Home > Dewasa > Penyakit > Penyakit Hidung, Telinga & Tekak > Kesakitan Semasa Menelan

Kesakitan Semasa Menelan

Pengenalan

Kesakitan semasa menelan. Ia mungkin dirasai di bahagian atas leher atau di bahagian bawah leher, di belakang tulang dada.

Nama alternatif :

  • Odynophagia
  • Rasa membakar semasa menelan

Tanda dan Gejala

Penelanan adalah proses yang kompleks yang melibatkan mulut, tekak dan esophagus (saluran yang untuk mengangkut makanan ke dalam perut).

Masalah pada mana-mana tempat, dari mulut ke esophagus akan menyebabkan sakit yang kuat atau seperti membakar ketika menelan.

Sebab-sebab utama :

  • Jangkitan
    • Jangkitan pada gigi
    • Jangkitan pada gusi
    • Pharyngitis ( Virus / Bacteria )
    • Tonsilitis / Peritonsillar abscess
    • Thrush ( jangkitan kulat yang disebabkan candidia)
    • Herpes simplex , cytomegalovirus or jangkitan Human immunodeficiency virus
  • Ulser – berpunca daripada jangkitan, pemakanan sesuatu ubatan atau bahan kimia.
  • Esophagitis (keradangan pada esophagus, bisanya reflaks gastro-esophageal – makanan naik semula keatas) .
  • Benda asing (tulang ikan atau ayam)
  • Tumor

Jangkitan pada dewasa biasanya berbagai faktor, merokok dan meminuk arak adalah faktor yang menjurus ke arah jangkitan berulang dan ulser

Gambar menunjukkan ‘Peritonsillar abscess’ dan

‘Acute tonsillitis’

Tanda dan Gejala

  • Kebanyakan pesakit biasanya mengadu masalah-masalah sampingan yang biasa seperti selesema, batuk dan demam
  • Nafas berbau .
  • Tidak boleh menelan, air liur meleleh
  • Kesukaran membuka mulut
  • Tekanan atau sakit di dalam dada

Komplikasi

Kebanyakan komplikasi adalah yang menjadi punca kesakitan semasa menelan / odynophagia :

  • Karies gigi menyebabkan ‘dental abscess’
  • Tonsillitis / Pharyngitis menyebabkan ‘peritonsillar abscess’, ‘retropharyngeal abscess’ dan ‘parapharyngeal abscess’ .
  • Benda asing yang yang bergerak daripada esophagus ke dada menembusi struktur penting.

Rawatan

  • Tonsillitis / Pharyngitis- rehat yang cukup, antibiotik, air yang cukup, ubat tahan sakit (paracetamol) dan ubat kumur. Tonsillectomy ( pembuangan tonsil ) bagi kes jangkitan yang teruk dan berulang.
  • Peritonsillar abscess ( pengumpulan nanah pada dasar tonsil ) memerlukan penyaliran nanah dan tonsillectomy bagi kes yang berulang.
  • Karies gigi dan jangkitan gusi memerlukan perawatan oleh doktor gigi dan penjagaan kebersihan mulut.
  • Bendasing : dikeluarkan oleh doktor
  • Tumor : pembedahan radioterapi atau kemoterapi

Pencegahan

  • Mengurangkan atau mengelak daripada agen yang menyebabkan keradangan ( merokok, meminum arak dan memakan makanan yang pedas )
  • Penjagaan kebersihan mulut perlu mengelakkan jangkitan pada gusi dan karies gigi, pemeriksaan dengan doktor gigi secara berkala.
  • Makan secara perlahan dan kunyah makanan dengan baik untuk mengelakkan terlekat benda asing.
Semakan Akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Dipak a/l Banarsi Dass
Penyemak : Dato’ Dr. Narizan Ariffin