A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Kesihatan Seksual

Kesihatan Seksual

Soalan 1

Adakah dara saya akan pecah hanya kerana saya terjatuh atau aktif dalam sukan ekstrem/lasak?

Jawapan 1

Selaput dara adalah satu lapisan tisu yang nipis yang separa terbuka di dalam faraj perempuan. Ia boleh terkoyak apabila dimasukkan sesuatu seperti zakar dan lain-lain objek seperti tampon dan jari. Ia juga kadangkala boleh terkoyak semasa melakukan aktiviti lasak seperti sukan berbasikal, sukan ekstrem dan lain-lain. Ia juga boleh terkoyak dengan sebab jangkitan kuman. Jika semasa anda terjatuh, tetapi tiada apa-apa yang memasuki ruangan faraj anda, kemungkinan besar, selaput dara anda masih kekal seperti biasa. Jika anda inginkan kepastian yang lebih kukuh, silalah berjumpa dengan doktor atau jururawat untuk pemeriksaan.

Darah sewaktu kali pertama melakukan hubungan kelamin tidak semestinya menandakan seseorang perempuan itu dara, walaupun budaya, adat dan kepercayaan umum begitu. Jika seseorang perempuan itu belum bersedia untuk melakukan seks, tetapi suami telah memasukkan zakarnya, kecederaan pada dinding faraj juga boleh menyebabkan pendarahan.  Untuk makluman, ada atau tiada selaput dara, bukan tanda seseorang itu tidak pernah melakukan hubungan seksual.

Soalan 2

Tuan,  saya ingin tahu apakah risiko hubungan seks semasa isteri hamil?

Jawapan 2

Tidak ada apa-apa masalah dalam kebanyakan kes. Tetapi, terdapat juga kes, doktor tidak menggalakkan hubungan seks. Juga jika isteri tuan mempunyai  sejarah kemungkinan untuk keguguran (threatened abortion). Tanda-tanda awal  masalah ini ialah  pendarahan  tanpa sebarang rasa sakit. Jika pendarahan itu datang bersama dengan sakit di bahagian ari-ari, maka kemungkinan terjadinya keguguran. Jadi dalam kes-kes seperti ini, hendaklah berhati-hati dan segera mendapatkan nasihat doktor.

Soalan 3

Saya telah berkahwin selama 6 bulan dan amat inginkan kehadiran cahaya mata. Umur saya 30 tahun dan suami 38 tahun dan berfizikal agak gemuk. Apakah yang patut saya dan suami lakukan agar kami cepat dapat cahaya mata.

Jawapan 3

Persetubuhan perlu dilakukan semasa waktu subur puan iaitu mulai hari ke 8 selepas hari pertama haid sehingga hari ke 18 kitaran haid dan lakukan persetubuhan secara selang sehari. Juga digalakkan isteri dalam posisi baring telentang dan punggung di alas dengan bantal. Isteri perlu kekal dalam posisi ini selama 30 minit selepas persetubuhan untuk membolehkan air mani berkumpul di pangkal rahim.

Sekiranya puan telah mencuba kaedah ini dan masih tidak berhasil, puan perlu mendapatkan nasihat doktor. Masa yang sesuai untuk berjumpa doktor bergantung pada kitaran haid puan.

  1. Kitaran haid tetap- selepas setahun mencuba

  2. Kitaran haid tidak tetap- selepas 6 bulan mencuba

Di samping itu, amalkan cara hidup sihat- makan makanan seimbang, lakukan senaman dan dapatkan berat badan yang ideal. Juga digalakkan suami berhenti merokok jika beliau merokok.

Semakan Akhir : 9 Oktober 2008

Artikel Berkaitan

M

Mekanisma Tindak Balas Terhadap Stres  Mamogram Mati Pucuk Memahami Arahan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,056,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia