A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Masalah Imej Diri

Perubahan diri

Anda akan mengalami perubahan-perubahan badan apabila anda menujui kedewasaan.

Tanpa anda sedari, beberapa bahagian badan anda telah mula membesar dan terdapat pertumbuhan rambut di bahagian yang anda tidak sangka akan berlaku, dan banyak lagi perubahan lain:

  • Dengan banyaknya perubahan kepada diri anda, anda akan lebih peka terhadap rupa paras anda dan kadang-kala menjadi kurang yakin tentang rupa paras anda
  • Perubahan tubuh badan menjadi kebimbangan kepada ramai remaja. Ini akan menjadi masalah apabila kebimbangan ini bertukar menjadi satu obsesi

 

Apakah masalah imej diri?

Apabila anda rasa tidak gembira mengenai paras rupa anda, dan anda sangat teringin untuk kelihatan berlainan, maka anda mempunyai masalah imej diri.

Jika anda mempunyai masalah ini, anda akan merasa tidak gembira dengan:

  • Keseluruhan rupa anda : (Contohnya, “Saya sangat gemuk, punggung saya terlalu besar !!”)
  • Anda tidak berpuas hati dengan salah satu bahagian tubuh anda (contohnya : “Saya berharap mempunyai dagu seperti Anuar Zain”)

Apabila anda tidak berpuas hati dengan tubuh badan anda, ia sangat normal bagi anda mahu menukarnya, dan mencuba sedaya-upaya untuk mendapatkan perubahan ini.

Mencari perubahan boleh menjadi satu obsesi sehingga anda tidak mampu untuk menumpukan fokus pada aktiviti harian anda.

Jika anda mempunyai masalah imej diri anda akan menumpukan perhatian kepada berat badan dan takut menjadi gemuk. Masalah ini sering terjadi di kalangan remaja perempuan.

Remaja lelaki menumpukan perhatian untuk menjadi lelaki “macho” supaya nampak menarik kepada remaja perempuan.

 

Akibat masalah imej diri?

Jika anda mempunyai masalah imej diri, anda akan mendapati anda terlalu obsesi dengan cara untuk mengubah tubuh anda. Anda mungkin:

  • Mengamalkan diet yang tidak sesuai
  • Senaman berlebihan
  • Mencuba pelbagai cara untuk meningkatkan atau melindungi beberapa bahagian
  • Punya keyakinan diri yang rendah
  • Merasa sensitif dengan pandangan orang lain terhadap anda
  • Memikirkan bagaimana rupa paras anda dan mahu kelihatan yang berlainan

Sesetengah remaja boleh mengalami masalah imej yang serius dan boleh mempunyai masalah  pemakanan seperti Anorexia Nervosa atau Bullimia Nervosa

 

Bagaimana menghadapi masalah konsep diri yang tidak rasional?

  • Tumpukan perhatian pada konsep “Kesihatan Itu Harta” – Lebih baik MEMPUNYAI daripada mendapatkan paras rupa yang dikehendaki.
  • Orang yang sihat secara semula jadinya akan nampak menarik dan mempunyai lebih ramai rakan
  • Makan secara sederhana dan makanlah makanan yang seimbang
  • Bersenam selalu dan dengan cara selamat (Lihat Senaman)
  • Belajar cara untuk gembira dan menerima rupa paras anda sendiri
  • Belajar cara mencintai diri anda dan memperbaiki keyakinan diri (Lihat Keyakinan diri)
  • Lebih berfikiran positif dan belajar menukarkan fikiran negatif kepada positif tidak kira betapa teruknya situasi yang dihadapi (Lihat Pemikiran positif)
  • Bersahabat dengan mereka yang boleh menerima anda dengan seadanya dan bukan kerana rupa paras anda

 

Di manakah boleh mendapatkan bantuan?

Anda boleh dapatkan bantuan daripada:

  • Kaunselor sekolah
  • Doktor keluarga
  • Pakar Psikologi

 

Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Prof. Madya Dr. Alvin Ng Lai Oon
Penyemak : Dr. Norharlina Bahar

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,428

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia