Home > Pemakanan > Keselamatan & Kualiti Makanan > Keracunan Makanan > Keracunan Makanan Oleh Bakteria Staphylococcal

Keracunan Makanan Oleh Bakteria Staphylococcal

Agen penyebab

Bakteria staphylococcus aureus. Bakteria ini mengeluarkan sejenis toksin yang tahan suhu panas.

Punca

Manusia. Biasanya ditemui di :

  • Hidung dan cairan dari hidung (hingus)
  • Telinga
  • Kulit
  • Rambut
  • Luka yang dijangkiti bakteria staphylococci

Makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria ini

  • Makanan yang disediakan secara tidak bersih
  • Daging dan hasil daging
  • Daging unggas seperti ayam dan itik
  • Sambal udang
  • Nasi lemak
  • Bihun goreng
  • Susu dan hasil tenusu
  • Pulut kuning

Cara rebakkan

  • Pengendalian makanan yang tidak bersih
  • Makanan yang ditinggalkan terlalu lama pada suhu bilik

Tanda-tanda

  • Sakit perut yang memulas
  • Muntah-muntah yang teruk
  • Pitam
  • Loya

Tempoh jangkitan

Antara satu ke lapan jam (biasanya 2 – 4 jam)

Pencegahan

Orang yang mengalami keracunan makanan atau gejala dan tanda keracunan makanan (cirit-birit) atau luka yang dijangkiti kuman tidak sepatutnya mengendalikan makanan.

Amalkan cara pengendalian makanan yang bersih.

Semakan Akhir : 28 April 2008
Penulis : Dr. A’aisah bt. Senin
Norrani bt. Eksan