A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kanta Sentuh

Jika anda kurang selesa dan kaca mata anda membatasi aktiviti anda, mengapa tidak mencuba kanta sentuh

Adakah anda mengalami masalah penglihatan dan kurang selesa dengan kaca mata anda?

Jika anda kurang selesa dan kaca mata anda membatasi aktiviti anda, mengapa tidak mencuba kanta sentuh?  

Apakah kebaikan kanta sentuh?

Kebaikannya boleh dikelaskan kepada aspek berikut:

  • Fizikal:
    • Ia selamat dan terdiri dari pelbagai jenis yang boleh menepati cita rasa anda
    • Ia tidak akan jatuh semasa anda sedang bermain, menari atau bersenam
    • Ia tidak akan berkabus jika anda bergerak dari kawasan sejuk ke panas dan lembap
    • Ia tidak akan memantulkan cahaya seperti sesetengah kaca mata
    • Fungsinya lebih baik berbanding kaca mata biasa jika anda aktif dalam kegiatan sukan. Ini kerana kanta sentuh memberikan medan penglihatan yang lebih luas,lebih jelas dan mengurangkan risiko kecederaan
  • Kosmetik:
    • Kanta sentuh membuat anda nampak lebih menarik dan bergaya!
    • Kornea atau anak mata yang tidak cantik boleh disembunyikan di sebalik kanta sentuh yang berwarna
    • Ia menaikkan tahap keyakinan diri anda
  • Optikal:
    • Kanta sentuh memberikan
    • Imej yang lebih besar
    • Penyebaran cahaya yang lebih baik
    • Kurang penyimpangan imej di bahagian sisi
    • Pandangan yang lebih luas
    • Penglihatan yang lebih jelas
  • Perubatan:
    • Kanta sentuh yang lembut boleh digunakan untuk
      • Luka/ulser di kornea
      • Bullous keratitis
      • Sindrom Steven-Johnson
      • Neuroparalytic keratitis
      • Exposure keratitis
    • Kanta sentuh yang keras boleh digunakan untuk:
      • Keratoconus
      • Mata kering
      • Astigmatism yang serius

Bilakah saya boleh mula menggunakan kanta sentuh?

  • Dapatkan nasihat pakar penjagaan mata (optometrist).
  • Pada umur 11 tahun, mata anda sudah cukup matang, dan anda boleh memakai serta memahami arahan penggunaan kanta sentuh dengan baik.

Adakah penggunaan kanta sentuh mempunyai sebarang keburukan?

  • Masalah boleh berlaku jika kanta sentuh dibiarkan terlalu lama dalam mata dan tidak direndam dalam solusi khas
  • Dalam situasi ini, anda boleh mendapat jangkitan pada mata, parut dalam kornea dan jadi buta

Kerosakan pada kanta.

  • Anda boleh mengelakkan kerosakan kepada kanta sentuh dengan menyimpannya di dalam bekas yang telah disediakan
  • Anda perlu pastikan kuku anda pendek bila memakai kanta sentuh

Kehilangan kanta

  • Untuk mengelakkan kanta anda hilang, pemakaian kanta sentuh mesti dilakukan di atas meja

 

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Nor Asiah Hashim
Penyemak : Dr. Nazhatussima bt. Suhaili

Artikel Berkaitan

Mata Merah yang Tidak Menyakitkan

Mata yang merah biasanya akan menyebabkan kita bimbang kerana mungkin terdapat sesuatu yang tidak kena dengan mata kita. Permukaan mata kita kelihatan merah kerana saluran darah di dalam mata membengkak.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,229,335

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia