A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kanser Prostat

Pengenalan

Prostat ialah kelenjar bersaiz “walnut” terletak di belakang dasar penis,di depan rektum,di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Uretra ialah saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui zakar. Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Cecair dalam air mani melindungi, menyokong dan membantu menyalurkan air mani. Prostat biasanya membesar bila usia lelaki meningkat tua, ini dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). Ia bukannya kanser walaupun gejala-gejala yang dihidapi adalah menyerupai dengan kanser prostat.

 

Apakah itu Kanser Prostat?

Kanser prostat ialah ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Ia merupakan kanser yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. Peringkat awal kanser prostat (juga dikenali sebagai kanser prostat setempat) terletak diantara prostat. Peringkat awal kanser tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak menjadi kanser dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat, ini dipanggil kanser prostat yang teruk.

Penyebab/Faktor Risiko

Penyebab utama kanser prostat masih tidak diketahui dan juga tidak di ketahui bagaimana untuk mengelakkan kanser prostat. Faktor berikut boleh meningkatkan risiko pembentukan kanser prostat:

  1. Usia
    Risiko kanser prostat meningkat dengan usia, lebih-lebih lagi selepas umur 50 tahun. Lebih dari 80% kanser prostat didiagnosakan pada lelaki berusia lebih 65 tahun.
  2. Sejarah Keluarga
    Risiko adalah lebih tinggi untuk mendapat kanser prostat jika mempunyai ayah atau adik beradik lelaki yang pernah mendapat kanser prostat.
  3. Hormon
    Paras testosteron (hormon seks lelaki) yang tinggi mungkin mencepatkan pembentukan kanser prostat.

Tanda & Gejala.

Gejala kanser prostat:

  • Aliran air kencing yang tidak lancar.
  • Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam.
  • Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
  • Sakit semasa ejakulasi (pancutan mani).
  • Darah dalam air kencing atau air mani.

Jika anda mengalami gejala ini. Sila berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya

Diagnosa kanser prostat:

  1. Prostate-Specific Antigen (PSA) test
    Adalah bahan (sejenis protin yang dihasilkan olih tisu prostat) didapati tinggi dalam darah bila aktiviti dalam prostat yang luar biasa termasuk kanser prostat, BPH atau Prostatis ( radang prostat).
  2. Digital Rectal Examination (DRE)
    Doktor memakai sarung tangan getah dan jari dimasukkan ke dalam dubur untuk merasa permukaan prostat. Ujian ini tidak sensitif, oleh itu kebanyakan lelaki pada peringkat awal kanser prostat mempunyai DREs yang normal.
  3. Transrectal Ultrasound (TRUS)
    Doktor memasukkan alat gelombang bunyi ke dalam dubur dan gambar diambil.
  4. Biopsy
    Hanya satu cara untuk memastikan betul-betul kanser didiagnosakan adalah dengan biopsi. Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop.
  5. Computed Tomography (CT atau CAT) scan
    CT Scan membentuk gambar tiga dimensi di dalam badan dengan menggunakan sinar-x.
  6. Magnetic Resonance Imaging (MRI)
    MRI mengunakan lapangan magnet, bukan sinar-x untuk menghasilkan imej lengkap badan.

Peringkat kanser prostat:

  • Peringkat 1 Kanser melibatkan <5% kelenjar prostat.
  • Peringkat 2 Kanser melibatkan >5% kelenjar prostat.
  • Peringkat 3 Kanser melibatkan sarong prostat dan/atau vesikal seminal (hasilkan kebanyakan dari komponen cecair air mani)
  • Peringkat 4 Kanser melibatkan sekeliling organ seperti pundi kencing atau dubur, nodus limfa pelvik atau bahagian lain terutamanya tulang

Rawatan

Rawatan bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan samada kanser telah merebak dan tahap kesihatan individu.

  1. Pembedahan
    Terdapat dua pilihan rawatan untuk peringkat 1 dan 2: radical prostectomy atau radical radiotherapy.

    • Radical (open) prostectomy. Melibatkan pembedahan pembuangan kesemua prostate dan vesikel seminal dan kemungkinan nodus limfa di dalam pelvic. Dalam 80-90% kes, cara rawatan ini selalunya selamat selama 10 tahun selepas rawatan.
    • Transurethral Resection of Prostate (TURP) – kerap kali digunakan untuk mengurangkan gejala kesekatan pada saluran air kencing.
  2. Radiation therapy
    Terapi radiasi menggunakan tenaga tinggi sinar-x untuk memusnahkan sel kanser. Radioterapi selalunya digunakan dalam peringkat ke 3 dan sesetengah kes peringkat ke 4 kanser. Terapi Radiasi berguna untuk semua peringkat kanser, samada percubaan untuk menyembuhkan penyakit. Juga digunakan sebagai kaedah mengurangkan gejala sakit yang teruk atau kanser yang telah merebak.Beberapa rawatan atau “fraction” mungkin diperlukan.
    Terapi radiasi mungkin menyebabkan kesan sampingan berikut:

    • Cirit birit atau gangguan fungsi usus
    • Meningkatkan perasaan hendak buang air kecil atau kerapkali buang air kecil
    • Letih lesu
    • Tidak selesa pada rektum, rasa pedih atau sakit
    • Mati pucuk
  3. Terapi Hormon
    Pembesaran kanser prostat disebabkan oleh hormon seks lelaki seperti androgens, pengurangan paras hormon ini boleh membantu melambatkan pembesaran kanser. Rawatan hormon ini dipanggil terapi pembuangan “androgen” atau terapi pelucutan “androgen”. Penghasilan testosteron boleh dikurangkan samada dibedah dengan pembuangan kelenjar testosteron atau melalui penggunaan ubat mengurangkan fungsi testis.
  4. Kimoterapi
    Kimoterapi menggunakan ubat untuk membunuh sel kanser, boleh diambil secara makan atau suntikan, Ini mungkin membantu pesakit kanser yang teruk atau kanser prostat yang tidak bertindakbalas dengan hormon. Rawatan sepatutnya dimulakan secepat mungkin tanpa menunggu gejala berlaku. Rawatan selalunya berjaya dalam jangka masa pendek, dengan mencapai jangka hayat selama 30 bulan dan pengurangan gejala penyakit sebanyak 80%. Pesakit kanser prostat perlu dirawat oleh berbagai kepakaran termasuk onkologi, radioterapi dan urologi. Dengan cara ini pesakit dapat diberikan rawatan yang komprehensif.

Risalah berkaitan Kanser Prostat (Sumber: Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM)

Semakan Akhir : 20 Jun 2014
Penulis : Dr. Arief Budiman Abdul Aziz
Penterjemah : Dr. Mastura Ismail
Penyemak : Dr. Mohamad Hamim M. Hanifah

Artikel Berkaitan

Senaman Pranatal

Senaman pranatal adalah senaman semasa mengandung. Senaman pranatal sangat digalakkan

Heel Spur

Pengenalan Tulang tumit adalah tulang yang terbesar di kaki dan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,279,185

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia