A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Optometri
  6. /
  7. Masalah Mata Di Kalangan...

Masalah Mata Di Kalangan Warga Emas

Pengenalan

Penglihatan yang baik merupakan harta yang tidak ternilai. Apabila penglihatan terganggu, maka kerja seharian juga akan terganggu. Contohnya :

“Dahulu saya boleh membaca dengan baik, tetapi sekarang saya terpaksa memanjangkan tangan saya untuk melihat dekat”.

“Dahulu saya boleh melihat jauh dengan baik, tetapi sekarang penglihatan saya kabur seperti berkabus. Saya juga tidak dapat memandu pada waktu malam kerana silau dari lampu kenderaan yang bertentangan”.

“Dahulu saya boleh memandu dengan baik, tetapi sekarang saya tidak perasan ada kenderaan lain di bahagian tepi, sehingga saya hampir kemalangan dan kini saya takut untuk memandu. Saya juga kerap terlanggar barang dan terjatuh”.

“Mata saya sering tidak selesa, pedih, berpasir dan berair, dahulu, saya tiada masalah pun”.

Epidemiologi

Kajian menunjukkan pada tahun 2020, penduduk di Malaysia dijangka akan mencecah seramai 33.7 juta orang di mana 3.8 juta (11.8%) adalah warga emas. Terdapat kajian yang dijalankan di Malaysia berkenaan penyakit mata yang sering berlaku di kalangan warga emas. Antaranya adalah seperti jadual 1.

Jadual 1: Penyakit Mata dan Penjelasannya

Bil. Penyakit Mata Penjelasan
1. Perubahan pada ralat refraktif (rabun)
Perubahan pada ralat refraktif (rabun)

Disebabkan oleh:

a)    Presbyopia – mengalami kesukaran untuk fokus pada objek yang dekat disebabkan oleh kanta mata yang tidak fleksibel atas faktor usia.

b)    Second Sight– kebolehan melihat dekat dengan jelas tanpa cermin mata. Perkara ini berlaku kepada sesetengah warga emas kerana pengerasan kanta mata. Ini adalah Katarak pada peringkat awal. Tetapi keadaaan ini hanya sementara sahaja.

Adalah disarankan agar mendapatkan pemeriksaan ralat refraktif dari Optometris atau Pakar Mata.

2.

Katarak1

 

 

Katarak

Katarak2

Kanta mata menjadi legap (selaput) dan mengganggu penglihatan.

Di Malaysia, kebanyakannya berlaku pada usia 60-an dan 70-an.

Penyakit katarak yang disebabkan oleh faktor peningkatan usia menyumbang kepada 48% kes buta di seluruh dunia dan jumlah ini melibatkan seramai 18 juta penduduk dunia.

Kebutaan disebabkan oleh katarak adalah kebutaan yang boleh dirawat melalui pembedahan katarak oleh Pakar Mata.

Katarak matang juga boleh menyebabkan glaukoma sekunder.

Adalah disarankan agar mendapatkan pemeriksaan mata daripada Optometris atau Pakar Mata dengan segera jika terdapat tanda-tanda katarak.

3. Glaukoma

Merupakan satu penyakit saraf optik yang kronik dan progresif dengan tekanan di dalam mata yang tinggi dan dalam kebanyakan kes tidak menyebabkan sakit pada mata. Dikenali sebagai pencuri senyap penglihatan. Risiko pada mereka yang berusia 60 tahun ke atas. Adalah disarankan agar mendapatkan pemeriksaan mata dari Optometris atau Pakar Mata segera jika mengalami gangguan pada medan pengelihatan seperti gambar di bawah:

Penglihatan Normal

Penglihatan Normal

Peringkat Awal Glaukoma

Peringkat Awal Glaukoma

Peringkat Kronik Glaukoma

Peringkat Kronik Glaukoma

Peringkat Akhir Glaukoma

Peringkat Akhir Glaukoma

Bagi pesakit yang telah disahkan oleh Pakar Mata mempunyai Glaukoma, sila patuhi pemakaian ubat mata dan temu janji seperti yang telah ditetapkan.

 

Mata Berair

 Mata Berair

 

Disebabkan oleh:

  • Halangan di laluan air mata.
  • Kelopak mata di bahagian bawah telah menjadi kendur.
  • Terlalu sensitif pada cahaya, angin dan suhu persekitaran.

Pesakit menjadi tidak selesa dan penglihatan mereka akan terganggu.

Sila dapatkan pemeriksaan mata daripada Optometris dan Pakar Mata. Laluan air mata yang tersumbat boleh dirawat oleh Pakar Mata.

Kelopak mata yang telah kendur dapat dirawat melalui pembedahan plastik oleh Pakar Mata8.

Pesakit boleh mengurangkan sensitif pada cahaya dengan menggunakan cermin mata hitam dengan pelindung sinar Ultraungu (UV).

5.

Mata Kering

Mata Kering

Disebabkan oleh :

  • Kekurangan kuantiti air mata
  • Kekurangan kualiti air mata

Pengeluaran air mata akan berkurangan seiring dengan peningkatan usia.

Pesakit akan berasa mata cepat letih, pedih dan berpasir.

Salah satu cara merawat mata kering adalah dengan menggunakan ubat titis air mata palsu yang boleh didapati di mana-mana kedai farmasi.

Untuk mendapatkan pemeriksaan mata secara terperinci sila berjumpa dengan Pakar Mata.

6.

Degenerasi Makular Berkaitan Umur (ARMD)

Penglihatan Pesakit ARMD Basah

Penglihatan Pesakit ARMD Basah

Tanda hitam di bahagian tengah penglihatan

Tanda hitam di bahagian tengah penglihatan

Tulisan menjadi bengkok, herot dan berombak

Tulisan menjadi bengkok, herot dan berombak

 

 

Merupakan penyebab utama masalah penglihatan bagi mereka yang berusia 65 tahun ke atas.

Disebabkan oleh kerosakan makular (tempat paling sensitif di dalam mata yang membolehkan seseorang melihat dengan jelas dan terperinci).

2 jenis ARMD iaitu Kering dan Basah10,11. Rujuk Jadual 2.

Jadual 2 : Perbezaan antara ARMD Kering dan ARMD Basah.

ARMD KERING ARMD Basah
90% daripada kes ARMD 10% daripada kes ARMD
Terjadi dengan perlahan-lahan Terjadi dalam tempoh sebulan atau seminggu
Tidak menyebabkan kehilangan penglihatan serius

Menyebabkan kerosakan kekal pada makular

Mengakibatkan kehilangan penglihatan yang serius

Sel dan salur darah di bawah makular pecah dan menyebabkan mendapan di belakang mata disebut ‘drusen’ Biasanya berlaku selepas ARMD kering. Salur darah yang rapuh dan abnormal tumbuh di belakang mata, salur darah bocor, makular pecah/berubah tempat akibatkan penglihatan menjadi herot
Perlu membuat pemerhatian dari semasa ke semasa jika terdapat gejala ARMD Basah Perlu mendapatkan rawatan segera dengan Pakar Mata bagi mengawal pertumbuhan salur darah abnormal di belakang mata

Gejala ARMD Basah :

  • Tanda hitam di bahagian tengah medan penglihatan.
  • Kabur penglihatan terutama semasa membaca.
  • Gangguan penglihatan (garisan lurus menjadi bengkok atau berombak).
  • Warna menjadi pudar.

Risiko dalam kalangan mereka yang berumur 60 tahun ke atas.

7. Masalah Kelopak Mata

Seperti :

  1. Triachiasis : Bulu mata tumbuh ke arah mata.
  2. Entropion : Kelopak mata melipat ke dalam mata10.
  3. Blepharospasm : Kekejangan otot di kelopak mata.
  4. Dermatochalasis : Lebihan kulit di bahagian kelopak mata atas atau bawah. Keadaan ini menyempitkan medan penglihatan seseorang.

Masalah kelopak mata seperti Entropion dan Dermatochalasis boleh dirawat melalui pembedahan kosmetik.

Adalah disarankan agar mereka yang mempunyai masalah kelopak mata mendapatkan rawatan dari Pakar Mata.

Sebelum

Masalah Kelopak Mata1

Selepas 7 hari pembedahan

Masalah Kelopak Mata2

 

8. Floaters

Cairan gelemaca di dalam mata berubah dengan peningkatan usia.

Cairan ini menghasilkan partikel halus yang terapung di dalam mata dan mengganggu penglihatan.

Floaters yang sedikit adalah normal.

Sekiranya terdapat banyak floaters, sila dapatkan pemeriksaaan mata SEGERA dari Pakar Mata kerana ia salah satu gejala Retina Lekang.

9. Retina Lekang

Disebabkan oleh retina (lapisan paling sensitif cahaya) lekang dari lapisan di bawahnya.

Gejala :

  • floaters yang banyak.
  • ternampak seperti percikan cahaya dari dalam mata.
  • ternampak seperti langsir menutupi sebahagian dari medan penglihatan.

Penutup

Masalah mata yang sering berlaku di kalangan warga emas seperti di Jadual 1 dapat dirawat, dikawal dan diubati. Justeru, dinasihatkan agar warga emas mendapatkan saringan penglihatan agar masalah tersebut dapat dikesan di peringkat awal.

Rujukan

  1. Alan K. Vision and Eye Problems in Aging Adults. WebMD: August 01, 2014. Dimuat turun dari http://www.webmd.com/eye-health/vision-problems-aging-adults
  2. David A. Q. Common Causes of Vision Loss in Elderly Patients. Am Fam Physician.1999 Jul 1:60 (1):99-108 dimuat turun dari http://www.aafp.org/afp/1999/0701/p99.html.
  3. Dr. Radziah binti Abd. Rashid. Kepentingan Saringan Masalah Penglihatan.Portal Myhealth. Oktober 2013
  4. Entropion. Singapore National Eye Centre.2013. Muat turun dari http://www.snec.com.sg/about/international/menuutama/kondisimataandperawatan/common- problems/Pages/entropion.aspx
  5. Gary H. Eight Ways to Protect Your Eyesight. Dimuat turun dari http://www.allaboutvision.com/over60/vision-changes.htm
  6. Hajahfarhana Tarmudi. Ramai tak faham masalah glaukoma.h.metro.01/01/2012. Dimuat turun dari http://www2.hmetro.com.my/articles/Ramaitakfahammasalahglaukoma/Article/
  7. Marilyn H.,Gary H. Ten Warning Signs of Age-Related Eye Problems. Dimuat turun dari http://www.allaboutvision.com/over60/vision-changes.htm
  8. Marisa H.O. The five most common Eye Problems in Adult dimuat turun dari http://hubpages.com/hub/The_Five_Most_Common_Eye_Problems_in_Adults
  9. Panduan untuk penjaga warga emas. Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga.Kementerian Kesihatan Malaysia. Jun 2008
  10. P.Singh. Ophthalmic Problems Among the Elderly in Malaysia.1997.Med J Malaysia: Volume 52 :213-216
  11. Rosniza A.R. Kabur Penglihatan. Portal Myhealth. Oktober 2013
  12. Rosniza A.R. Mata Kering. Portal Myhealth. Jan 2015.
  13. Shatriah I.Penyakit Katarak di Kalangan Warga Emas. Utusan Malaysia. 27/1/2008
Semakan Akhir : 17 Disember 2015
Penulis : Pn. Nurul Hafizah Binti Mohd Norizan
Akreditor : Pn. Hafizah Binti Abu Yamin

Artikel Berkaitan

ALAT CEGAH GERAK DALAM RADIOTERAPI

Alatan ini digunakan untuk memastikan kedudukan pesakit dalam keadaan stabil dan boleh dikekalkan tanpa dapat melakukan sebarang pergerakan. Ini kerana sedikit sahaja pergerakan sudah boleh mengakibatkan rawatan yang diberi tidak tepat sehingga menyebabkan sel kanser tidak terkena sinaran dan mungkin memudaratkan organ sensitif berhampiran yang tidak perlu menerima radiasi.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,484,457

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia