A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kecederaan Gigi Susu

Kecederaan gigi susu sangat kerap berlaku pada kanak-kanak kecil yang baru belajar berjalan, berlari dan  memanjat. Kecederaan kegigian juga berlaku apabila kanak-kanak tersebut terjatuh daripada basikal atau terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Apakah Kecederaan yang Boleh Berlaku kepada Gigi Susu?

  • Konkusi
    • Ada impak pada gigi, tetapi tiada perubahan ketara pada gigi tersebut
    • Rawatan segera tidak diperlukan.  Akan tetapi gigi perlu diperiksa secara berkala oleh doktor gigi.
    • Adakalanya gigi tercedera ini boleh berubah warna (warna kelabu atau kekuningan). Ini biasanya tidak menjadi masalah. Akan tetapi jikalau kanak- kanak tersebut juga mengalami kesakitan atau bengkak pada gusi, maka perlulah berjumpa dengan doktor gigi.
  • Subluksasi
    • Impak pada gigi menyebabkannya goyah dan gusi berdarah tetapi gigi masih pada kedudukan asal
  • Luksasi
    • Gigi sudah terganjak akibat impak
  • Avulsi
    • Gigi sudah tercabut keluar dari soket (gusi) akibat impak
  • Patah kepala gigi
    • Bahagian korona gigi patah. Jika patah sehingga ternampak bahagian pulpa gigi, anda perlu berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan rawatan segera.


      Struktur Gigi

  • Patah akar gigi
    • Akar gigi (di bawah paras gusi) sudah patah. Gigi mungkin goyah dan gusi berdarah

 Rawatan Kecederaan Kegigian Susu

Kecederaan kegigian susu boleh mengakibatkan kecederaan kepada struktur gigi kekal yang sedang berkembang berdekatan dengan akar gigi susu. Oleh yang demikian, ibu bapa perlu mendapatkan nasihat doktor gigi  jika kanak – kanak mengalami kecederaan kegigian dan jika ada kelewatan dalam perkembangan gigi kekal.

Gigi yang Longgar atau Tergerak (Subluksasi dan Luksasi)

Rawatan yang diberi berdasarkan kepada kecederaan tersebut. Jika gigi susu terlalu goyang, ia perlu dicabut. Jika tergerak sedikit, tetapi tidak menganggu fungsi, ia boleh diperhatikan dahulu dan dicabut hanya jika mempunyai gejala.

Dalam keadaan seperti gambar rajah di atas, gigi susu tersebut perlu dicabut kerana ia boleh mengganggu fungsi (pemakanan, pertuturan).

Gigi susu tidak diposisikan semula seperti mana dilakukan untuk kegigian kekal.

Avulsi

Gigi susu yang teravuls (tercabut keluar dari soketnya) tidak perlu diletakkan semula ke dalam soket. Gigi yang tercabut keluar perlu dicari. Jikalau gigi tercabut itu tidak dijumpai, kanak-kanak tersebut akan perlu diperiksa  untuk memastikan jika ada kemungkinan gigi itu tertelan atau termasuk ke dalam saluran pernafasan

Gigi patah

Rawatan yang diberi berdasarkan bahagian mana gigi tersebut  yang patah. Jika ianya melibatkan bahagian pulpa (saraf) gigi, cabutan mungkin lebih sesuai. Sekiranya kanak-kanak tersebut boleh memberi kerjasama, maka rawatan akar pada gigi susu tersebut boleh juga dijalankan. Doktor gigi anda dapat memberi nasihat selepas pemeriksaan jikalau gigi tersebut boleh ditampal.

Rujukan

  1. U Glendor, Epidemiology of traumatic dental injuries – a 12 year review of the literature. Dental Traumatology 2008; 24:603-611

 

Semakan Akhir : 11 Mei 2015
Penulis / Penterjemah : Dr. Yogeswari a/p Sivapragasam
Akreditor : Dr. Laila bt. Abd. Jalil

 

Artikel Berkaitan

Leukoplakia Oral

Leukoplakia ditakrifkan sebagai tompokan putih atau plak yang tidak boleh dicirikan sebagai penyakit-penyakit spesifik yang lain secara klinikal atau patologi.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,342,570

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia