang kepentingan untuk menyatakan sejarah masalah kesihatan kepada doktor gigi anda. Jawapannya adalah kerana masalah kesihatan boleh menyebabkan implikasi yang tidak diingini secara langsung atau tidak langsung kepada status kesihatan mulut. Maklumat yang anda berikan adalah berfaedah untuk memastikan perancangan dan rawatan pergigian yang diberikan adalah bersesuaian untuk pesakit yang mempunyai masalah kesihatan.
Anda juga perlu memastikan anda memaklumkan semua ubat-ubatan yang anda ambil pada masa itu kepada doktor gigi. Ini kerana ubat-ubatan tersebut berkemungkinan mempunyai kesan sampingan. Adalah menjadi amalan yang baik jika anda menyimpan senarai ubat-ubatan di dalam dompet atau beg tangan untuk kemudahan bila diperlukan.
Dalam keadaan yang tertentu, rawatan pergigian perlu diubahsuai bergantung kepada keperluan khas individu yang mempunyai masalah perubatan.
MASALAH PERUBATAN
|
IMPLIKASI KEPADA RAWATAN PERGIGIAN
|
Tekanan darah tinggi |
|
Kencing manis |
- Proses penyembuhan luka terjejas dan risiko jangkitan meningkat terutama kepada pesakit kencing manis yang tidak dikawal dengan baik.
- Jika anda mengalami gejala-gejala seperti menggeletar, lapar, sakit kepala, berpeluh atau berasa kebas/seperti dicucuk-cucuk di bahagian mulut atau lidah, segeralah beritahu kepada doktor gigi anda. Anda berkemungkinan mengalami “hypoglycaemic” iaitu keadaan di mana kandungan gula rendah di dalam darah. Rawatan kecemasan perubatan segara akan diberikan.
- Kesan sampingan di dalam mulut akibat daripada masalah kencing manis termasuk:
- Masalah gusi (periodontal)
- Mulut kering
- Candidiasis (jangkitan kulat di dalam mulut)
- Kebas, kesakitan atau sindrom mulut terbakar
 |
Gambar 1 : Menunjukkan gigi yang haus dan lelangit mulut yang mengalami inflamasi pada seorang pesakit diabetes yang pernah menghidap kanser kolorektal dan juga seorang perokok.
|
|
Masalah jantung |
-
Anda mungkin perlu mengambil ubat antibiotik yang diberikan oleh doktor gigi untuk rawatan pergigian yang tertentu.
-
Selepas rawatan penskaleran, cabutan gigi atau rawatan pembedahan, kemungkinan untuk pendarahan berpanjangan berlaku terutamanya jika anda mengambil ubat “anticoagulant” (menghalang pembekuan darah) seperti Warfarin dan Heparin.
-
Anda mungkin tidak perlu berhenti untuk mengambil ubat “anti-platelet” seperti Aspirin dan Clopidogrel untuk rawatan pergigian yang boleh menyebabkan pendarahan. Walau bagaimanapun dapatkan nasihat sewajarnya dari doktor gigi anda dahulu.
-
Jika anda baru menjalani pembedahan jantung kurang dari enam (6) bulan, sila beritahu doktor gigi anda. Rawatan pergigian perlu diubahsuai dan anda perlu dirujuk untuk mendapatkan rawatan di klinik pergigian di hospital
-
Jika anda mengalami sakit dada, dada terasa ketat, sesak nafas, loya dan muntah, segeralah beritahu kepada doktor gigi anda. Anda mungkin mengalami serangan jantung dan memerlukan rawatan kecemasan perubatan dalam kadar segera.
- Pastikan anda membawa ubat kecemasan untuk serangan jantung semasa temu janji atau lawatan pergigian.
|
Masalah pendarahan |
-
Pendarahan yang berlebihan dan berpanjangan, jangkitan dan lambat sembuh boleh terjadi selepas penskaleran, cabutan gigi atau rawatan pembedahan. Ini boleh menyebabkan komplikasi yang serius dan kematian pramatang.
-
Pendarahan spontan di dalam kaviti oral (mulut) boleh berlaku.
-
Secara idealnya, pesakit dengan masalah pendarahan haruslah mendapatkan rawatan di kemudahan/fasiliti pergigian di hospital.
|
Hepatitis |
-
Pengawasan dan perhatian perlu diamalkan disebabkan oleh risiko jangkitan silang.
-
Pendarahan berpanjangan boleh berlaku selepas penskaleran, cabutan gigi atau rawatan pembedahan terutamanya pada pesakit dengan masalah hepatitis aktif dan kronik.
-
Sila berbincang dengan doktor gigi anda jika anda perlu mengambil sebarang ubat berkaitan dengan masalah pergigian. Ini kerana perubahan metabolisma ubat di dalam hati mungkin berlaku pada pesakit hepatitis.
|
HIV/AIDS |
- Pengawasan dan perhatian perlu diamalkan disebabkan oleh risiko jangkitan silang.
- Rawatan pergigian perlu diubahsuai kerana sistem pertahanan badan pesakit lemah. Pesakit mungkin perlu dirujuk ke fasiliti pergigian di hospital.
- Risiko di dalam mulut akibat HIV/AIDS:
|
Pengambilan ubat steroid (e.g.: Prednisone) |
- Jika anda sedang atau pernah mengambil ubat steroid dalam masa dua belas (12) bulan ini , silalah beritahu kepada doktor gigi anda.
- Pengambilan dos tambahan steroid mungkin diperlukan sebelum rawatan pergigian. Silalah berbincang dengan doktor gigi anda.
|
Pengambilan ubat Bisphosphonate
[e.g: Alendronate(Fosamax) or Zoledronic Acid (Zometa)] |
- Jika anda sedang atau pernah mengambil ubat bisphosphonate, silalah beritahu kepada doktor gigi anda.
- Rawatan pergigian perlu diubahsuai terutamanya untuk rawatan cabutan gigi atau pembedahan mulut. Ini kerana berpotensi untuk mendapat risiko tulang lambat sembuh dan mati.
|
Alergik / alahan (terutamanya kepada antibiotik atau ubat tahan sakit) |
- Jika anda pernah mengalami reaksi alahan (e.g.: kegatalan, ruam atau bengkak pada bibir atau tekak) apabila mengambil ubat-ubatan, ia amat penting untuk dimaklumkan kepada doktor gigi anda berkenaan hal ini. Ini untuk mengelakkan doktor gigi daripada memberikan preskripsi ubat dari kumpulan yang sama.
|

Gambar 2: Karies yang teruk disebabkan oleh mulut kering.
Rujukan
-
M.Greenwood & J.G.Meechan. General medicine and surgery for dental practitioners Part: Cardiovascular system. Br Dent J 2003; 194: 537-542
-
Scully C, Dios P.D, Kumar N. (2006). Special Care in Dentistry: Handbook of Oral HealthCare. Churchill Livingstone.