A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Mari Sebut /t/ dan /d/

Terdapat beberapa bahagian di mulut yang digunakan bagi menghasilkan bunyi pertuturan. Bagi bunyi /t/ dan /d/ , anggota yang terlibat aktif adalah hujung lidah dan bahagian belakang gigi hadapan.

Pengenalan

Satu perkataan dibina daripada susunan beberapa bunyi. Setiap bunyi di dalam sebuah perkataan tersusun secara tetap. Apabila bunyi ini berubah kedudukan atau ditukar kepada bunyi lain, makna sebenar perkataan akan berubah.

Sebagai contoh, perkataan ‘tali’ terbina daripada 4 bunyi iaitu gabungan /t/, /a/, /l/ & /i/ . Bunyi /t/ kemudian di susuli dengan bunyi /a/, bunyi /l/ dan akhir sekali bunyi /i/. Jika kedudukan bunyi /t/ dan /l/ berubah susunan, maksud perkataan akan berubah.

/t/, /a/, /l/ & /i/  ? tali
/l/, /a/, /t/ & /i/ ?  lati

Jika bunyi /t/ ditukar ke bunyi lain seperti /d/, makna perkataan akan turut berubah.
/d/, /a/, /l/ & /i/  ? dali

Bagaimana bunyi /t/  dan /d/ dihasilkan?

Terdapat beberapa bahagian di mulut yang digunakan bagi menghasilkan bunyi pertuturan. Bagi bunyi /t/ dan /d/ , anggota yang terlibat aktif adalah hujung lidah dan bahagian belakang gigi hadapan.

Proses yang terjadi adalah seperti berikut:

Bunyi

Bibir dan rahang

Lidah

Peti suara

/t/

Keadaan bibir adalah sedikit terbuka, & rahang berada dalam kedudukan stabil *Hujung lidah menyentuh belakang gigi atas sebentar. Peti suara tidak menghasilkan getaran

/d/

*Hujung lidah diturunkan, menghasilkan letusan udara Peti suara menghasilkan getaran

 

Video cara menyebut bunyi /t/ dan /d/

Video: Cara menyebut bunyi /t/

Video: Cara menyebut bunyi /d/

Apakah kesalahan bunyi /t/ dan /d/ yang sering dilakukan?

Bunyi /t/ dan /d/ diperoleh pada umur 2 hingga 4 tahun. Kesalahan mengugurkan bunyi /t,d/ akan hilang pada umur 4 tahun.

Sumber: http:// www.talkingtails.net

Kesalahan bunyi ditukar ke bunyi lain jika berlaku pada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun masih dianggap normal. Jika anak anda berumur 2 tahun, dan masih belum boleh sebut dua bunyi ini dengan betul, jangan risau ya!

Terdapat dua jenis kesalahan yang melibatkan bunyi /t/ dan /d/ iaitu:

  1. Bunyi /t/ dan /d/ tidak disebut oleh kanak-kanak. Bunyi  ini digugurkan, menyebabkan sebutan perkataan menjadi tidak lengkap.
  2. Bunyi /t/ dan /d/ ditukarkan ke bunyi lain. Selalunya kepada bunyi yang mempunyai ciri yang hampir sama. Apabila kesalahan ini berlaku, sebutan perkataan berubah. Maksud sebenar perkataan juga akan berubah.

Contoh kesalahan bunyi /t/ dan /d/ yang sering berlaku:

Jenis kesalahan

/t/

/d/

 Pengguguran bunyi

/topi/ ? /_opi/

/duri/ ? /_uri/

Penggantian bunyi

/topi/ ? /kopi/

/duri/ ? /guri/

Apakah strategi dalam penghasilan bunyi /t/ dan /d/?

Terdapat pelbagai strategi yang boleh dilakukan semasa melatih kanak-kanak menghasilkan bunyi /t/ dan /d/. Strategi ini biasanya digunakan semasa peringkat awal latihan untuk menyebut bunyi yang ingin dilatih. Antara contoh strategi yang boleh dilakukan ialah:

  1. Bantuan visual
    1. Guna cermin yang besar supaya kanak-kanak dapat melihat pergerakan mulutnya sendiri semasa mereka cuba menyebut bunyi /t/ dan /d/.
    2. Duduk berhadapan dengan kanak-kanak supaya mereka dapat melihat pergerakan mulut kita semasa kita menyebut bunyi tersebut.
  2. Bantuan sentuhan
    1. Sentuh bahagian belakang gigi atas dan hujung lidah yang terlibat untuk menghasilkan bunyi /t/ dan/d/ dengan batang aiskrim
    2. Letakkan jem/ madu  di bahagian belakang gigi atas dan hujung lidah yang terlibat untuk menghasilkan bunyi /t/ dan /d/
    3. Sentuh bahagian atas bibir sebagai cue supaya kanak-kanak meletakkan lidah ke bahagian belakang gigi atas semasa menyebut bunyi /t/ dan /d/

Bagaimana mahu mula?

Gambar rajah menunjukkan peringkat latihan sebutan. Anda boleh melangkah ke peringkat seterusnya jika kanak-kanak menunjukkan 80% respon yang betul pada satu tahap.

  • Tanda di bahagian + jika kanak-kanak dapat menyebut dengan betul
  • Tanda di bahagian bantuan/ cue jika kanak-kanak hanya dapat menyebut setelah diberikan bantuan (dengan menggunakan mana-mana strategi)
  • Tandakan di bahagian – jika kanak-kanak masih tidak dapat menyebut dengan betul

Apakah aktiviti dalam menghasilkan /t/ dan /d/?

  • Semasa melakukan terapi atau latihan menyebut bunyi, kanak-kanak perlulah melakukannya dalam keadaan seronok.
  • Berikut merupakan contoh aktiviti yang anda boleh lakukan sendiri di rumah.
  • Pada setiap kali sesi latihan, anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 10 keping kad
 

Contoh peralatan yang anda boleh gunakan:

  1. Boneka (dengan mulut yang besar) dan kad berwarna.
    • Tampalkan kad stimulus pada kad berwarna (2 warna berbeza)
    • Sebagai contoh- kad merah untuk bunyi /t/ dan biru untuk /d/
    • Beritahu kanak-kanak untuk beri boneka makan bunyi -/t/
    • Jika kanak-kanak dapat pilih kad yang betul, benarkannya untuk suapkan kad kepada boneka.
  • Mainan (bola bewarna/ ikan), kotak dan kad stimulus
  • Lekatkan kad stimulus ke mainan (bola bewarna/ ikan)
  • Beri peluang untuk kanak-kanak memilih mainan
  • Sebut bunyi yang ada di atas kad dan minta kanak-kanak sebutkannya.
  • Jika kanak-kanak dapat sebut dengan betul, kanak-kanak boleh baling bola ke dalam kotak/ pancing ikan.
  • Jika kanak-kanak tidak dapat menyebut dengan betul, guna salah satu strategi yang telah dibincangkan.
  • Kotak, radio, hadiah (makanan, mainan dll) dan kad stimulus
    • Letakkan kad stimulus ke dalam kotak
    • Duduk dalam bulatan kecil (3-4 orang)

      Sumber: http://noakemurraypegler.wordpress.com

    • Pasang muzik dan beri  kotak kepada rakan di sebelah
    • Jika muzik berhenti, kanak-kanak yang memegang kotak tersebut perlu mengambil sekeping kad dan sebutkannya.
    • Jika kanak-kanak dapat sebut dengan betul, dia boleh pilih satu hadiah
    • Jika kanak-kanak tidak dapat menyebut dengan betul, guna salah satu strategi yang telah dibincangkan.

Bunyi /t/ dan /d/ merupakan dua daripada bunyi yang terdapat dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kedua-dua bunyi ini boleh hadir di awal, tengah atau akhir perkataan.

Contoh bunyi /t/ dan /d/  dalam perkataan:

Bunyi

Awal perkataan

Tengah perkataan

Akhir perkataan

/t/

Topi
Tangan
Tikus
Tali
Tepi
Tujuh

Kotak
Katak
Pintu
Patah
Kertas
Katil

Buat
Sakit
Lipat
Sepit
Rambut
Bulat

  /d/

Dam
Duri
Daun
Durian
Dahan
Dacing

Kedai
Kuda
Padi
Lada
Mandi
Cendol

Kad
Had
Zamrud
Ipad

Contoh perkataan bergambar bagi bunyi /t/:

Awal perkataan

Tengah perkataan

Akhir perkataan

Tangan

Sate

Sakit

Contoh perkataan bergambar bagi bunyi /d/:

Awal perkataan

Tengah perkataan

Akhir perkataan

Daun

Sudu

Ipad

Rujukan

  1. Developmental Norms for speech and language. Retrieved from http://www.asha.org/slp/schools/prof-consult/norms/, September 3, 2015.
  2. English Pronunciation – Lesson 28 – Consonant /t/. Retrieved from http://forum.englishchat247.com/index.php?threads/english-pronunciation-%E2%80%93-lesson-28-%E2%80%93-consonant-t.162/,September 7, 2015.
  3. Table 3 – Elimination of Phonological Processes. Retrieved from http://www.speech-language-therapy.com, September 3, 2015.
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Rahimah bt. Yunus
Akreditor : Nurhayati bt. Mohd Mossadeq
Penyemak : Nadwah bt. Onwi

Artikel Berkaitan

Urutan Bayi

Urutan bayi ialah teknik yang indah yang dilakukan dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Ia dilakukan supaya bayi anda sihat dan gembira.

Sinaran Mengion

Definisi Sinaran Sinaran adalah proses pemindahan tenaga kepada medium atau

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,237,283

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia