A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kecacatan Penglihatan

Pengenalan

Kecacatan penglihatan boleh terjadi di kalangan pelbagai peringkat usia dengan tahap gangguan yang berbeza-beza.

Gangguan penglihatan boleh berada pada tahap penglihatan rendah kepada tahap buta. Di Malaysia, keadaan buta untuk semua peringkat meliputi 0.2% dan tahap penglihatan yang rendah meliputi 2.44% daripada jumlah penduduk (berdasarkan National Eye Survey 1996). Kecacatan penglihatan di kalangan kanak-kanak berumur antara 7-15 tahun adalah 0.1% (berdasarkan Refractive Error Study in Children, 2003).

Gambarajah mata normal menunjukkan bahagian-bahagian bola mata

Gangguan pada kornea, kanta, gelemaca, retina dan saraf optic boleh menyebabkan kecacatan penglihatan.

Bilakah seseorang itu dikatakan mengalami cacat penglihatan?

Menurut World Health Organization (WHO) Seseorang itu dianggap mengalami kecacatan penglihatan apabila:

  • Penglihatan mata yang lebih baik kurang daripada 3/60 setelah dibetulkan dengan sebarang alat yang terdapat pada masa kini seperti cermin mata dan sebagainya.
  • Tahap medan penglihatan (visual field) kurang dari 10 darjah pada kedua-dua belah mata.

Kebanyakan orang yang cacat penglihatan masih mempunyai sedikit penglihatan. Walaupun mereka menggunakan tongkat, tidak bermakna mereka tidak dapat melihat apa-apa pun.

Sebab-sebab kecacatan penglihatan

Apakah penyebab cacat penglihatan?

  1. Bayi dan peringkat awal kanak-kanak.
    • Kecacatan ‘congenital’/ semulajadi seperti ‘congenital cataract, congenital glaucoma’.
    • Masalah semasa hamil seperti jangkitan kuman akibat ‘rubella, toxoplasmosis’ dan minum arak (alcohol).
    • Penyebab perinatal – ‘retinopathy of prematurity’
    • Jangkitan kuman pada mata – ‘ophthalmia neonatorum’
  2. Peringkat lewat kanak-kanak.
    • Rabun disebabkan ‘Refractive Error’
    • Ambliopia/mata malas
    • Juling
    • Parut pada lapisan kornea – jangkitan kuman, kecederaan, kekurangan vitamin A
    • Penyakit akibat keturunan – ‘albino, retinitis pigmentosa’
  3. Orang dewasa
    • Rabun akibat Refractive Error
    • Katarak
    • Retinopati diabetik
    • Glaukoma
    • Degenerasi Makular akibat penuaan (Age related Macular Degeneration)
  4. Sebab-sebab lain.
    • Jangkitan kuman pada mata
    • Kecederaan pada mata – tercucuk, terkena bahan kimia.
    • Barah mata – ‘retinoblastoma

Tanda dan gejala

Apakah tanda dan gejala kecacatan penglihatan?

Orang dewasa boleh memberitahu oaring lain sekiranya mereka mengalami gangguan penglihatan.

Kanak-kanak selalunya tidak mengadu tentang masalah penglihatan mereka. Oleh itu, ibubapa, penjaga dan cikgu harus peka akan masalah penglihatan kanak-kanak dan perhatikan perkara-perkara seperti berikut:

  1. Rupa wajah: Mata yang melilau (tidak fokus), Juling atau anak mata kelihatan putih.
  2. Tingkahlaku:  e.g. Sering menggosok mata, kepala yang senget, mengecil/menyepetkan mata, berkedip-kedip, sering terlanggar objet, keliru dengan perkatan yang tertulis, menonton TV dan membaca pada jarak terlalu dekat.
  3. Aduan: Sering mengadu sakit kepala dan kadangkala muntah, kabur atau Nampak dua imej dan sensitif pada cahaya yang keterlaluan.

Kecacatan penglihatan boleh berlaku secara:

  • Tiba-tiba ( contoh. Glaukoma akut, kecederaan kimia, Lekanagn retina) atau
  • Perlahan-lahan (contoh Refractive error, katarak, Glaukoma kronik, Retinopati Diabetik , Degenerasi Makula)

Bagaimanakah kecacatan penglihatan boleh dikesan?

  1. Pemerhatian terhadap rupa paras, tingkahlaku dan aduan seseorang seperti yang diterangkan di atas.
  2. Ujian penglihatan dengan menggunakkan Carta Snellen yang boleh dilakukan di mana-mana Klinik Kesihatan di seluruh negara.
  3. Bagi kanak-kanak, ujian penglihatan boleh dilakukan dengan menggerakkan alat mainan yang berwarna terang seperti merah dan perhatikan pergerakan matanya samada ia mengikut pergerakan alat mainan tersebut.
  4. Ujian lain adalah seperti ujian medan penglihatan secara ‘confrontation atau perimetry’, yang dilakukan oleh pegawai yang terlatih.

Gambar menunjukkan Carta Snellen (digunakan untuk ujian ketajaman penglihatan)

Rawatan

Bolehkah kecacatan penglihatan dirawat?

Berdasarkan National Eye Survey (1996), 80% daripada penyebab kebutaan boleh dicegah atau dirawat. Ini termasuk:

  1. Refractive error dengan menggunakan cermin mata atau kanta lekap.
  2. Katarak melalui pembedahan
  3. Glaukoma dengan menggunakan ubat-ubatan atau pembedahan
  4. Penyakit kornea melalui pembedahan pemindahan kornea
  5. Retinopati Diabetik melalui pemeriksaan berkala dan rawatan laser.

Saringan untuk kurang upaya atau kecacatan

Perlukah untuk membuat saringan?

YA

  1. Orang dewasa mungkin boleh memahami dan menerima kehilangan keupayaan deria mereka. Bagaimanapun dalam sesetengah kes, penilaian yang berterusan adalah perlu untuk mengesan awal kecacatan tersebut seperti:
    • Dapatkan ujian penglihatan secara berkala di tempat kerja
    • Melakukan ujian penglihatan secara berkala kepada pesakit-pesakit kronik seperti kencing manis
  2. Kanak-kanak tidak sedar atau tahu apa yang dimaksudkan dengan ‘normal’, oleh itu ibubapa, penjaga dan guru-guru mesti mengambil tahu berkenaan perkembangan normal kanak-kanak tersebut. Jika berlaku kelembapan dalam perkembangan, kanak-kanak tersebut mesti dibawa untuk saringan dan kenal pasti masalah.

Bolehkah kecacatan penglihatan dicegah?

Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kemungkinan mendapat kecacatan penglihatan:

  1. Amalkan cara hidup yang sihat
  2. Elakkan kemalangan dan kecederaan pada mata
  3. Dapatkan suntikan perlalian:
    • Setiap wanita perlu mendapatkan suntikan perlalian untuk ‘rubella’ , ‘tetanus’
    • Setiap kanak-kanak perlu mendapatkan jadual suntikan perlalian yang terkini.
  4. Rancang kehamilan anda. Dapatkan nasihat dari doktor/petugas penjagaan kesihatan berkenaan menjarakkan kehamilan, pembekalan ‘folic acid’ dan diet yang seimbang

Memastikan sentiasa hadir pada setiap temujanji di klinik semasa proses kehamilan.

Komplikasi

Apakah masalah yang dihadapi oleh seseorang yang cacat penglihatan?

Sekiranya cacat penglihatan sejak kecil:

  • 80% daripada kanak-kanak belajar dengan secara melihat. Oleh itu, kanak-kanak yang cacat penglihatan akan mengalami kesukaran dalam pembelajaran dan kesukaran dalam menjalani aktiviti harian seperti makan , mandi dan penjagaan diri.
  • Mereka memerlukan pencegahan awal dan latihan yang khusus.

Cacat penglihatan ketika dewasa:

Mereka perlu belajar memahirkan diri dengan kekurangan penglihatan serta memerlukan rehabilitasi serta alat bantuan seperti penggunaan tongkat putih.

Langkah pemulihan

Apa yang perlu dibuat bila kurang-upaya atau kecacatan telah dikenal pasti?

Penjaga perlu memastikan kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat atau kurang upaya:

  • Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. http://www.jkm.gov.my/perkhidmatanoku.htm
    • Borang pendaftaran ada disediakan di Jabatan Kebajikan Masyarakat/klinik kesihatan dan hospital-hospital.
    • Borang tersebut mesti disahkan oleh doktor bertauliah
    • Orang kurang upaya tersebut akan menerima kad pengenalan khas yang membolehkan mereka mendapat faedah-faedah di sebabkan oleh kecacatan mereka.
  • Mendapatkan perkhidmatan pemulihan yang berkaitan dengan kecacatan mereka seperti:
    • Perubatan:
      • Pemulihan anggota
      • Pemulihan carakerja
      • Pemulihan pertuturan
      • Kaunseling yang juga terdapat di hospital kerajaan dan swasta dan sesetengah klinik.
    • Rehabilitasi Sosial di Malaysian Association for the Blind – www.mab.org.my untuk:
      • Membolehkan orang kurang upaya belajar bergaul dengan orang lain.
      • Program Intervensi Awal di sesetengah klinik kesihatan.
      • Pusat Pemulihan ‘Community Based’ yang terdapat di seluruh negeri.
    • Rehabilitasi pendidikan
      • Belajar Braille
      • Mendapatkan alat bantu Low vision seperti kanta pembesar (magnifying glass) jika perlu.
    • Mendaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas
    • Latihan Vokasional.
      • Ada disediakan di sesetengah pusat di bawah Jbtn. Kebajikan Masyarakat dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan jenis kecacatan tertentu.

Kumpulan sokongan

Bagaimana orang kurang upaya atau cacat boleh mendapatkan pekerjaan?

Maklumat tentang pekerjaan dan penempatan pekerjaan boleh di didapati dari:

The Human Resource Department.
Tel: +603-88865000
http://www.mohr.gov.my
NGOs e.g. Jobstreet.com
Malaysian Councill for Rehabilitation,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
No. 16 Lorong Utara A, 4th Floor, Room 3,
46200 Petaling Jaya. Tel: +603-79553510

Semakan Akhir : 21 Mei 2012
Penulis : Dr. Aminah Bee bt. Mohd Kassim
Penyemak : Dr. Salmah Othman

Artikel Berkaitan

Tips Keselamatan untuk Masalah Menelan

Masalah menelan (dysphagia) boleh terjadi kepada sesiapa yang pernah menghidap strok, penyakit neurologi atau saraf (sebagai contoh Parkinson’s), kecederaan otak, atau segala jenis masalah struktur organ menelan seperti kanser tekak atau pangkal hidung.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,235,962

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia