A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Kapal dikuarantin

Kapal dikuarantin

Kapal dikuarantin terbahagi kepada dua. Kapal dikurantin berstatus B iaitu kapal yang dikuarantin dengan kebenaran berlabuh di dermaga. Manakala kapal yang diberi status C diberi taraf Quarantine dan dikehendaki berlabuh di Qurantine Anchorage .

Kedua-dua status kapal dikuarantin tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti pemunggahan. Penumpang dan anak kapal tidak dibenarkan turun dari kapal dan tiada sesiapa pun dibenarkan naik ke atas kapal sehingga pemeriksaan kuarantin dijalankan.

Kapal diberi berstatus B dikeluarkan jika butiran dalam butiran borang PKP (borang permohonan status kapal) yang dihantar oleh  ejen perkapalan di Pejabat Kesihatan Pelabuhan mempunyai salah satu masalah berikut :

  1. Sijil Ship Sanitation Control Certificate (SSCC) dikeluarkan setelah Pihak Berkuasa Kesihatan Pelabuhan berpuas hati bahawa sanitasi kapal yang telah mengambil langkah-langkah untuk memastikan sesebuah kapal itu bersih daripada sebarang unsur yang boleh membawa atau meningkatkan risiko kepada jangkitan atau penularan penyakit berjangkit Ship Sanitation Control Exemption Certificate (SSCEC)  tidak sah disebabkan tidak memilik atau tamat tempoh enam bulan dari tarikh dikeluar atau diperbaharui.
  2. Semakan ke atas taraf kesihatan mendapati terdapat anak kapal/penumpang yang sakit berada dalam senarai.
  3. Terdapat kematian anak kapal dan penumpang yang disebabkan oleh bukan kerana Penyakit Berjangkit.
  4. Kapal pernah berlabuh di kawasan endemik untuk penyakit Demam Kuning dan Hawar dalam  tempoh pengeraman.
  5. Kehadiran penumpang haram (stowaway).

Kapal kuarantin di “Quarantine Anchorage” yang berstatus C dikeluarkan jika butiran dalam butiran borang PKP (borang permohonan status kapal) yang dihantar oleh  ejen perkapalan di Pejabat Kesihatan Pelabuhan mempunyai salah satu masalah berikut :

  1. Apabila ada kematian anak kapal atau penumpang kerana penyakit berjangkit.
  2. Pelabuhan-pelabuhan terakhir adalah dari kawasan epidemik untuk penyakit demam kuning dan hawar.
  3. Terdapat kematian tikus luar biasa di atas kapal.

Kapal-kapal yang dikurantin tidak dibenar menjalankan sebarang aktiviti pemunggahan. Penumpang dan anak kapal tidak dibenarkan turun dari kapal dan tiada sesiapa pun dibenarkan naik ke atas kapal sehingga pemeriksaan kuarantin dijalankan dan sijil “Pratique” dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan pelabuhan.

Sebaik sahaja kapal yang diberi status kapal kuarantin B atau C tiba di dermaga atau di pelabuhan, pemeriksaan kuarantin segera perlu dilakukan.  Pemeriksaan kapal akan dijalankan terlebih dahulu oleh anggota kesihatan sebelum pemeriksaan agensi lain dibenarkan.  Pemeriksaan kuarantin akan dijalankan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.  Pemeriksaan kapal kuarantin meliputi :

  1. Prosedur pemeriksaan dokumen dan bahagian kritikal kapal
  2. Prosedur pengeluaran sijil Pratique
  3. Pemeriksaan kapal keseluruhan
  4. Arahan aktiviti kuarantin
  5. Pemeriksaan untuk pengeluaran atau lanjutan Sijil Ship Sanitation Control Certificate (SSCC) / Ship Sanitation Control Exemption Certificate (SSCEC) 
  6. Pengeluaran Port Health Clearance

Prosedur pemeriksaan dokumen dan bahagian kritikal kapal perlu dijalankan oleh Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran meliputi perkara-perkara berikut:

  1. Maritime Declaration of Health
  2. Sijil Ship Sanitation Control Certificate (SSCC) / Ship Sanitation Control Exemption Certificate (SSCEC). 
  3.  Senarai penumpang dan anak kapal.  Jika penumpang atau anak kapal adalah dari negara endemik penyakit demam kuning, pastikan mereka mempunyai sijil vaksinasi yang sah.
  4. Pemeriksaan bahagian kritikal diperlukan untuk menentukan sama ada sesebuah kapal boleh diberikan atau layak untuk diberikan sijil Pratique sebelum pemeriksaan keseluruhan kapal dijalankan. Contoh bahagian kritikal adalah seperti pantry, galley, provisions stores dan bahagian-bahagian lain yang berkaitan bergantung kepada jenis kapal/kargo/last port/kewarganegaraan anak kapal

Prosedur Pengeluaran Sijil “Pratique”

Sijil “Free Pratique“ akan dikeluarkan jika kriteria berikut dipatuhi :

Sebab-sebab dikuarantin

 Kriteria pengeluaran sijil “Free Pratique”

Sijil SSCC/SSCEC tamat

Tiada tanda urungan tikus – kawasan kritikal (pantry, galley, provision stores)

Semakan ke atas taraf kesihatan mendapati terdapat anak kapal/penumpang yang sakit berada dalam senarai

Pengesahan daripada Pegawai Kesihatan Pelabuhan/Medical Officer on board –kematian bukan disebabkan penyakit berjangkit

Kematian tikus luar biasa

Selepas pewasapan dijalankan hasil pemeriksaan memuaskan

Pelabuhan terakhir dari kawasan endemik/ epidemik dan tarikh dalam masa tempoh pengeraman

Pengesahan tiada penyakit disyaki dalam kapal mengikut penyakit

Kehadiran penumpang haram (stowaway)

Siasatan memuaskan

                                                   
Pemeriksaan keseluruhan kesihatan di atas kapal hanya dijalankan sekiranya Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran tidak berpuas hati dengan pemeriksaan dokumen dan pemeriksaan kritikal. Pemeriksaan ini meliputi pemeriksaan kesihatan kapal  termasuk keadaan sanitasi kapal, sekiranya perlu maka pemeriksaan kesihatan ke atas penumpang dan anak kapal boleh dilakukan. 

Sekiranya hasil pemeriksaan keseluruhan kapal kuarantin memuaskan, Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran boleh mencadangkan kepada pegawai atasan agar sijil “Port Health Clearance” dikeluarkan. Sebaliknya, jika hasil pemeriksaan tersebut tidak memuaskan maka Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran boleh mencadangkan kepada pegawai atasan untuk mengeluarkan arahan kepada kapten kapal untuk mengambil tindakan mengatasi masalah yang dijumpai.

Sekiranya terdapat urungan tikus (walaupun hanya 1 urungan) Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran boleh mencadangkan agar kapal menjalani pewasapan. Begitu juga sekiranya dia tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan, dia boleh mengarahkan agar tempat itu dibersihkan. Pemeriksaan semula ke atas kapal perlu dijalankan setelah  tindakan-tindakan  dilaksanakan.  Sekiranya berpuas hati dengan pemeriksaan semula maka pengeluaran sijil “Practique” dan “Port Health Clearance” boleh dikeluarkan.

Sekiranya arahan pewasapan kapal dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan persekitaran perlulah mengarahkan dan memastikan agar Operator Pewasapan menjalankan pewasapan mengikut prosedur-prosedur seperti berikut :

  • pemeriksaan sebelum pewasapan
  • pemeriksaan selepas pewasapan

Pemeriksaan kapal untuk pengeluaran Sijil Ship Sanitation Control Certificate (SSCC) / Ship Sanitation Control Exemption Certificate (SSCEC) dan lanjutan. Kapten kapal perlu memohon untuk SSCC/SSCEC atau lanjutan, pemeriksaan kapal perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum kapal diberikan sijil SSCC/SSCEC. Sementara lanjutan SSCC/SSCEC tidak memerlukan pemeriksaan kapal.

Penggunaan borang PKP (borang permohonan status kapal) yang dihantar oleh  ejen perkapalan di Pejabat Kesihatan Pelabuhan akan menentukan status kapal secara dokumentasi.  Borang ini dikehendaki dihantar selewat-lewatnya 24 jam sebelum kapal tiba. Jika terdapat perubahan status di atas kapal, adalah menjadi tanggungjawab kepada pihak perkapalan untuk memaklumkan semula.

Pemilik kapal perlu dengan jujur mengistiharkan kepada pihak berkuasa kesihatan pelabuhan berkaitan status kesihatan melalui Maritime Declaration of Health.

Menjadi tanggungjawab pemilik kapal juga, untuk memaklumkan sebarang kejadian wabak penyakit yang berlaku semasa pelayaran atau sekiaranya berlaku kematian di atas kapal.

Status  kapal kuarantin di “quarantine anchorage” juga boleh dikeluarkan apabila hasil pemeriksaan dokumen atau pemeriksaan bahagian kritikal kapal tidak memuaskan ( pemeriksaan kapal Q status B ), pemeriksaan keseluruhan kapal dilakukan atau apabila terdapat aduan kacau ganggu terhadap kapal atau kapal yang membawa ramai anak kapal dari negara yang tertentu ( berkaitan amalan kebersihan) dan kapal yang kelihatan kotor.

Setelah Sijil “Free Pratique dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan pelabuhan dikeluarkan maka aktiviti pemunggahan serta penurunan penumpang dan anak kapal dibenarkan dan pihak agensi lain dibenarkan naik ke atas kapal untuk tugas-tugas yang berkaitan.

Rujukan

  1. Akta 342. Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit. (1988). Diambil dari http://ibbc.um.edu.my/images/ibbc/doc/Akta342-Aktapencegahandanpengawalanpenyakitberjangkit1988.pdf 
  2. Cawangan Penyakit Berjangkit KKM. (2005). Garispanduan Pemeriksaan Kapal Di Pelabuhan Edisi 1. Kementerian Kesihatan Malaysia. Putrajaya. Diambil dari: http://www.infosihat.gov.my/infosihat/media/garis_panduan/P/pdf/30_pemeriksaan_kesihatan_kapal.pdf
 Semakan Akhir 3 Ogos 2016
 Penulis Othman bin Daud 
 Akreditor Mohamad Ridzuan bin Mohd Salleh 

 

Artikel Berkaitan

Limfoma

Limfoma adalah sejenis kanser berkaitan dengan sejenis sel, iaitu limfosit,

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,103,878

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia