A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Bedah Plastik & Rekonstruktif
  6. /
  7. LASER dalam Pembedahan Plastik

LASER dalam Pembedahan Plastik

Pengenalan

Perkataan LASER berasal dari singkatan Bahasa Inggeris iaitu “Light Amplification by Stimulated Emission of Radiation”.

LASER adalah merupakan sinaran cahaya yang mempunyai jarak gelombang yang tertentu dan akan menghasilkan tenaga. Kekuatan tenaga yang dihasilkan bergantung kepada kemantapan sinaran cahaya. Apabila dipancarkan ke kulit atau tisu, tenaga tersebut akan diserap oleh sel-sel tertentu di bawah lapisan kulit. Tenaga yang diserap akan bertukar menjadi haba dan seterusnya memusnahkan sel-sel sasaran. Sasaran kepada sel-sel tertentu bergantung kepada jarak gelombang pada peralatan LASER yang sedia ada. Oleh yang demikian setiap peralatan hanya dapat memberi rawatan yang berbeza dari peralatan LASER yang lain. Sebagai contoh peralatan LASER untuk rawatan pigmentasi tidak boleh digunakan untuk masalah lain seperti membuang tatu atau bulu roma. Ini adalah kerana tenaga dari jarak gelombang yang dihasilkan akan bertindak ke atas sel sasaran iaitu sel melanin sahaja. Sel-sel lain yang bukan sasaran tidak menyerap tenaga tersebut dan tidak akan termusnah.

Kegunaan LASER dalam Pembedahan Plastik

LASER digunakan secara meluas dalam bidang perubatan terutama dalam bidang kosmetik. Permintaan prosedur kurang invasive seperti BOTOX, “Dermal filler” adalah sangat tinggi. Demikian halnya dengan LASER kerana ia juga termasuk dalam kumpulan kurang invasif. LASER boleh digunakan dalam pelbagai masalah kulit seperti pigmentasi kulit, jerawat, saluran darah kecil di bawah kulit, membuang tatu, membuang bulu roma, menegangkan kulit, merawat parut dan sebagainya.

LASER juga digunakan dalam rawatan terapeutik seperti rawatan kelainan saluran darah (“Port wine stain, Hemangioma”), membuang ketumbuhan biasa  pada kulit seperti kutil, jeragat dan sebagainya.

Siapakah yang sesuai menjalani rawatan LASER?

Rawatan LASER boleh diberi kepada sesiapa sahaja bergantung kepada keperluan perubatan atau kosmetik. Walaubagaimanapun pakar akan membuat pemeriksaan sebelum menyarankan samada rawatan LASER dan peralatan yang ada sesuai atau tidak.

Komplikasi

Rawatan LASER adalah berasaskan cahaya yang menghasil haba di dalam sel-sel sasaran Permukaan kulit boleh bertukar menjadi kemerah-merahan untuk beberapa hari. Lebam dan kelecuran boleh berlaku selepas rawatan. Hasil kelecuran akan meninggalkan parut. Kulit akan menjadi sensitif kepada sinaran cahaya dan boleh menyebabkan pigmentasi.

Rujukan

  1. www.aafprs.org/patient/procedures/laser-surgery.html
  2. Baaps.org.uk/procedures/lasers-in-plastic-surgery

 

Semakan Akhir : 16 Januari 2015
Penulis : Dr. Salina bt. Ibrahim
Akreditor : Dr. Normala b. Hj Basiron

 

Artikel Berkaitan

Merokok dan Penyaman Udara

Asap rokok merupakan salah satu punca bahan pencemar yang boleh menyumbang kepada Sick Building Syndrome (SBS). Terdapat 4 dari kalangan 10 orang di Malaysia yang bekerja di dalam bangunan terdedah kepada asap rokok basi.2 Asap rokok menghasilkan pencemaran udara dalaman yang tinggi dengan menghasilkan 300 jenis gas yang toksik.

Dermatitis Sentuh

Dermatitis sentuh adalah sejenis ekzema yang disebabkan oleh faktor luaran.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,673,947

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-30 11:59:30
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia