A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Makanan Pelengkap

Pengenalan

Makanan pelengkap adalah makanan tambahan yang diberikan kepada bayi anda selain daripada pemberian susu ibu. Pada umur enam bulan, pemberian susu ibu sahaja tidak mencukupi. Ia perlu dilengkapkan dengan pemberian makanan pepejal). Pertambahan makanan pepejal dengan meningkatkan tekstur dan kepekatan makanan tersebut dapat membantu bayi anda memperolehi nutrien yang penting bagi pertumbuhan dan perkembangannya. Kelewatan dalam memperkenalkan makanan pepejal melebihi 6 bulan akan meningkatkan risiko anemia dan gangguan pertumbuhan.

Bermula daripada umur 6 bulan, urat saraf dan otot mulut bayi sudah berkembang secukupnya bagi membantu mengunyah dan menggigit makanan. Sistem penghadaman dan pencernaan bayi sudah matang untuk menghadam pelbagai jenis makanan. Walau bagaimanapun susu ibu masih perlu diberi dan menjadi sebahagian daripada pemakanan bayi anda.

Makanan pelengkap yang sihat perlu mengandungi pelbagai jenis makanan bagi membekalkan tenaga, protein, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh bayi anda.

  • Bijirin dan hasil bijirin, Contoh:- nasi, bubur,roti dan ubi membekalkan tenaga.
  • Susu, ikan, ayam, telur dan daging membekalkan protein.
  • Buah – buahan dan sayur – sayuran membekalkan vitamin dan mineral.

Jadual Panduan Pemakanan Mengikut Umur

Umur
Kemahiran
Jenis Makanan
Jumlah & Kekerapan
6 Bulan Mula menerima makanan pepejal Makanan lembut

  • Bubur nasi dikisar
  • Bijirin untuk bayi (jenis beras) • Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek atau dikisar.
  • 2 -3 sudu besar untuk setiap hidangan. (waktu makan)
  • 2 kali dalam sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.
7- 8 Bulan Mula belajar mengunyah Makanan lembut

  • Bubur nasi
  • Bijiran untuk bayi
  • Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek.
  • Isi ikan, daging dan ayam yang telah dimasak dan lecek.
  • Makanan yang mengandungi susu. – Keju, puding susu, krim keju
  • Telur masak. Cuba dengan jumlah yang sedikit dahulu.
  • Jangan beri putih telur sehingga mencapai umur 12 bulan kepada bayi sekiranya terdapat sejarah keluarga yang mempunyai masalah alahan atau bayi mempunyai ekzema.
  • Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 2/3 cawan (cawan saiz 250,ml) dan kemudian ke ¾ cawan pada setiap hidangan
  • 3 kali sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.
9-11 Bulan Makan sendiri Makanan yang dipegang sendiri (dicincang) atau lembut.

  • Nasi
  • Bijiran bayi
  • Sayur yang dimasak, dan dipotong kecil.
  • Buah
  • Ikan, daging dan ayam
  • Susu dan hasil tenusu keju, puding susu, krim keju.
  • Telur, melainkan sekiranya ada alahan
  • Kekacang yang dimasak lembut – kacang panggang dan tauhu
  • Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 3/4 atau ke 1 cawan pada setiap hidangan.
  • 3 hidangan makan utama (sarapan pagi,makan tengah hari dan makan malam) dan 1 snek antara waktu makan utama, diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.
1-2 Tahun Makan sendiri Makanan keluarga yang diubahsuai

  • Pelbagai jenis makanan keluarga yang sihat seperti : campuran nasi dengan ikan atau ayam dan sayur.
  • Daging cincang
  • Makanan yang kurangkan berempah.
  • Makanan segar (tidak diproses)
  • Kurangkan garam, gula dan lemak.
  • Teruskan penyusuan susu ibu.

 

Semakan akhir : 14 Julai 2008
Penulis : Zalma bt. Abdul Razak
Zuhaida bt. Harun
Nazli Suhardi b. Ibrahim

 

Artikel Berkaitan

Usus Sihat : Peranan Diet Anda

Usus yang sihat bermula dengan diet seimbang untuk membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik. Kandungan bakteria dalam usus juga perlulah seimbang.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,246,037

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia