A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Remaja
  4. /
  5. Kesihatan Seksual
  6. /
  7. Seksualiti Anda
  8. /
  9. Kesihatan Seksual Bagi Golongan...

Kesihatan Seksual Bagi Golongan Remaja Kurang Upaya

(KESIHATAN SEKSUAL BAGI GOLONGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA KURANG UPAYA)

PENGENALAN

Golongan orang kurang upaya mempunyai kehendak biologi sama dengan manusia lain. Orang kurang upaya juga mempunyai jangka hayat/hidup lebih lama dan memilih untuk berkahwin atau terlibat secara seksual.  Memberi kesedaran kepada golongan ini berkaitan kesihatan seksual dari usia muda/kecil boleh membantu mereka mengelakkan kesulitan di kemudian hari dan juga dapat membantu mereka dapat menjaga keselamatan peribadi mereka.

Masyarakat  biasanya mengatakan  bahawa kanak-kanak kurang upaya tidak mempunyai nafsu dan berkaitan  jantina, bermakna mereka tidak mempunyai keupayaan seksual atau menggesa nafsu.  Mitos seperti ini adalah sangat berbahaya bagi kanak-kanak kurang upaya dan mereka lebih terdedah kepada penderaan seksual serta boleh mendorong mereka mempunyai tingkah laku seksual yang tidak sesuai.
Tambahan pula, seksualiti adalah topik yang susah dan pantang-larang sukar untuk dibualkan bagi sesetengah masyarakat. Mereka tidak memahami seksualiti dan menyalah gunakan tafsiran tersebut.

Oleh itu, golongan ini sukar atau tidak mampu untuk mengenal atau melaporkan situasi yang mencurigakan dan boleh dimanipulasi oleh orang lain. Mereka juga mungkin berfikir bahawa tingkah laku itu atau perbuatan yang kononnya membantu untuk keperluan harian mereka seperti mandi, berpakaian dan pergerakan yang sesuai adalah rutin harian biasa. Maka, kanak-kanak dan remaja kurang upaya juga mempunyai keperluan yang sama untuk belajar dan mengetahui berkaitan seksualiti. Maka, kanak-kanak dan remaja kurang upaya mempunyai keperluan yang sama untuk mempunyai pengetahuan dan kemahiran berkaitan kesihatan seksualiti.

MULAKAN PADA USIA MUDA

Adalah  tidak terlalu awal untuk mulakan pengajaran kesihatan seksual terutama bagi  kanak-kanak kurang upaya. Jawapannya  ialah mulakan “secepat mungkin”. Mulakan pada  usia awal , mulakan  kesedaran kepada mereka dengan  memulakan  penjelasan kepada mereka bagaimana anda menjaga kebersihan mereka.

Ini boleh bermula dengan penerangan kepada mereka dalam bahasa yang mudah mengapa anda melakukan apa yang anda lakukan dengan membersihkan mereka seperti selepas memakai lampin pakai  buang atau selepas membuang air besar  dan juga semasa mandi.  Selain itu, mereka juga perlu sedar/tahu bahawa orang lain tidak dibenarkan untuk melakukan perkara yang sama kecuali orang-orang yang khusus diberi kebenaran untuk berbuat demikian. Ini adalah penting apabila terdapat penjaga lain yang terlibat seperti pembantu rumah, adik-beradik atau kakitangan nurseri.

Selalulah berbincang  isu-isu yang membuatkan mereka tidak selesa dan memberi keyakinan/kuasa atau memberitahu anak anda ia adalah OK untuk mengatakan “Tidak” atau “Saya tidak suka anda menyentuh saya seperti itu”.

FAKTA

Akibat pilihan yang meningkat dan peluang yang ada, kanak-kanak dan remaja kurang upaya mempunyai keperluan yang asal/sama untuk belajar tentang seksualiti. Artikel ini berharap dapat memberi pemahaman tentang seksualiti dan keselamatan peribadi. Matlamat pendidikan kesihatan seksualiti adalah untuk :

  1. Memberi maklumat seperti memahami perbezaan antara seks dan seksualiti. Seks adalah sebahagian kecil daripada seksualiti.

  2. Membangunkan nilai-nilai murni (keluarga, agama, nilai-nilai budaya)

  3. Membangunkan kemahiran interpersonal

  4. Membangunkan tanggungjawab dan tindakan yag sepatutnya bagi menjaga tubuh badan mereka

  5. Tahu bagaimana dan bila untuk mendapatkan bantuan

Seksualiti manusia merangkumi :

  • Pengetahuan seksual

  • Kepercayaan, sikap dan nilai-nilai

  • Tingkah laku. Ia perbincangan yang merangkumi anatomi, fisiologi dan biokimia sistem tindak balas seksual. Seks adalah tindakan dan sebahagian kecil seksualiti.

Tips untuk bercakap tentang seksualiti :

  1. Jadikan topik kepada segmen-segmen yang lebih kecil supaya lebih mudah untuk difahami

  2. Mula dengan perkara asas (bertanya kepada mereka apa yang mereka tahu)

  3. Berfikir dengan konkrit (gunakan isyarat visual dan memberikan contoh)

  4. Berulang-ulang dan kumpulkan kesimpulan

  5. Ubah suai mengikut jenis kurang upaya. Memberi tumpuan kepada individu bukan kepada kecacatan

  6. Biar jelas,gunakan perkataan mudah dan perubatan/saintifik  tetapi penekanan perlu  untuk  menggunakan istilah perubatan yang betul

  7. Selesa dengan material/bahan pendidikan kesihatan adalah penting untuk menyampaikan mesej positif tentang seksualiti untuk membina keyakinan diri mereka

  8. Bertindak secara berkesan/betul apabila ada  tingkah laku yang tidak sesuai, memberi tindak balas bukan mengikut emosi

  9. Buat pertimbangan yang betul bukan menghukum

  10. Memahami dinamik penderaan seksual kanak-kanak

PANDUANPENDIDIKAN SEKSUAL MENGIKUT UMUR YANG SESUAI

Isi kandungan pendidikan perlu diajar dalam beberapa sesi. Ibu bapa atau penjaga  mesti konsisten “mengajar” menggunakan setiap masa/peluang pengajaran yang ada. Sikap kita mesti bersesuaian dengan budaya kita, etnik, personaliti, didikan, nilai-nilai keluarga, agama dan pengalaman lalu kita. Berikut adalah panduan menggariskan apa yang perlu kita ajar  seperti di bawah :

3 – 9 tahun

10 – 15 tahun

16 tahun dan ke atas

Bahagian Tubuh Badan

 

Tahu perbezaan antara lelaki dan perempuan. Menamakan bahagian badan termasuk bahagian badan sulit dan menggunakan istilah yang betul dan fungsinya.

Perubahan kitaran hidup.

Memahami perbezaan fizikal antara lelaki & wanita dalam  kitaran hidup (kanak-kanak lelaki menjadi seorang lelaki dan kanak-kanak perempuan menjadi wanita).

Badan anda adalah tanggungjawab anda.

Bahagian badan sulit dan tidak sulit.

Mengenal bahagian badan sulit dan semua orang mempunyai anggota sulit.

“Orang lain tidak harus melihat anggota sulit anda”
“Orang lain tidak harus menyentuh bahagian sulit anda”
“Anda tidak perlu melihat anggota sulit orang lain”
“Anda tidak perlu menyentuh anggota sulit orang lain”

Perubahan Akil baligh – Perbezaan fizikal, mental & emosi.

Perbezaan  antara seks dan cinta.

Penerangan bagaimana bayi  dibentuk/terjadi dengan bahasa yang mudah dan jika berpeluang/masa ada.

Penerangan bagaimana bayi  dibentuk/terjadi. Memahami konsep kesihatan reproduktif.

Bertanggungjawab berkaitan hubungan seksual & tahu konsep keibubapaan.

 

Kebersihan diri

Kebersihan diri  Melancap

Kebersihan diri  Melancap

Konsep awam & peribadi

Tempat awam dan tempat peribadi yang selamat dan tidak selamat.

Tempat awam dan tempat peribadi yang selamat dan tidak selamat.

Tingkahlaku, cara berpakaian & cara untuk bergaul dengan orang.

Tingkah laku – betulkan jika berpeluang.

Tingkahlaku & cara berpakaian.

 

Perbualan – betulkan jika/bila ada peluang

Perbualan – bila bercakap dengan orang yang anda percayai.

Perbualan dengan orang yang dipercayai.

Perasaan & emosi

Kemahiran asas dalam bersosial dan komunikasi

Membina dan mengekalkan hubungan dengan jantina yang sama dan berlainan.

Membina dan mengekalkan hubungan dengan jantina yang sama dan berlainan.

 

Menyedari dan menyatakan emosi.

Berkenalan dengan  kawan-kawan.

Cara untuk berkawan dan bercakap dengan orang-orang lain.

Cara untuk berkawan dan bercakap dengan orang.

Perhubungan & sentuhan

Batasana perhubungan  (Pengenalan kepada bulatan perhubungan -link).

Batasan perhubungan antara jantina yang sama dan bertentangan (Pengenalan kepada bulatanperhubungan -link).

Perhubungan antara jantina yang sama dan bertentangan.

Mengetahui  jenis sentuhan

  • Perbezaan sentuhan  sesuai dan tidak sesuai.

Mengetahui jenis sentuh & berkata “Tidak” kepada sentuhan yang tidak sesuai.

Semua orang mempunyai tempat & ruang peribadi.

Mengetahui jenis sentuh & berkata “Tidak” kepada sentuhan yang tidak sesuai.

Semua orang mempunyai tempat & ruang peribadi.

 

 Kata  “Tidak” kepada sentuhan tidak sesuai.

Undang-undang & akibat jika menyentuh dengan sentuhan yang tidak sesuai terhadap orang lain.

Undang-undang & akibat jika menyentuh dengan sentuhan yang tidak sesuai terhadap orang lain.

Rancangan keselamatan
Kata TIDAK, PERGI, BERITAHU

Ajar  kanak-kanak tentang keselamatan. Berkata “Tidak” atau Jerit, Pergi  & Beritahu.

Ajar  kanak-kanak tentang keselamatan. Berkata “Tidak” atau Jerit, Pergi  & Beritahu.

Ajar  kanak-kanak tentang keselamatan. Berkata “Tidak” atau Jerit, Pergi  & Beritahu.

JANGAN menyimpan RAHSIA jika ada isu sentuhan/ menyentuh yang tidak sesuai.

 

Last Reviewed : 8 October 2014
Writer : Dr. Salimah bte. Othman
Accreditor : Dr. Norharlina bte. Bahar

 

Artikel Berkaitan

Hyperventilasi

Hyperventilasi bererti bernafas dengan lebih laju dan / atau lebih dalam daripada biasa ketika berada dalam keadaan rehat

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,419,694

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia