A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Ubat & Anda
  4. /
  5. Ubat Umum
  6. /
  7. Kehamilan & Perubatan

Kehamilan & Perubatan

Bagaimanakah kesan ubat-ubatan di atas kehamilan anda?

Ubat-ubat tertentu boleh memberi kesan buruk keatas janin pada bila-bila masa semasa mengandung. Sekiranya anda mengandung, ataupun merancang untukhamil, anda haruslah mengurangkan penggunaan ubat-ubatan dan juga sebarang ramuan herba yang boleh di beli di farmasi. Sesetengah ubat adalah selamat digunakan (contohnya penisillin). Terdapat juga ubat-ubatan yang tidak selamat digunakan (contohnya talidomida). Adalah sangat mustahak anda mendapatkan nasihat daripada anggota profesional perubatan sebelum pengambilan sebarang ubat-ubatan.

Apakah langkah pengawasan yang perlu anda ambil?

  • Berbincanglah dengan doktor ataupun ahli farmasi sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.
  • Sekiranya anda makan ubat secara tetap (contohnya untuk rawatan sawan), adalah penting bagi anda untuk berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum hamil.
  • Sekiranya anda hamil tanpa dirancang, berbincanglah dengan doktor anda seawal mungkin mengenai ubat-ubatan yang sedang anda ambil.

Apakah ubat-ubatan yang biasa diberikan semasa kehamilan?

Masalah Jenis ubat-ubatan
Melegakan kesakitan,sakit kepala, sakit belakang atau demam
  • Paracetamol
Sembelit
  • Serat (bran, ispagula dan sterkulia).
  • Julap (laktulosa – selamat bagi jangka masa pendek).

(Tingkatkan pengambilan serat dan cairan sebanyak mungkin).

Buasir / urat timbul (pengembangan pembuluh verikosa)
  • Diosmin, hesperidin (Daflon)
Batuk dan selesema
  • Guaifenesin dan dextromethorphan
  • Diphenhydramine
Melegakan Alahan
  • Chlorpheniramine (boleh menyebabkan mengantuk)
  • Decongestants ataupun pelega kesesakan dada (Pseudoefedrin, fenilefrin, oksimetazolin) perlu dielakkan diawal kehamilan.

(Elakkan penggunaan semburan decongestants kerana pegunaan berterusan akan merosakkan saluran dalaman hidung.

Ketidakhadaman, kembong perut, ketidakselesaan perut
  • Antasid untuk ketidakhadaman asid atau pedih ulu hati (Mylanta, Maalox, Gelusil).
  • Simethicone untuk perut kembung

 

Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Nyaros bt. Abdullah
Penyemak : Norhayati bt. Yaacob

 

Artikel Berkaitan

Ubat Batuk & Selesema untuk Kanak-kanak

Produk ubat batuk dan selsema yang boleh didispens tanpa preskripsi adalah merujuk kepada produk yang digunakan untuk tujuan mengawal simptom batuk dan selsema yang boleh dibeli di mana – mana kedai yang menjualnya atau farmasi tanpa memerlukan preskripsi yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan bertauliah.

Rosell

Pengenalan Sejak dari dulu lagi, tumbuh-tumbuhan telah digunakan secara meluas

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,426,304

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia