A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Masalah Tumbesaran

Masalah tumbesaran bermaksud bayi, kanak-kanak dan remaja membesar dengan tidak normal, dan ini menyebabkan mereka tidak dapat mencapai potensi tumbesaran mereka yang sebenar.

Apakah maksud masalah tumbesaran?

  • Masalah tumbesaran bermaksud bayi, kanak-kanak dan remaja membesar dengan tidak normal, dan ini menyebabkan mereka tidak dapat mencapai potensi tumbesaran mereka yang sebenar.
  • Ibu bapa membawa anak mereka berjumpa dengan doktor kerana anak mereka lebih kecil atau pendek daripada rakan-rakan sebaya.

Terbantut disebabkan oleh achondroplasia

  • Tumbesaran kanak-kanak merupakan indikator utama yang menunjukkan status kesihatan dan kehidupan mereka.
  • Tumbesaran kanak-kanak dapat dilihat pada carta tumbesaran yang standard. Apabila tumbesaran kanak-kanak menunjukkan tumbesaran abnormal, kanak-kanak tersebut perlu menjalani pemeriksaan yang teliti. Sebab tumbesaran yang abnormal ini perlu dikesan supaya rawatan dapat diberikan.

Apakah sebab-sebab masalah tumbesaran?

Sebab-sebab masalah tumbesaran kanak-kanak boleh terbahagi kepada beberapa kategori.

Terdapat kanak-kanak yang bersaiz kecil atau pendek tetapi mereka ini adalah normal. Ini disebabkan ibu bapa mereka yang bersaiz kecil atau pendek akan melahirkan anak-anak yang sedemikian juga.

  • Kanak-kanak lewat matang (delayed bloomer): kanak-kanak ini lebih pendek daripada rakan sebaya pada permulaannya tetapi akhirnya akan mencapai ketinggian pendek yang normal (seperti rakan sebaya yang lain).
  • Penyakit-penyakit yang melibatkan seluruh badan (penyakit sistemik) yang serius, tidak dirawat atau tidak dirawat dengan sempurna boleh mengganggu proses tumbesaran. Contoh-contoh penyakit tersebut ialah:
    • Malnutrisi
    • Penyakit usus
    • Penyakit buah pinggang
    • Penyakit darah (hematologi), contohnya talasaemia
    • Penyakit sistem saraf
    • Diabetes mellitus
    • Trauma atau tekanan mental yang serius
  • Penyakit yang berkaitan dengan hormon :
    • Kekurangan hormon tiroid.
    • Sindrom Cushing (hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal secara berlebihan).
    • Kekurangan hormon pembesaran (growth hormone) menyebabkan kanak-kanak menjadi kerdil.
  • Penyakit kongenital (sejak lahir) yang berlaku semasa tisu-tisu badan sedang membesar:
    • Pembesaran yang terbantut semasa janin.
    • Masalah kromosom – contohnya sindrom Turner.
    • Masalah tulang (penyakit tulang atau tumbesaran tulang yang abnormal).
  • Terlalu tinggi :
    • Kanak-kanak atau remaja perempuan yang terlalu tinggi.
    • Cepat akil baligh (precocious puberty) – kanak-kanak mencapai akil baligh lebih awal sebelum umur yang sepatutnya.
    • Penyakit genetik – contohnya sindrom Marfan.
  • Idiopatik (idiopathic) :
    • sebab-sebab yang tidak dapat dikesan.

Tanda-tanda dan gejala

Masalah tumbesaran dapat dilihat selepas kelahiran atau dikesan kemudian, contohnya :

  • Berat badan lahir bayi adalah kurang dari sepatutnya (small for age)
  • Pembesaran yang minima, contohnya ketinggian yang dicapai dalam setahun adalah < 5 cm/setahun (untuk kanak-kanak berumur melebihi 2 tahun)
  • Terdapat tanda-tanda dan gejala lain tetapi ini bergantung kepada penyakit-penyakit yang tertentu. Anda perlu berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan yang menyeluruh.

Apakah masalah yang boleh timbul daripada masalah tumbesaran?

  • Kanak-kanak tersebut akan merasa rendah diri dan sering ditertawakan atau dipermainkan oleh kanak-kanak yang lain.
  • Perkembangan kanak-kanak tersebut dari segi sosial, akademik dan ekonomik akan terjejas.
  • Ujian psikologi disarankan untuk menilai samada kanak-kanak tersebut mempunyai masalah IQ, pembelajaran, kurang fokus atau masalah tingkah laku.

Apakah rawatan yang ada?

  • Rawatan bergantung kepada jenis masalah tumbesaran tersebut:
    • Jika ia disebabkan oleh penyakit sistemik, maka rawatan penyakit tersebut boleh menyelesaikannya. Contohnya kekurangan hormon tiroid boleh dirawat dengan terapi hormon tiroid (berbentuk pil)
    • Kanak-kanak yang menghidap penyakit-penyakit seperti kekurangan hormon pembesaran (growth hormone), sindrom Turner, penyakit buah pinggang dan berat badan kurang daripada usia kandungan (SGA – small for gestational age) boleh dirawat dengan suntikan hormon pembesaran (growth hormone injections). Hormon ini boleh membantu mereka mencapai ketinggian maksimum yang normal. Namun begitu, rawatan ini mengambil masa beberapa tahun dan melibatkan kos yang tinggi.
  • Ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam mengenal dan menanamkan imej diri yang positif di dalam diri kanak-kanak tersebut. Kenal pasti kekuatan diri anak anda dan cuba memupuk kualiti tersebut.
  • Sokongan, kaunseling dan rawatan perubatan yang sesuai boleh memperbaiki kualiti hidup kanak-kanak tersebut dan menghasilkan seorang individu yang hebat.
Semakan akhir : 28 Ogos 2020
Penterjemah : Dr Fuziah Md Zain
Penyemak : Dr. Zainab bt. Kusiar

Artikel Berkaitan

Pengawasan Tumbesaran

Ambil berat badan anak anda mengikut. Berjumpa dengan ahli kesihatan professional sekiranya berat badan anak anda berada di bawah paras normal.

Televisyen dan Percakapan Kanak-kanak

Kajian menunjukkan bahawa terdapat kesan negatif akibat menonton TV terlalu lama. Kanak- kanak akan kurang bersosial, kurang bercakap dan kurang daya imaginasi.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,232,797

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia