A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Fisioterapi
  6. /
  7. Dewasa
  8. /
  9. Kekejangan Otot Akibat Bersenam

Kekejangan Otot Akibat Bersenam

Kekejangan otot ia lah kontraksi otot yang kuat di luar kawal. Kontraksi otot ini berterusan dan ia nya berlaku secara tiba-tiba.

Apakah itu kekejangan otot?

Kekejangan otot ia lah kontraksi otot yang kuat di luar kawal. Kontraksi otot ini berterusan dan ia nya berlaku secara tiba-tiba. Keadaan tersebut menimbulkan rasa sakit kuat yang mengganggu pergerakkan anggota tersebut. Kekejangan otot sering kali berlaku ketika bersukan dan semasa menjalankan aktiviti fizikal terutamanya di kalangan atlet.

Punca berlakunya kekejangan adalah disebabkan oleh pengumpulan asid laktik dan bahan toksik secara berlebihan dan pada masa yang sama mengakibatkan kandungan oksigen serta nutrien di dalam otot semakin berkurangan.

Jenis-jenis kekejangan otot?

Terdapat 3 jenis kekejangan otot:

  1. Kekejangan otot selepas bersenam
  • Kontraksi otot luar kawal yang menyakitkan berlaku semasa atau selepas bersenam.

  • ‘Overexhaustion’, iaitu kehausan otot berpunca dari aktiviti yang melebehi tahap kemampuan

  • Fasa memanaskan dan menyejukkan badan yang tidak mencukupi.

  • Hanya berlaku pada otot yang digunakan secara berlebihan daripada kemampuan.

  1. Kekejangan otot akibat keletihan
  • Berlaku di kalangan atlet yang banyak kehilangan elektrolit selepas banyak berpeluh.

  1. Kekejangan otot akibat cuaca panas

  • Disebabkan kehilangan sejumlah besar kuantiti air dan garam di dalam badan terutamanya selepas bersenam di bawah suhu yang panas.

  • Selalunya bermula di bahagian kaki tetapi boleh melibatkan bahagian yang lain.

Apakah factor punca berlakunya kekejangan otot akibat bersenam?

  • Umur – Individu berumur lebih cenderung mengalami kekejangan otot di sebabkan otot badan yang mula kendur dan mengecil. Anggota badan mudah letih semasa aktiviti fizikal.

  • Atlet – Atlit acara jarak jauh mudah mengalami kekejangan terutamanya bila cuaca panas. Kecederaan yang di alami semasa menjalani latihan di awal musim boleh juga menjadi punca.

  • Dehidrasi – Kurang pengambilan air dengan berpeluh yang berlebihan meningkatkan risiko.

  • Obesiti – Otot yang menampung berat badan yang berlebihan sering kejang terutamanya pada bahagian kaki. Dayatahan otot individu obese selalunya kurang .

  • Intensiti dan tempoh senaman yang berlebihan – Senaman berintensiti tinggi yang dilakukan secara berlebihan menjadi punca berlakunya kekejangan otot.

  • Teknik regangan otot yang salah – Regangan otot yang dilakukan secara sambil lewa sebelum memulakan senaman boleh mengakibatkan otot menjadi kejang.

Apakah simptom ketika berlakunya kekejangan akibat bersenam?

  • Kesakitan otot yang berpanjangan dan berterusan selama beberapa minit semasa/selepas senaman.

  • Kontraksi luar kawal pada otot yang tegang.

  • Otot kelihatan kering dan kusam.

  • Simptom berkurangan selepas aktiviti dihentikan.

  • Simptom dapat diatasi dengan melakukan regangan otot.

Apa yang anda harus lakukan semasa kekejangan otot sewaktu bersenam?

  1. Berhenti dan berehat di kawasan yang mempunyai pengaliran udara yang baik.

  2. Minum air yang mencukupi. Elak minum air berkafein yang akan merangsang anda membuang air kecil.

  3. Letak ais pada otot bagi mengurangkan intensiti sakit.

  4. Urutan ringan akan membantu mengurangkan kekejangan.

  5. Lakukan regangan secara perlahan sehingga simptom berkurangan.

Bagaimana kekejangan akibat bersenam dapat dielakkan?

  • Bersedia sepenuhnya dari segi fizikal sebelum memulakan aktiviti.

  • Lakukan regangan mencukupi ke atas otot yang cenderung mengalami kekejangan.

  • Pastikan pengambilan nutrisi dan air yang mencukupi.

  • Mulakan aktiviti dengan tempoh dan intensiti yang optimum.

  • Pastikan air diminum pada kadar yang awal sekiranya berlaku dehirasi.

  • Kurangkan berat badan yang berlebihan.

  • Banyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan di dalam diet.

Apakah komplikasi akibat kekejangan otot?

  • Pengsan

  • Masalah pernafasan

  • Tidak sedarkan diri

Tiada komplikasi serius akibat daripada kekejangan otot. Adalah dinasihatkan agar para pembaca dapat menemui doktor atau mana-mana personel kesihatan sekiranya mempunyai sejarah mengalami kekejangan otot yang berulang kali untuk pemeriksaan selanjutnya.

Regangan otot hamstring (sendiri) Regangan otot betis (sendiri)
  1. Posisi : Duduk dan luruskan kaki
  2. Arahan : bengkok badan ke depan untuk cecah jari-jari kaki, Kira 30 saat (Ulang 8-10 kali )
  1. Posisi : Diri menghadap dinding
  2. Arahan : Bawa kaki ke belakang sejauh yang boleh tanpa angkat tumit. Jangan bengkok lutut. Kira 30 saat (Ulang 8-10 kali)
Regangan bahagian dalam peha (sendiri) Regangan otot triceps (bantuan)
  1. Posisi : Duduk bersila
  2. Arahan : Rapatkan tapak kaki arah & tolak peha ke bawah, Kira 30 saat (Ulang 8-10 kali)
  1. Posisi : Duduk tegak
  2. Arahan : Bengkok siku & tolak lengan ke arah kepala, Kira 30 saat (Ulang 8-10 kali)
Sumber: Unit Fisioterapi, Hospital Melaka

Rujukan

  1. Layzer RB (1981) Leg cramps. Journal of American Medical Association , 245, 2298

  2.  Schwellnus MP ,Derman EW & Noakes TD (1997) Aetiology of skeletal muscle cramps during exercise:a novel hyphothesis. Journal of Sport Sciences, 15, 227-285

  3. W. Larry Kenney, Jack Wilmore, David Costill (2012) Physiology of Sport and Exercise (Fifth Edition), 241-242

  4. Manjra SI, Schwellnus MP & Noakes TD (1996) Risk factors for exercise associated muscle cramping in marathon runners. Medicine and Science in Sports & Exercise 28 (Suppl 5), S167

  5. Chad Starkey (2012) Athletic Training and Sports Medicine: An Integrated Approach 5th ed, 31

Sumber Gambar

  1.  (2012) Unit Fisioterapi Hospital Melaka. Retrieved July 4 2013.

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Mohd Naqiuddin bin Johar
Akreditor : Daaljit Singh a/l Harbachan Singh 
Penyemak : Halimah bt. Hashim

Artikel Berkaitan

Profesion Pemulihan Pertuturan-Bahasa

Terapis Pertuturan-Bahasa adalah ahli profesional yang bertanggungjawab memberi perkhidmatan klinikal bagi masalah pertuturan, bahasa, komunikasi dan penelanan.

PEMERIKSAAN X-RAY MULTIPLE MYELOMA

Pemeriksaan x-ray multiple myeloma (tinjauan tulang) akan dilakukan untuk mendiagnosis penyakit multiple myeloma yang merupakan salah satu daripada penyakit kanser darah yang biasanya berlaku pada bahagian tulang belakang, pinggul, rusuk dan bahu.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,494,257

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia