Home > Pemakanan > Keselamatan & Kualiti Makanan > Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK)

Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK)

Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK)

 

 

Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK) merupakan badan penasihat tertinggi negara dalam menangani semua perkara berhubung dengan keselamatan makanan dan pemakanan.

 

Penubuhan MKMPK

MKMPK telah diluluskan penubuhannya oleh Jemaah Menteri pada 21 Mac 2001 dan mesyuarat pertama MKMPK telah diadakan pada 5 Februari 2002.

 

Tujuan

Memastikan kesihatan rakyat terjamin dengan memperkukuh keselamatan makanan di semua peringkat rantaian makanan dan memastikan rakyat negara ini mencapai taraf pemakanan yang optimum.

 

Fungsi

  1. Menjadi badan penasihat kepada kerajaan dalam segala hal berkaitan keselamatan makanan dan pemakanan termasuk ;

(i)   merangka pelan tindakan strategik terhadap aktiviti jangka panjang ;

(ii)   mengenal pasti isu utama ;

(iii)  mewujud dan memantau jawatankuasa teknikal ; dan

(iv) menyelaras urusan berkaitan keselamatan makanan dan pemakanan termasuk semasa krisis keselamatan makanan.

  1. Membentuk dan mempertingkat kerjasama dan penyelarasan bagi menghadapi cabaran-cabaran baru dalam keselamatan makanan dan pemakanan khususnya tempatan, serantau dan antarabangsa.
  1. Membentuk persetujuan kerajaan berhubung dengan dasar keselamatan makanan dan pemakanan dalam sistem makanan dan pemakanan di setiap sektor.
  1. Membentuk sistem kawalan keselamatan makanan yang mantap berlandaskan fakta saintifik dengan menggunakan ;
  • pengawasan,
  • penguatkuasaan,
  • pemeriksaan,
  • penyelidikan, dan
  • pembangunan secara bersepadu.

Di samping itu, fakta makanan dan pemakanan yang berkaitan dengan budaya dan agama juga akan diberi perhatian.

  1. Memastikan semua elemen keselamatan makanan dan pemakanan diterapkan ke dalam program dan dasar semua agensi.

 

Peranan

  1. Memastikan bekalan makanan negara adalah ;
  • selamat,
  • sihat, dan
  • berkualiti.
  1. Memastikan sokongan kerajaan terhadap kepentingan bidang keselamatan makanan dan pemakanan.
  1. Memastikan kesejahteraan penduduk dicapai dan dikekalkan melalui pemakanan yang selamat, sihat dan berkualiti untuk membolehkan mereka menyumbang secara berkesan ke arah pembangunan negara.
  1. Meletakkan Malaysia sebagai negara yang memainkan peranan utama dalam bidang keselamatan makanan dan pemakanan di peringkat serantau dan antarabangsa.

 

Keanggotaan

Pengerusi               :  YB Menteri Kesihatan

Ketua Sekretariat  :  Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

Majlis ini dianggotai oleh 50 orang Ahli Majlis yang terdiri daripada pegawai-pegawai tertinggi dari beberapa agensi kerajaan dan bukan kerajaan seperti berikut :

  1. 16 Ketua Setiausaha dan 25 orang Ketua Pengarah pelbagai kementerian/agensi
  2. Peguam Negara
  3. Setiausaha Tetap Kementerian Permodenan Pertanian Sarawak
  4. Setiausaha Tetap Kementerian  Pertanian dan Industri Makanan Sabah
  5. Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM)
  6. Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
  7. Presiden Institut Teknologi Makanan Malaysia (MIFT)
  8. Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM)
  9. Presiden Persatuan Kesihatan Persekitaran Malaysia (MAEH)
  10. Presiden Institut Kimia Malaysia.

Pencapaian MKMPK

Keputusan penting yang telah dibuat oleh MKMPK adalah termasuk :

  1. Dasar Keselamatan Makanan Kebangsaan
  2. Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia
  3. Pelan Tindakan Keselamatan Makanan Kebangsaan (2006-2009)
  4. Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia II (2006-2015)
  5. Pelan Tindakan Kebangsaan bagi Analisis Makanan
  6. Pelan Tindakan Keselamatan Makanan Kebangsaan (2010-2020)
  7. Model Kerjasama Kebangsaan bagi Keselamatan Makanan di Sepanjang Rantaian Makanan.

Organisasi MKMPK

 

 

Rujukan

  1. Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan, Edisi Ketiga 2011.

 

Semakan akhir : 23 Julai 2013
Penulis : Pn. Siti Asah binti Md. Ali

 

(Visited 278 times, 1 visits today)