Home > Pemakanan > Keselamatan & Kualiti Makanan > Keracunan Makanan > Keracunan Makanan oleh Bakteria Escherichia Coli

Keracunan Makanan oleh Bakteria Escherichia Coli

Agen penyebab

Bakteria dari saluran pemakanan iaitu Escherichia Coli
Bakteria ini mengeluarkan sejenis toksin yang tahan suhu panas.

Punca

Makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria ini

  • Makanan berasaskan daging seperti burger yang separuh masak
  • Keju
  • Cendol
  • Makanan segera
  • Minuman yang tercemar

Cara rebakan

  • Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna
  • Air yang tercemar
  • Pencemaran silang dari daging mentah kepada makanan yang telah dimasak

Tanda-tanda

  • Cirit birit berdarah
  • Sakit perut yang teruk
  • Loya

Dalam kes yang sangat teruk, kesan dari keracunan makanan oleh bakteria Escherichia Coli boleh menyebabkan radang usus terutama sekali pada kanak-kanak dan warga tua dan sindrom Haemolytic Uraemic malah boleh juga menyebabkan kematian.

Tempoh jangkitan

Antara 6 jam ke 3 hari (biasanya 10 -15 jam).

Pencegahan

  • Masak daging dengan sempurna (pada suhu lebih dari 75°C)
  • Gunakan air yang bersih
  • Masak dengan sempurna
Semakan Akhir : 28 April 2008
Penulis : Dr. A’aisah bt. Senin
Norrani bt. Eksan