A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Komunikasi Oro-Antral

Apakah itu komunikasi oro-antral (OAC)?

  • Sambungan yang tidak normal antara rongga mulut dan antrum pada rahang atas. Apabila komunikasi oroantral dibiarkan, tisu epitelium akan terbentuk dan berkembang di dalam landasan tersebut dan kita rujuk sebagai fistula oro – antral.
  • Oro antral fistula (OAF) – komunikasi epitelium yang berterusan antara antrum pada rahang atas dan rongga mulut.
Komunikasi Oro-Antral

Apakah penyebab terjadinya OAC?

Apakah penyebab terjadinya OAC

Apakah faktor risiko yang menyebabkan anda boleh mendapat OAC selepas mencabut gigi?

Apakah faktor risiko yang menyebabkan anda boleh mendapat OAC selepas mencabut gigi

Komunikasi Oro-Antral
*Akar gigi yang besar/panjang dan morfologi akar yang terbentuk hingga ke sinus

Apakah tanda dan gejala OAC?

Berikutan pembentukan komunikasi oro-antral, pesakit mungkin mengalami pelbagai tanda dan gejala seperti berikut:
 
Gejala

  • Keluar cecair dari mulut ke dalam hidung semasa makan/minum
  • Keluar angin atau cecair ke dalam mulut semasa meniup ataupun bernafas
  • Sakit hanya pada permulaannya – dari masa ke masa ianya hanya akan menyakitkan jika terdapat jangkitan kuman
  • Hidung tersumbat dan terdapat lelehan dari hidung (hanya pada sebelah yang terlibat)

Tanda

  • Patah tulang lantai antrum
  • Terdapat lapisan sinus melekat pada akar gigi ataupun terdapat tulang patah pada akar gigi semasa cabutan dilakukan
  • Soket yang tidak sembuh / soket kosong (kehilangan darah beku pada soket sebaik sahaja selepas cabutan dilakukan)
  • Sakit setempat yang berterusan (pada kawasan soket gigi)
  • Sakit di kawasan di bawah mata / pipi (hanya sebahagian muka sahaja)
  • Terdapat bukaan/lubang gelap ke dalam sinus yang dilihat dengan pencahayaan yang sesuai

 Keterukan kesakitan: Biasanya tidak menyakitkan kecuali terdapat jangkitan pada sinus

Jika terjadi OAC, apa yang akan berlaku?

Dua perkara akan berlaku:

  • Ianya akan sembuh secara semulajadi– Ini selalunya berlaku jika langkah-langkah penjagaan yang sesuai diambil
  • Terbentuk fistula oro-antral– keadaan ini ialah apabila gusi dalam mulut anda dan lapisan rongga hidung anda membentuk terowong yang tidak sembuh di antara kedua-duanya. Apabila ini berlaku, hanya pembedahan sahaja yang dapat merawatnya.

Jika doktor gigi mengesyaki terdapatnya komunikasi ini, atau mengesahkannya, maka anda perlulah mengikuti arahan/nasihat yang diberikan kerana itu bertujuan untuk mencegah kenaikan tekanan udara di dalam sinus. Contohnya semasa bersin atau menghembus hidung, anda akan memaksa udara dari dalam hidung melalui lubang/terowong itu ke dalam mulut. Keadaan ini menyebakan komunikasi (OAC) mungkin menjadi lebih teruk atau menghalangnya dari sembuh.

Sila ikut arahan selepas cabutan
Peringatan: Sila ikut arahan selepas cabutan!

Bagaimanakah untuk menyiasat kejadian ini?

Objektif Penyiasatan

Kaedah

Untuk menunjukkan komunikasi antara antrum dan mulut

  • Memasukkan prop pergigian atau getah perca bersaiz besar melalui soket ke antrum
  • Tiuplah udara sambil memicit hidung agar tertutup tetapi membiarkan mulut terbuka (boleh lihat gelembung udara, mendengar desiran bunyi angin atau pergerakan gumpalan kapas di pembukaan soket, gunakan cermin pergigian )

Untuk mengesan serpihan akar atau sequestra dalam soket atau dalam antrum. Untuk menolak kemungkinan lesi lain seperti neoplasma malignan

Radiograf: Periapical (PA view), Orthophantomogram (OPG)/Occipto-mental view (OMV)/CT scan

Untuk mengenalpasti kesakitan berpunca dari gigi yang lain

Ujian Vitaliti, kegoyangan gigi yang berdekatan

Untuk mengecualikan malignan atau mengenal pasti sebab-sebab lain menyebabkan penyembuhan soket terjejas

Pengambilan sampel tisu/biopsi (jika terdapat kehadiran tisu yang abnormal dalam soket gigi)

* Pemerhatian radiologi mungkin menunjukkan ketidakselanjaran lantai sinus, opasiti dalam sinus atau atrofi tulang alveolar setempat.

 

Bagaimana untuk merawat OAC?

Pemilihan cara untuk merawat OAC ialah bergantung kepada diameter OAC, jangkamasa semasa di diagnosis dan kehadiran jangkitan.

Anggaran diameter fistula

  1. 1-2 mm: Tiada rawatan diperlukan, biarkan ianya sembuh secara semulajadi.
  2. 2-4 mm: pemeriksaan semuls pesakit selepas 1-2 minggu dan mengikuti langkah pencegahan (tidak menahan bersin, tidak merokok, tidak menggunakan straw, memberi tekanan ke atas sinus).
  3. 6 mm atau lebih: tujuan utama adalah penutupan kecacatan dan pencegahan dari terjadinya sinusitis.

Pengurusan serta-merta termasuk:

  1. Jahitan untuk menutupnya / pek periodontal
  2. Bilasan dengan sebatian fisiologi
  3. Bilasan dengan pelarut antibiotik
  4. Profilaksi antibiotik

    Rentetan daripada itu, rawatan seterusnya adalah melalui pembedahan. Pelbagai teknik telah dilaporkan di dalam kajian-kajian, termasuklah flap setempat (cth: palatal rotational advancement and buccal advancement flaps), distant flaps (cth. tongue flaps) atau penggunaan graft (cth. Graft tulang)

    Komplikasi OAC

Komplikasi OAC

  • Sinusitis kronik
  • Selulitis pada kawasan muka
  • Osteomyelitis dengan kehilangan tulang maksila

Rujukan

  1. Borgonovo, A.E., Berardinelli, F.V., Favale, M. et al (2012)  Surgical Options In Oroantral Fistula Treatment. Open Dent J. 2012; 6: 94–98.
  2. Canadian Dental Association (2013). How Do I Manage Oroantral Communication? Key Points. URL http://www.oasisdiscussions.ca/2013/03/19/oc-2/
  3. Cankaya, A.B., Erdem, M.A., Cakarer, S., Isler, S.C, Demircan, S., et al. (2012) Reliability of Two Surgical Methods for Oroantral Communication Closure; A Clinical Study of 20 Patients. Otolaryngology 2:113. doi:10.4172/2161-119X.1000113
  4. Dym, H., Wolf, J.C. (2012) Oroantral Communication. Oral Maxillofacial Surg Clin N Am 24; 239-247
  5. Logan, R.M., Coates, E.A (2003) Non-surgical management of an oro-antral fistula in a patient with HIV infection. Australian Dental Journal 2003;48:(4):255-258
  6. Workman, J. (2012). Oro Antral Communication. URL http://jamiethedentist.com/oro-antral-communication/what-is-an-oroantral-communication

 

Semakan Akhir : 6 Oktober 2015
Penulis / Penterjemah : Dr. Rohaizar bt. Ismail
Akreditor : Dato’ Dr. Rusdi bin Abd Rahman

 

Artikel Berkaitan

Venir Gusi

Venir gusi adalah prostesis yang dipakai di bahagian hadapan gigi atas, bertujuan untuk mengembalikan rupa bentuk mukogingiva dan estetika di kawasan dimana tisu-tisu periodontal adalah kurang.

Gigi Bongsu

Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,398

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia