A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Lidah Pendek

Lidah pendek merupakan keadaan pergerakan lidah terbatas kerana dasar lidah (lingual frenulum) melekat hingga ke bahagian hujung lidah. Ini menyebabkan lidah tidak dapat bergerak bebas atau berfungsi secara normal.

Pengenalan

Lidah pendek merupakan keadaan pergerakan lidah terbatas kerana dasar lidah (lingual frenulum) melekat hingga ke bahagian hujung lidah. Ini menyebabkan lidah tidak dapat bergerak bebas atau berfungsi secara normal.

Selain membantu dalam pertuturan, lidah juga penting untuk mengunyah, menelan dan merasa makanan serta membersihkan bibir (mulut) daripada sisa makanan.

Bagaimana Untuk Mengesan keadaan Ini Pada Anak Anda?

Lidah tidak boleh dikeluarkan jauh melepasi gigi bawah, tidak boleh digulung ke arah gigi atas untuk menyapu bibir dan tidak boleh bergerak ke kiri atau ke kanan.

Bentuk v atau bentuk hati boleh dilihat bawah lidah jika lingual frenum melekat sehingga ke hujung lidah.

Lidah pendek adalah keadaan kongenital (sejak lahir) dan tidak boleh dicegah.

Kesan-kesan Lidah Pendek

  1. Perkembangan Pertuturan
    Lidah pendek tidak semestinya memberi kesan terhadap pertuturan. Terdapat ramai individu yang berlidah pendek dapat mengatasi masalah ini dan pertuturan mereka adalah normal.

  2. Masalah Pergigian
    Karies gigi dan keradangan gusi (gingivitis) boleh berlaku kerana sisa makanan tidak dapat dibersihkan dengan baik oleh lidah dan air liur.

  3. Kebersihan Mulut
    Nafas mungkin berbau disebabkan karies gigi dan sisa makanan yang lebih mudah terjadi.

  4. Pemakanan dan Penghadaman
    Sesetengah kanak-kanak ini mempunyai tabiat pemakanan yang kurang kemas. Keadaan ini disebabkan oleh pergerakan lidah terbatas yang tidak dapat membersihkan mulut luar dan dalam. Mereka juga yang tidak dapat menjilat sekeliling bibir mereka. Pada kes yang lebih teruk, ia boleh menyebabkan masalah penghadaman.

Rawatan Untuk Lidah Pendek

  1. Pembedahan tidak diperlukan sekiranya fungsi mulut tidak terganggu. Sebaliknya khidmat nasihat akan diberikan.
  2. Rawatan pembedahan akan dilakukan jika fungsi mulut dan pertuturan bermasalah.

Lidah pendek selepas pembedahan lekatan

Nasihat

Bawalah anak anda berjumpa Pakar Pergigian Pediatrik atau Ahli Terapi Pertuturan pada peringkat awal lagi, untuk menentukan keperluan rawatan yang terbaik.

 

Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Dr. Laila bt. Abd Jalil
Penterjemah : Dr. Muhammad Farid bin Nurdin
Akreditor : Dr. Che Noor Aini bt. Che Omar

 

Artikel Berkaitan

Penjagaan Mulut untuk Orang Berkeperluan Khas

Langkah Beritahu, Tunjuk, Buat ‘BTB’ ini boleh mengurangkan kebimbangan seseorang untuk menjalankan pembersihan mulut. Bagi memulakan pemberusan gigi ‘Beritahu’ mereka apa yang akan kita lakukan.

Penstabilan Gigi

Pengenalan Adalah prosedur pergigian untuk menstabilkan gigi yang longgar  melalui

Amalan Penjagaan Kesihatan Pergigian Bagi Pesakit Kanser Mulut

Lawatilah doktor gigi anda sebelum memulakan  rawatan kanser sebagai persediaan untuk mengelakkan sebarang risiko semasa kemoterapi atau radioterapi dijalankan. Teruskan dengan pengamalan  penjagaan gigi yang baik walaupun rawatan kemoterapi atau radioterapi telah selesai untuk mengelak sebarang risiko penyakit di masa hadapan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,238,848

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia