A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Kecemasan
  6. /
  7. Luka Tusukan Objek Tajam...

Luka Tusukan Objek Tajam : Rawatan Awal

Luka ini berpunca daripada tusukan atau tikaman daripada objek-objek tajam seperti pisau, gunting, paku, jarum, besi, kaca, pensel, pen dan sebagainya. Lokasi tubuh badan yang sering terdedah kepada ancaman tusukan adalah pada bahagian abdomen, belakang badan, punggung, tapak kaki dan tangan serta muka.

Pengenalan

Luka ini berpunca daripada tusukan atau tikaman daripada objek-objek tajam seperti pisau, gunting, paku, jarum, besi, kaca, pensel, pen dan sebagainya. Lokasi tubuh badan yang sering terdedah kepada ancaman tusukan adalah pada bahagian abdomen, belakang badan, punggung, tapak kaki dan tangan serta muka.

Rajah 1 : Tusukan Paku Berkarat

Tanda/Gejala

Kecederaan tisu dan organ badan boleh dikesan berdasarkan tanda-tanda seperti lebam, bengkak, kebiruan/pucat atau terdapat aliran darah keluar. Manakala gejala-gejalanya pula adalah seperti kelihatan lemah yang membawa kepada keadaan tidak sedarkan diri, lumpuh sebahagian atau keseluruhan badan dan kesakitan di bahagian terlibat.

Komplikasi

Oleh kerana lukanya yang dalam, ia dapat mencederakan organ dalaman serta pendarahan yang teruk dan boleh mengancam nyawa mangsa. Kehilangan darah yang banyak dan jangkitan kuman boleh menyebabkan kematian.

Rawatan

Rawatan awal boleh dilakukan oleh mangsa sendiri atau dengan bantuan orang di sekeliling. Risiko kematian dapat dielakkan sekiranya langkah-langkah berikut dapat diambil dengan segera, seperti :

  • Bertenang atau tenangkan mangsa;
  • Cuci luka dengan air yang bersih jika ada;
  • Jika objek telah tiada atau tercabut, tekan pada lokasi luka supaya darah tidak keluar; atau
  • Jika objek masih ada, jangan cabut tetapi buat balutan cincin dengan kain yang bersih dan letak di sekeliling objek berkenaan kemudian tutup dengan kain bersih yang lain;
  • Lakukan tekanan yang berterusan pada nadi untuk menahan darah daripada keluar dengan banyak. Tekanan hendaklah tidak melebihi 10 minit dan dilepaskan bagi membolehkan aliran darah ke organ atau anggota tubuh dapat dikembalikan. Jangan ikat anggota yang tercedera kerana ia boleh merosakkan tisu dan organ badan kerana tidak mendapat bekalan darah yang secukupnya.
  • Tinggikan anggota yang luka dari paras jantung untuk mengurangkan darah mengalir keluar.
  • Dapatkan bantuan dan rawatan daripada anggota perubatan di klinik atau hospital berdekatan atau hubungi talian 999.
  • Doktor akan memberikan rawatan perubatan seperti berikut :
    1. Suntikan anti- tetanus akan diberikan bagi mengelak serangan kancing gigi (jika perlu);
    2. Ubat penahan sakit dan antibiotik (jika perlu).
    3. Jahitan pada bahagian yang luka selepas beberapa hari sekiranya berlaku koyakan kulit atau tisu badan (jika perlu).

Pencegahan

Ancaman dari tusukan objek tajam dapat dielakkan sekiranya perkara-perkara berikut diberi perhatian, antaranya:

  • Simpan objek berbahaya di tempat yang selamat, jauh dan lebih tinggi daripada kanak-kanak.
  • Memakai kasut atau selipar yang mempunyai tapak yang tebal jika berjalan di tempat berisiko tinggi.
  • Sentiasa peka dengan persekitaran.

Rehabilitasi

  • Pastikan tempat luka sentiasa bersih dan elak daripada menggunakan minyak atau bahan-bahan yang diragui kebersihannya.
  • Sentiasa bersihkan diri dan persekitaran tempat tinggal.
  • Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang khususnya dalam pengambilan protein.
  • Kawal paras gula terutamanya bagi mereka yang menghidap diabetes.
  • Pastikan kesihatan tubuh badan di tahap optima.

Rujukan

  1. Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia
  2. Bahayapedia.com
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Amin Zafri bin Abd Rahman
Akreditor : Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah
Penyemak : Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah

Artikel Berkaitan

Strok Haba (Heat Stroke)

Berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat (41 darjah celcius atau lebih) akibat terdedah kepada cuaca panas yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal.

Disengat Serangga Berbisa

Sengatan serangga berbisa lazimnya hanya menyebabkan kesakitan, bengkak dan kemerahan. Namun begitu, ia juga boleh mengakibatkan tindak balas yang lebih serius kepada badan dan fungsi organ akibat berlakunya kejutan anafilaksis.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,239,175

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia