A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Kesihatan Alam Sekitar
  6. /
  7. Keracunan Karbon Monoksida

Keracunan Karbon Monoksida

Apakah keracunan karbon monoksida?

Keracunan karbon monoksida ialah keracunan akibat pendedahan terhadap gas karbon monoksida pada konsentrasi dan tempoh masa tertentu. Keracunan karbon monoksida boleh menyebabkan masalah perubatan dan kematian. Di dalam kes–kes yang teruk ia boleh menyebabkan masalah yang berpanjangan dan kecacatan pada bahagian mental dan fizikal.

Gejala

Bagaimanakah saya tahu bahawa saya mengalami keracunan karbon monoksida?

Tanda-tanda dan gejala keracunan karbon monoksida bergantung kepada tahap keracunan. Jika gejala itu kurang jelas ia boleh menyebabkan kekeliruan dengan masalah kesihatan yang lain. Gejala–gejala yang sering berlaku termasuk :

  • Sakit kepala
  • Mual
  • Pening
  • Muntah
  • Sakit dada
  • Susah bernafas
  • Kekeliruan
  • Sawan
  • Tidak sedar diri (koma)

Mereka yang tidur boleh mati akibat dari keracunan karbon monoksida tanpa mengalami sebarang gejala.

Komplikasi

Apakah keadaan yang teruk boleh berlaku akibat dari keracunan karbon monoksida?

Komplikasi segera (akut) termasuk :

  • Serangan jantung
  • Sawan
  • Tidak sedar diri (koma)
  • Kematian

Komplikasi lewat (delayed) termasuk;

  • Kekurangan daya ingatan
  • Kerosakan urat saraf

Kumpulan Berisiko

Adakah saya berisiko untuk mendapat keracunan karbon monoksida?

Semua orang berisiko mendapat keracunan karbon monoksida jika mereka terdedah kepada gas itu. Walaubagaimanapun, sesuatu kumpulan adalah lebih berisiko berbanding kumpulan yang lain bagi mendapat kesan kesihatan. Kumpulan tersebut termasuk;

  • Orang-orang tua
  • Kanak-kanak
  • Mereka yang menghidapi masalah pernafasan dan jantung
  • Mereka yang menghidapi masalah kekurangan darah
  • Mereka yang menghidapi masalah sawan

Bagaimanakah saya boleh terdedah kepada gas karbon monksida?

Banyak aktiviti harian yang boleh menghasilkan gas karbon monoksida. Ini termasuk;

  • Memasak menggunakan dapur gas, pembakaran kayu, ketuhar elektrik, atau bahan-bahan pembakaran.
  • Ekzos kenderaan bermotor

BAHAYA: karbon monoksida daripada sumber ini boleh meningkat di dalam persekitaran yang tertutup.

Pencegahan

Bagaimanakah saya boleh mencegah keracunan karbon monoksida?

“Mencegah adalah baik daripada mengubati”. Terutamanya kepada mereka yang diklasifikasikan kumpulan yang berisiko tinggi, mereka adalah dinasihatkan supaya berhati-hati dengan kemungkinan tersebut.

Dibawah adalah tip-tip pencegahan :

Perlu

  • Buka tingkap apabila memasak
  • Kerap menyelenggarakan enjin kereta
  • Menyelenggarakan peralatan pembakaran bahan api
  • Menyelenggarakan relau (furnace)
  • Pasangkan kipas ekzos di dapur atau di bangsal kereta (garaj) yang tertutup

Jangan/Tidak Perlu

  • Tinggalkan seseorang di dalam kereta yang tertutup dan dengan enjin yang hidup.
  • Hidupkan kenderaan bermotor, atau di dalam bangsal kereta (garaj) yang tertutup.
  • Tidur di dalam kereta dengan enjin yang dihidupkan
  • Mengubahsuai ekzos kenderaan
  • Memasak menggunakan dapur perkhemahan di dalam khemah yang tertutup.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya mengalami tanda-tanda keracunan karbon monoksida?

Ingat tip-tip dibawah;

  • Keluar dari kawasan yang tertutup
  • Matikan/ tutupkan peralatan pembakaran atau relau
  • Buka semua tingkap
  • Bertenang; hindari dari menjadi cemas dan hadkan aktiviti fizikal kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan
  • Dapatkan pertolongan perubatan jika keadaan menjadi bertambah teruk.

Dapatkan nasihat perubatan dengan segera jika anda mengalami tanda-tanda amaran seperti di bawah:

  • Sakit dada
  • Susah bernafas
  • Kebingungan/kekeliruan
  • Sawan

Daripada siapakah saya boleh dapatkan nasihat?

Keterangan lanjut boleh diperolehi daripada doktor di;

Unit kesihatan Alam Sekitar
Bahagian kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia

http://www.cdc.gov/co/

http://www.emedicinehealth.com/carbon_monoxide_poisoning/article_em.htm

Semakan Akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Norlen Mohamed
Penyemak : Dr. Marzida Abd Latib

Artikel Berkaitan

Stimulasi Ovari

Teknik bantuan reproduktif khususnya kaedah rawatan bayi tabung uji (In Vitro Fertilization (IVF)) bermula beberapa bulan sebelum fasa kitar stimulasi (rangsangan) ovari yang dilakukan dengan tujuan untuk menghasilkan jumlah folikel yang mengandungi telur yang cukup.

Batu Karang

Pengenalan Air kencing terbentuk di dalam buah pingggang mengalir melalui

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,545,657

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia