A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Kakitangan awam digalak berhenti...

Kakitangan awam digalak berhenti merokok

Utusan Malaysia

Khamis, 30/06/2011

Kakitangan awam digalak berhenti merokok

DR. Lailanor ibrahim (kiri) menyampaikan sijil dan hadiah kepada Tuan Mat Tuan Abdullah atas kejayaan berhenti merokok semasa sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia di Hospital Kuala Lumpur, kelmarin.

KUALA LUMPUR 29 Jun – Perokok di kalangan kakitangan awam digalakkan untuk menyertai program pemulihan di Klinik Berhenti Merokok di hospital-hospital dan klinik kesihatan kerajaan.

Ketua Jabatan Pendidikan Kesihatan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Zulkiflee Yazid berkata, program kesedaran juga wajar ditingkatkan di kalangan kakitangan awam.

"Mungkin kita boleh buat program khusus untuk anggota pasukan keselamatan seperti polis dan tentera sebelum disusuli dengan sektor lain," katanya selepas majlis sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2011 di Auditorium Utama HKL di sini semalam.

Turut berlangsung, majlis penyampaian sijil kepada klien berhenti merokok, penyampaian hadiah Kuiz Bahaya Merokok, penyampaian cenderamata, pameran dan forum.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Perubatan HKL I, Dr. Lailanor Ibrahim dan Timbalan Pengarah Perubatan HKL II, Dr. Ding Lay Ming.

Beliau berkata, jumlah perokok di negara ini juga terus meningkat walaupun banyak program dan aktiviti dianjurkan bagi memberi kesedaran mengenai bahaya merokok.

Sementara itu, Dr. Lailanor berkata, perokok diseru memanfaatkan kemudahan Klinik Berhenti Merokok di HKL kerana ia menggunakan teknik yang berkesan menerusi bantuan doktor pakar dan kaunselor bagi meninggalkan ketagihan mereka itu.

"Tujuan klinik ini adalah untuk memberi seberapa banyak pengetahuan kepada perokok untuk meninggalkan tabiat buruk itu di samping memberi rawatan pemulihan menggunakan terapi modifikasi tingkah laku dan gantian nikotin.

"Mereka turut diberikan kesedaran yang mendalam tentang risiko merokok di samping galakan dan motivasi untuk berhenti merokok," katanya.

 

 

{module berita:news}

 

Artikel Berkaitan

C

Cara Mandikan Bayi Cara Memberus Pendakap Gigi Cara Simpan Ubat

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,418,303

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia