A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kecelaruan Manik – Depresif

Pengenalan

Ini adalah satu keadaan di mana seseorang itu mengalami perubahan pada perasaan atau emosi yang bercelaru di antara keadaan terlalu sedih (depresif) atau terlalu gembira (manik). Ia juga mungkin menunjukkan tanda-tanda psikosis seperti halusinasi dan delusi.

Tanda dan gejala

Fasa Depresif (kemurungan)

  1. Gangguan perasaan
    • Rasa sedih yang berpanjangan melebihi 2 minggu.
  2. Gangguan fungsi kognitif
    • berasa putus asa,tidak ada harapan masa depan.
    • berasa berdosa, diri tidak berguna, tidak dapat ditolong lagi
    • fikiran ingin membunuh diri
    • hilang perasaan seronok
    • hilang penumpuan fikiran
    • hilang minat untuk melakukan sebarang aktiviti
  3. Tanda-tanda fizikal
    • Hilang selera makan
    • Turun berat badan
    • Gangguan tidur
    • Hilang nafsu seks
    • Gangguan perjalanan perdarahan bulanan bagi kaum wanita
    • Mudah berasa letih dan tidak bertenaga

Fasa Manik

  1. Gangguan perasaan
    • Berasa terlalu gembira dan sihat walafiat
  2. Berasa diri sendiri dipandang tinggi oleh orang lain dan tinggi harga diri.
  3. Mudah berasa marah
  4. Kurang keperluan untuk tidur
  5. Lebih banyak bercakap dari biasa.
  6. Perhatian mudah berubah-ubah.
  7. Meningkat nafsu seks
  8. Boros dalam berbelanja

Rawatan

Penyakit manik depresif adalah satu penyakit mental yang boleh dirawat sepenuhnya.

  • Rawatan ubat-ubatan:
    • Ubat antidepresan digunakan semasa fasa depresif dan diberhentikan semasa fasa manik.
    • Ubat antipsikotik digunakan untuk rawatan di kedua-dua fasa penyakit.
    • Sejenis ubat yang dipanggil “mood stabilizer” digunakan untuk mencegah perubahan perasaan yang terlalu cepat.

Semua ubat-ubat ini perlu diambil untuk jangkamasa yang panjang dan anda perlu mengambilnya sehinggalah dinasihatkan untuk berhenti oleh doktor anda.

Ini termasuklah kaunseling dan psikoterapi yang membantu seseorang itu mengenali dan memahami dirinya sendiri, memahami penyakitnya dan mencari kemahiran dan teknik terbaik bagi menghadapi cabaran hidup individu

  • Terapi psikologikal:
  • Kaunseling individu
    • Akan membantu anda memahami akan hal penyakit anda untuk membolehkan anda lebih bersedia untuk menangani penyakit anda. Ia juga membantu meningkatkan keyakinan dan jati diri anda.
  • Terapi Berkelompok
    • Ini melibatkan satu kumpulan orang-orang yang mempunyai masalah yang sama contohnya pesakit manik depresif menjalani sesi kaunseling bersama-sama membincangkan pengalaman, masalah dan cara mereka menanganinya. Dengan cara ini mereka dapat belajar sesama sendiri dan saling memberi sokongan dan galakan.
  • Pendidikan kesihatan
    • Sesi belajar mengenai penyakit, rawatannya, cara mengenalinya dan langkah-langkah pencegahan supaya ianya tidak berulang kembali.
  • Terapi Keluarga
    • Membantu ahli-ahli keluarga yang hidup bersama pesakit manik depressif menangani stres.

Pencegahan

Langkah-langkah mengurangkan stres.

Pemulihan

Setelah tanda-tanda penyakit dapat dikawal dengan mengambil ubat secara teratur, satu pelan rehabilitasi yang lengkap dan komprehensif harus diatur supaya pesakit dapat kembali berfungsi di dalam masyarakat seperti sediakala.

Setiap Jabatan Psikiatri di setiap hospital-hospital besar seluruh negara mempunyai unit pemulihan cara kerja dengan kakitangan terlatih bagi membantu anda pulih sepenuhnya dari penyakit anda.

Sebahagian daripada pusat-pusat kesihatan sudah dilengkapi dengan unit pemulihan psikososial di dalam komuniti bagi membantu anda pulih dari penyakit dan mengembalikan keyakinan diri untuk bekerja dan berinteraksi dengan masyarakat.

Kumpulan Sokongan

  • KAMI (kumpulan sokongan keluarga Johor)
  • MMHA (Persatuan Kesihatan Mental Malaysia – Petaling Jaya)
  • Kumpulan-kumpulan Sokongan Keluarga di setiap negeri
Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Dr. Mohd Nasir bin Abdul Kadir
Penyemak : Dr. Mohd Ariff Bin. Mohd Noor

 

Artikel Berkaitan

Identiti Jantina

Apa itu jantina? Ia merupakan perkataan yang berkaitan dengan ciri-ciri

Melancong Dan Kesan Kepada Minda

Melancong ialah satu tempoh masa yang diperuntukkan oleh seseorang bertujuan untuk melawat ke suatu tempat kebiasaannya untuk berehat. Melancong dapat merehatkan fikiran dan minda.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,419,433

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia