A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kanser Kolorektal

Kanser kolorektal atau kanser usus besar adalah kanser yang berlaku di bahagian kolon atau rektum. Kolon adalah usus besar manakala rektum adalah bahagian yang menghubungkan kolon dan dubur.

Kanser kolorektal atau kanser usus besar adalah kanser yang berlaku di bahagian kolon atau rektum. Kolon adalah usus besar manakala rektum adalah bahagian yang menghubungkan kolon dan dubur.

Kanser kolorektal kerap berlaku di dunia. Risiko mendapat kanser usus besar meningkat apabila umur semakin meningkat. Ia biasanya dijumpai di kalangan mereka yang berumur 50 tahun ke atas.

Pada peringkat awal, kanser kolorektal berkemungkinan tidak mempunyai gejala. Ia biasanya bermula dengan polip (unjuran berbentuk jejari) di dalam usus besar yang kemudiannya berubah menjadi kanser.

Ujian saringan adalah penting untuk pengesanan awal penyakit kanser kolorektal. Jika kanser kolorektal dapat dikesan awal, peluang untuk sembuh adalah baik. 

Siapakah yang berisiko tinggi mendapat kanser kolorektal?

  • Jika anda atau keluarga terdekat mempunyai polip kolorektal atau kanser kolorektal.
  • Jika anda mempunyai penyakit radang usus seperti ‘ulcerative colitis’ dan ‘Crohn’s disease’
  • Jika anda mempunyai sindrom genetik yang berkaitan dengan kanser seperti ‘familial adenomatous polyposis (FAP)’ atau ‘hereditary non-polyposis colorectal cancer’

Ujian saringan kanser kolorektal

Ujian saringan boleh dijalankan seawal umur 50 tahun hingga 75 tahun. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser kolorektal, ujian saringan perlu dilakukan lebih awal.

Anda juga dinasihatkan supaya berbincang dengan doktor anda tentang bila ujian perlu dilakukan, jenis ujian dan berapa kerap ujian perlu dilakukan.
Ujian yang dijalankan termasuk ujian najis (FOBT), sigmoidoskopi dan kolonoskopi.

  1. Ujian najis (FOBT – Fecal Occult Blood Test)
    • Ujian ini dijalankan untuk mengesan darah di dalam najis. Ujian ini adalah mudah dan boleh dijalankan di klinik kesihatan. Anda akan diberi satu set alat untuk mengambil sampel najis. Anda perlu mengambil sedikit sampel najis anda dengan menggunakan alat yang disediakan dan mengembalikannya kepada makmal di klinik. Sampel najis akan diperiksa untuk melihat kewujudan darah di dalam najis. Sekiranya najis didapati mempunyai darah, anda akan dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut iaitu kolonoskopi.
  2. Ujian sigmoidoskopi
    • Ujian ini dijalankan dengan cara memasukkan tiub yang pendek melalui lubang dubur ke dalam rectum dan penghujung kolon untuk mengesan polip atau kanser di dalamnya.
  3. Ujian kolonoskopi
    • Ujian ini dijalankan dengan cara memasukkan tiub yang panjang melalui lubang dubur ke dalam rektum dan keseluruhan kolon. Semasa prosedur ini dijalankan, doktor boleh melihat dan membuang polip atau ketumbuhan yang disyaki kanser serta mengambil sedikit tisu untuk ujian biopsi (pemeriksaan di bawah mikroskop untuk mengesan sel kanser).

Sekiranya anda berumur 50 hingga 75 tahun atau berisiko tinggi mendapat kanser kolorektal, sila berjumpa dengan doktor anda untuk ujian saringan kanser kolorektal. Ujian saringan awal boleh menyelamatkan nyawa anda.

Video:

Rujukan:

  1. U.S Preventive Services Task Force recommendations on screening for colorectal cancer 2008
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis/Penyemak : Dr. Nor Faizah bt. Ghazali
Akreditor : Dr. Roslina bt. Abdul Jalil

Artikel Berkaitan

Tanpa Nama (VCT)

Ujian ini mudah didapati, ringkas dan tidak sakit. Perkhidmatan ini diberikan secara PERCUMA di semua klinik kesihatan dan hospital kerajaan. Maklumat anda dan keputusan ujian akan dirahsiakan

Perempuan

Anda boleh membuat beberapa ujian atau saringan untuk mengetahui adakah anda sihat atau tidak.

Pra Perkahwinan

Ujian saringan HIV pra-perkahwinan boleh dilakukan di mana-mana Klinik Kesihatan di Malaysia dan dilaksanakan secara percuma. Tujuan utama ujian ini adalah bagi membolehkan individu mengetahui status HIV masing-masing

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,342,263

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia