A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kulit

Semasa proses penuaan, kulit menjadi lebih nipis, kurang elastik dan kedutan halus pada kulit mudah terbentuk. Tambahan pula, pendedahan kepada cahaya matahari yang berpanjangan boleh menyebabkan pembentukan kedutan dan menjadikan kulit semakin kasar.

Pengenalan

  • Semasa proses penuaan, kulit mengalami banyak perubahan.
  • Perubahan yang positif adalah kulit menjadi kurang sensitif terhadap bahan kimia, oleh itu ruam alahan kurang terjadi.
  • Perubahan negatif termasuklah kulit menjadi lebih nipis, kering, kurang elastik dan lebih mudah luka.
  • Oleh itu, semasa proses penuaan, masalah kulit menjadi lebih ketara dan mengganggu golongan warga emas.

Tanda dan gejala

  • Semasa proses penuaan, kulit menjadi lebih nipis, kurang elastik dan kedutan halus pada kulit mudah terbentuk. Tambahan pula, pendedahan kepada cahaya matahari yang berpanjangan boleh menyebabkan pembentukan kedutan dan menjadikan kulit semakin kasar.
  • Kulit juga menjadi semakin kering dan kurang berminyak disebabkan oleh pengurangan pengeluaran minyak dari kelenjar minyak (sebaceous gland).
  • Kulit lebih mudah terluka, kedutan lebih mudah terbentuk, dan kurang tahan kesejukan disebabkan lapisan lemak di bawah kulit menjadi nipis dan diganti dengan tisu fiber.
  • Bilangan hujung saraf di bahagian kulit berkurangan. Akibatnya, kepekaan terhadap kesakitan berkurangan dan lebih mudah mendapat kecederaan.
  • Bilangan kelenjar peluh dan saluran darah berkurangan dan pengaliran darah di bahagian bawah kulit juga berkurangan. Apabila pengaliran darah berkurangan, kurang haba boleh dibebaskan oleh badan dan badan tidak boleh disejukkan. Akibatnya, warga emas lebih senang mendapat masalah yang disebabkan oleh kepanasan yang keterlaluan seperti heatstroke.
  • Tambahan pula, kulit yang tercedera akan pulih dengan lebih perlahan apabila pengaliran darah berkurangan.
  • Bilangan sel penghasil warna (melanocytes) berkurangan. Akibatnya, kulit kurang pertahanan terhadap pancaran ultraviolet (UV) seperti pancaran cahaya matahari.

Pencegahan

  • Kebanyakan perubahan kulit yang tidak diingini adalah berpunca dari pancaran matahari yang berpanjangan, bukan sahaja disebabkan oleh proses penuaan.
  • Pecegahan pendedahan terhadap pancaran matahari yang keterlaluan boleh mencegah sebahagian perubahan ini atau mencegah perubahan ini dari menjadi semakin teruk.
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis/Penyemak : Dr. Ho Bee Kiau

Artikel Berkaitan

Pundi Kencing

Dalam proses penuaan, sistem pembuangan air kencing dan pundi kencing akan mengalami beberapa perubahan

Sistem Pertahanan Badan

Sistem pertahanan badan terdiri daripada komponen sel-sel dendritik (dendritic cells), sel-sel makrofaj (macrophages cells), sel pembunuh semula jadi (natural killer cells) dan sistem komplimen (complement system).

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,415,401

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia