Home > Ubat & Anda > Kepatuhan kepada Ubat Anda

Kepatuhan kepada Ubat Anda

Definisi

Kepatuhan (komplians) kepada ubat ialah mematuhi arahan dan nasihat berkaitan ubat-ubatan anda yang akan diberikan oleh kumpulan profesional kesihatan.

Kepentingannya adalah:

  • Bagi memulih kesihatan dan kekal sihat
  • Bagi mengawal kesihatan diri anda
  • Mengurangkan komplikasi akibat cara pengambilan ubat yang salah
  • Mengelakkan peningkatan kos akibat pertambahan perundingan dengan doktor atau ahli farmasi atau kemasukan ke hospital.

Panduan Dalam Meningkatkan Komplians

  • Ambil ubat pada waktu yang sama setiap hari.
  • Kaitkan pengambilan ubat dengan waktu makan atau aktiviti harian seperti menggosok gigi.
  • Gunakan alat bantuan untuk membantu anda mengingati jadual pengambilan ubat seperti kotak pil, carta/jadual pengambilan ubat, penggera (alarm) dan sebagainya.
  • Bincang dengan ahli farmasi untuk membantu anda menyediakan jadual pengambilan ubat (lihat jadual 1: Contoh Jadual Pengambilan Ubat)
Nama Ubat Jenis/Warna/ Bentuk/ sampel Tujuan pengambilan Waktu untuk diambil Nota (Kesan sampingan / arahan tertentu)
         

Jadual 1: Jadual Pengambilan Ubat

  • Gunakan alat khas seperti pemotong atau pemecah pil untuk memotong atau menghancurkan ubat jika diperlukan.
  • Gunakan pelekat/pengingat pada cabinet/kotak/bekas ubat atau pada peti sejuk untuk mengingatkan tentang pengambilan ubat.

  • Mintalah bantuan saudara-mara untuk mengingatkan anda untuk mengambil ubat.
  • Ketahuilah tentang ubat anda, mengapa ia diberikan kepada anda, bagaimana ia berfungsi, dan lain-lain daripada ahli farmasi.
  • Jangan ubah cara pengambilan ubat anda tanpa terlebih dahulu merujuk kepada doktor/ahli farmasi.

7 day pill box    

Electronic pill box alarm

Pill box with timer

 

Semakan Akhir : 23 April 2014
Penulis : Rosidah bt. Din
    Siti Nurul Fathihah bt. Baharudin
    Hazlin bt. Othman
Akreditor : Dr. Nour Hanah bt. Othman
Penyemak : Nor Aida bt. Sanusi