A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiologi
  6. /
  7. Kaedah Pemeriksaan
  8. /
  9. Kaedah Pemeriksaan ( +43...

Kaedah Pemeriksaan ( +43 )

Pemeriksaan X-ray dewan bedah dilakukan dengan menggunakan mesin floroskopi mudah gerak yang dikendalikan oleh Juru X-ray bagi memastikan instrumen dan implan yang dipasang pada anggota pesakit adalah di dalam kedudukan yang betul dan tepat untuk merakam imej yang diperlukan ...
Baca Lagi
Apakah Pemeriksaan Barium Swallow? Merupakan satu pemeriksaan khas radiologi ke atas sistem percernaan (Upper Gastrointestinal Tract-esofagus dan perut). Sejenis media kontras iaitu barium sulphate perlu diminum untuk mengkaji sebarang abnormaliti pada bahagian esofagus dan perut dengan menggunakan peralatan floroskopi. Pakar radiologi akan dapat melihat keseluruhan sistem upper gastrointestinal tract dengan ...
Baca Lagi
Apakah Pemeriksaan Barium Enema? Pemeriksaan khas radiologi untuk mengkaji sistem usus besar. Sejenis media kontras iaitu barium sulphate dimasukkan ke dalam usus besar menggunakan sejenis tiub kecil melalui dubur dan seterusnya angin akan dimasukkan untuk pemeriksaan yang lebih teliti dengan menggunakan peralatan floroskopi. Pakar radiologi akan dapat melihat keseluruhan sistem ...
Baca Lagi
Apakah Pemeriksaan Barium Meal? Pemeriksaan khas radiologi ke atas sistem Upper Gastrointestinal Tract (esofagus,perut dan usus kecil). Sejenis media kontras iaitu barium sulphate akan diminum oleh pesakit untuk mengkaji sebarang abnomaliti pada bahagian esofagus, perut dan usus kecil dengan menggunakan peralatan floroskopi. Pakar radiologi akan dapat melihat keseluruhan sistem Upper ...
Baca Lagi
Apa Itu Pemeriksaan Arthrogram? Pemeriksaan arthrogram adalah salah satu ujian diagnostik yang dilakukan untuk mengkaji bahagian dalam sendi seperti sendi bahu, sendi lutut, sendi pergelangan tangan dan sendi pergelangan kaki. Tujuan pemerksaan adalah untuk menilai kecederaan atau punca permasalahan yang telah anda alami. Prosedur ini dilakukan di jabatan pengimejan oleh ...
Baca Lagi
Prosedur X-ray X-ray abdomen adalah pemeriksaan pengimejan untuk melihat keadaan organ di dalam abdomen seperti hati, limpa, hempedu, diafragma, perut, usus kecil dan besar. Manakala X-ray KUB (kidneys, ureters and bladder) pemeriksaan abdomen yang tertumpu kepada keadaan organ buah pinggang (kidneys), salur ginjal (ureters) dan pundi kencing (bladder). Biasanya pemeriksaan ...
Baca Lagi
Apakah Benda Asing?Sesuatu objek atau bahan luar yang memasuki badan akibat kemalangan atau bentuk. [1]Mengapa Pemeriksaan Ini Dilakukan?Untuk mengesan, membantu dan mengesahkan pengeluaran benda asing dari badan.Contoh Benda AsingBahan yang diperbuat daripada plumbum atau bahan kimia menghakis seperti dalam bateri.Bahan yang berbentuk runcing atau tajam seperti jarum, pin, kaca pecah, ...
Baca Lagi
Apa Itu Pemeriksaan CT Liver Multiphase? CT Liver Multiphase adalah salah satu teknik dalam radiografi untuk menghasilkan imej keratan rentas di bahagian hati dengan menggunakan sinar X dan media kontras. CT Liver Multiphase sangat berguna untuk mengesan perbezaan jenis ketumbuhan di bahagian hati. Bagaimana Dan Di Mana Untuk Mendapatkan Pemeriksaan ...
Baca Lagi
Apa Itu Pemeriksaan MRI Abdomen Magnetic Resonance Imaging (MRI) Abdomen menggunakan magnet dan gelombang radio untuk mengimbas bahagian abdomen pesakit dan menghasilkan imej keratan rentas abdomen. MRI tidak menggunakan radiasi seperti jenis pemeriksaan radiologi lain. MRI abdomen menghasilkan imej bahagian perut seperti hati, ginjal, pundi hempedu dan lain-lain. Bagaimana Untuk ...
Baca Lagi
PengenalanPegawai perubatan bergantung kepada pemeriksaan X-ray atau prosedur untuk membuat diagnosis patologi, menilai kawasan di mana pesakit mungkin mengalami kesakitan dan menilai rawatan yang diberikan (1). Walaupun terdapat pelbagai pemeriksaan radiologi, namun pemilihan sesuatu pemeriksaan X-ray bergantung kepada kawasan dan juga tujuan pemeriksaan tersebut.Apa Maksud Kecederaan Bukan-Akibat Kemalangan (NAI)?Kecederaan bukan ...
Baca Lagi
Apa Itu Pemeriksaan MRI Jantung? Magnetic Resonance Imaging- MRI Jantung menggunakan magnet dan gelombang radio untuk mengimbas bahagian jantung pesakit dan menghasilkan imej keratan rentas jantung. MRI tidak menggunakan radiasi seperti jenis pemeriksaan radiologi lain. MRI jantung menghasilkan imej keratan rentas saluran darah utama jantung dan imej jantung. MRI Jantung ...
Baca Lagi
Apakah Maksud X-ray Sinus Paranasal (PNS)?X-ray sinus paranasal (PNS) adalah pemeriksaan X-ray yang dilakukan dengan ketidakselesaan yang minima kepada pesakit.Apakah Sinus?Sinus adalah ruang (rongga) yang dipenuhi udara dengan membran mukus di dalam tulang tengkorak (1)Rajah 1: Pelbagai sinus dalam tengkorak kita (2)Siapa Yang Menjalankan X-ray PNS?X-ray sinus paranasal dilakukan oleh ...
Baca Lagi
Prosedur Mamografi- Stereotaktik Biopsi Payudara merupakan prosedur intervensional bagi mengeluarkan sebahagian kecil tisu payudara untuk menentukan keabnormalannya apabila imej mamogram menunjukkan pertumbuhan kecil atau kehadiran mikrokalsifikasi yang dikesan menggunakan mesin mamografi ...
Baca Lagi
Apa Itu Pemeriksaan X-ray Kemalangan Dan Kecemasan?Pemeriksaan X-ray kemalangan dan kecemasan adalah pemeriksaan ke atas pesakit-pesakit yang mendapatkan rawatan di jabatan kemalangan dan kecemasan.Keutamaan akan diberikan kepada pesakit kritikal.Bagaimana Untuk Mendapatkan Pemeriksaan Ini Dan Di Mana?Apabila anda datang berjumpa dengan doktor yang merawat anda, doktor tersebut akan menentukan samada anda ...
Baca Lagi
Apa Itu MRI Pelvis?Magnetic Resonance Imaging (MRI) pelvis menggunakan medan magnet dan gelombang radio untuk mengimbas bahagian pelvis pesakit bagi menghasilkan imej keratan rentas bahagian pelvis. MRI tidak menggunakan radiasi seperti jenis pemeriksaan radiologi lain. MRI pelvis menghasilkan imej keratan rentas bahagian pundi kencing, prostat, organ reproduktif lelaki atau wanita ...
Baca Lagi
Apa Itu Pemeriksaan Micturating Cystourethrogram (MCUG)? Merupakan pemeriksaan lanjutan bagi menilai struktur dan fungsi saluran kencing. Prosedur ini dilakukan di bilik floroskopi, jabatan pengimejan diagnostik oleh pakar radiologi. Bagaimana Untuk Mendapatkan Pemeriksaan Ini Dan Di Mana? Apabila anda datang berjumpa dengan doktor yang merawat anda doktor tersebut akan menentukan sama ...
Baca Lagi
Pemeriksaan yang penting bagi mencari punca kepada sakit, ketegangan, bengkak, atau kecacatan kaki dengan menjalankan pemeriksaan x-ray ke atas tulang kaki termasuk jari kaki, sebahagian tumit kaki dan tisu lembut pada kawasan kaki ...
Baca Lagi
Pemeriksaan x-ray lutut amatlah penting bagi mencari punca kepada rasa sakit, ketegangan, bengkak atau kecacatan lutut. Pemeriksaan ini juga mampu mengesan kepatahan tulang dan dislokasi sendi akibat kemalangan atau kecederaan ...
Baca Lagi
Apa Itu Pemeriksaan X-ray Warga Tua (Geriatrik)? Pemeriksaan x-ray warga tua (geriatrik) adalah pemeriksaan yang melibatkan pesakit tua, berumur 65 tahun dan ke atas (http://www.hkrta.50g.com/Academicdoc/Geriatric.pdf). Perkataan geriatrik berasal dari bahasa Greek, yang bermaksud ‘orang tua’. (http://en.wikipedia.org/wiki/Geriatrics). Warga tua (geriatrik) selalunya lebih dibebani dengan pelbagai penyakit kronik seperti masalah jantung, kanser, ...
Baca Lagi
Apa Itu Pemeriksaan X-ray Kanak-kanak (Pediatrik)? Merupakan pemeriksaan x-ray yang dijalankan ke atas kanak-kanak. Pemeriksaan ini merupakan satu pemeriksaan yang mudah dan cepat serta tidak memerlukan persediaan yang khusus. Walaupun kebanyakan penyakit yang dilihat adalah sama dengan orang dewasa, namun pelbagai faktor dan keadaan pesakit perlu diambil kira seperti saiz ...
Baca Lagi
Pemeriksaan X-ray Bone Age adalah salah satu kajian yang dilakukan untuk mengkaji umur tulang bagi membantu doktor menganggar kematangan sistem rangka atau tulang kanak-kanak. Pemeriksaan ini biasanya dilakukan dengan mengambil X-ray disebelah kiri pergelangan tangan, tangan dan jari ...
Baca Lagi
Pemeriksaan x-ray multiple myeloma (tinjauan tulang) akan dilakukan untuk mendiagnosis penyakit multiple myeloma yang merupakan salah satu daripada penyakit kanser darah yang biasanya berlaku pada bahagian tulang belakang, pinggul, rusuk dan bahu ...
Baca Lagi
CT Kardiak ialah pemeriksaan jantung untuk mengetahui risiko penyakit jantung menggunakan imbasan CT. Pemeriksaan CT Kardiak dijalankan bagi melihat dan mengkaji salur darah ke jantung ...
Baca Lagi
CT Angiografi ialah pemeriksaan khas saluran darah menggunakan mesin CT dan jenis pemeriksaan terdiri daripada Serebral, Karotid, Aorta, Kardiak, Lower dan Upper Limb ...
Baca Lagi
Pemeriksaan MRI Otak menggunakan medan magnet dan gelombang frekuensi radio bagi menghasilkan imej keratan rentas otak melalui komputer tetapi MRI tidak mempunyai kesan radiasi seperti sinar-X ...
Baca Lagi
Pemeriksaan CT Toraks adalah pemeriksaan imbasan CT untuk memperlihatkan struktur morfologi organ-organ dalam rongga torak seperti jantung dan paru-paru dan struktur organ lain dalam rongga mediastinum dan paru serta bahagian atas abdomen iaitu hati ...
Baca Lagi
Apakah itu Bone Mineral Densitometry (BMD)? BMD adalah salah satu ujian yang menggunakan sinar-X rendah untuk menguji kepadatan mineral tulang dengan mengukur berapa banyak kalsium dan lain-lain jenis mineral yang berada di kawasan tulang anda. Ujian ini juga boleh membantu anda mengesan osteoporosis dan meramalkan risiko keretakan tulang anda. Gambar ...
Baca Lagi
Apakah itu ERCP? ERCP adalah satu pemeriksaan yang menggabungkan penggunaan alat endoskop dan fluoroskopi untuk mendiagnos dan merawat masalah sistem duktus biliari dan pankreas. Endoskop merupakan sejenis tiub fleksibel nipis dengan kamera video kecil dan cahaya di hujung yang digunakan untuk mendiagnos masalah dan melakukan prosedur saluran pencernaan atas termasuk ...
Baca Lagi
Apakah itu CT Abdomen? CT Scan Abdomen merupakan satu pemeriksaan imbasan ke atas struktur abdomen (rongga perut berserta isinya) dan kawasan sekitarnya. Pemeriksaan dapat memberi maklumat yang lebih tepat berkenaan tisu dan struktur abdomen. Kebanyakkan pemeriksaan CT Abdomen memerlukan suntikan media kontras (maklumat lanjut berkaitan media kontras boleh dirujuk ke ...
Baca Lagi
Apakah CT Forensik?Perubatan forensik merujuk kepada penggunaan perubatan dan teknologi dalam pengumpulan bukti untuk digunakan dalam mahkamah [1].CT Forensik adalah penggunaan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) ke atas mayat atau sebahagian anggota manusia yang telah meninggal dunia.Imej yang dihasilkan dari kaedah ini membolehkan mayat diperiksa dari pelbagai sudut yang dikehendaki ...
Baca Lagi
Apakah CTU?Computed Tomography Urography (CTU) merupakan pemeriksaan imbasan CT untuk melihat sistem urinari yang mengandungi ginjal, ureter (salur tiub kencing) dan pundi kencing.Untuk memperlihatkan sistem urinari dengan jelas, anda perlu minum bayak air kosong bagi memenuhkan pundi kencing.Pemeriksaan ini tidak memerlukan suntikan media kontras.Sebab-sebab pemeriksaan CTU dijalankanAntara sebab utama pemeriksaan ...
Baca Lagi
Apa Itu Pemeriksaan Imbasan CT (CT Scan)?Pemeriksaan imbasan CT (Computed Tomography) merupakan salah satu pemeriksaan radiologi yang menggunakan X-ray. Pemeriksaan CT dillakukan di bilik pemeriksaan CT dengan pesakit diletakkan di atas meja pemeriksaan dan diposisikan untuk mengambil imej pada bahagian yang tertentu. Pemeriksaan CT kebanyakannya akan menggunakan media kontras untuk ...
Baca Lagi
Apakah OPG?Orthopantomography (OPG) merupakan salah satu cara untuk memperlihatkan gigi dan rahang dengan menggunakan sumber X-ray. OPG digunakan oleh doktor untuk mengetahui masalah berkaitan gigi dan menentukan cara rawatan gigi.Antara sebab-sebab OPG diperlukan:Mengenalpasti sebab sakit atau bengkak gigi dan gusi.Mengenalpasti gigi yang tidak teratur.Merancang rawatan untuk gigi berlubang atau pembedahan ...
Baca Lagi
Apa itu pemeriksaan MRI Tulang Belakang?Pemeriksaan MRI (Magnetic Resonance Imaging) Tulang Belakang akan menghasilkan imej yang jelas melalui komputer dari pelbagai potongan tulang belakang. MRI menggunakan medan magnet dan gelombang frekuensi radio untuk menghasilkan imej dari bahagian tulang belakang. Medan magnet dan gelombang frekuensi radio tidak mempunyai kesan yang membahayakan ...
Baca Lagi
Apakah Itu Scoliosis? Scoliosis merupakan satu abnormaliti pada bahagian tulang belakang. Scoliosis akan menyebabkan tulang belakang seseorang berbentuk seperti ‘S’ atau pun berbentuk ‘C’. Scoliosis boleh menyebabkan tulang belakang bengkok ke arah sisi kanan atau ke sisi kiri. Golongan yang kerap menghadapi masalah scoliosis adalah golongan pra-remaja dan remaja perempuan ...
Baca Lagi
PengenalanAngiografi adalah salah satu dari prosedur radiologi untuk mengkaji saluran darah di dalam arteri atau vena. Untuk pemeriksaan X-ray biasa, saluran darah tidak dapat dilihat, media kontras akan disuntik ke dalam salur darah anda untuk memperlihatkan saluran darah dalam kawasan pemeriksaan. Gambar 1: Saluran darah di dalam tubuhSumber: http://kwikfit4u.comGambar 2: ...
Baca Lagi
Apa Itu CT Brain?Adalah satu pemeriksaan imbasan ke atas struktur tengkorak dan otak.Pemeriksaan CT Brain boleh memberi maklumat yang lebih tepat berkenaan tisu otak dan juga struktur otak berbanding dengan pemeriksaan X-ray kepala. [4]Ada sesetengah indikasi bagi pemeriksaan CT Brain memerlukan suntikan media kontras. (maklumat lanjut berkaitan media kontras boleh ...
Baca Lagi
Apakah Pemeriksaan X- ray Mudah GerakPemeriksaan X-ray Mudah Gerak merupakan pemeriksaan X-ray yang dilakukan ke atas pesakit yang tidak boleh dibawa ke Jabatan X-ray seperti pesakit:TenatMemerlukan rawatan rapiPenyakit berjangkitDengan alat bantuan perubatan yang kompleksKes-kes forensikJenis Pemeriksaan Mudah GerakPemeriksaan X-ray Mudah Gerak yang biasa dilakukan:Dada (Toraks)Turus vertebraRangka kepalaAbdomen and pelvisAnggota atas ...
Baca Lagi
Mamografi ialah pemeriksaan x-ray ke atas payudara sebagai salah satu langkah pengesanan awal bagi kanser payudara jika wujud tanda-tanda seperti ketumbuhan (Lump) dan kesakitan payudara (breast pain) ...
Baca Lagi
Pengenalan X-ray dada ialah pemeriksaan yang dilakukan ke atas dada pesakit untuk melihat organ-organ dalam bahagian dada seperti paru-paru, jantung, diafram, tulang rusuk  dan saluran darah utama. Pemeriksaan X-ray dada biasanya akan dilakukan dengan posisis pesakit berdiri.  Pesakit akan diminta untuk menarik nafas dan menahan nafas seketika ketika pemeriksaan x-ray ...
Baca Lagi
Pemeriksaan Ultrasound adalah pemeriksaan yang menggunakan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi untuk menghasilkan imej sebahagian organ dalam badan menggunakan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi ...
Baca Lagi
Teleradiologi merupakan satu kaedah transmisi imej radiologi dari satu lokasi ke lokasi lain menggunakan komputer, rangkaian telefon dan kemudahan internet ...
Baca Lagi
Apa Itu MRI?Pengimejan resonans magnetik (MRI) adalah pemeriksaan yang menggunakan medan magnet dan gelombang radio untuk menghasilkan gambaran imej organ dan struktur dalam badan. Bahagian badan yang diperiksa diletakkan ke dalam mesin khas yang mengandungi magnet yang kuat. Pemeriksaan tidak menggunakan radiasi (X-ray) dan tidak invasif. Pemeriksaan dilakukan oleh Juru ...
Baca Lagi

Artikel Berkaitan

PEMERIKSAAN X-RAY BONE AGE

Pemeriksaan X-ray Bone Age adalah salah satu kajian yang dilakukan untuk mengkaji umur tulang bagi membantu doktor menganggar kematangan sistem rangka atau tulang kanak-kanak. Pemeriksaan ini biasanya dilakukan dengan mengambil X-ray disebelah kiri pergelangan tangan, tangan dan jari.

ANGIOGRAFI

Pengenalan Angiografi adalah salah satu dari prosedur radiologi untuk mengkaji

PEMERIKSAAN X-RAY LUTUT

Pemeriksaan x-ray lutut amatlah penting bagi mencari punca kepada rasa sakit, ketegangan, bengkak atau kecacatan lutut. Pemeriksaan ini juga mampu mengesan kepatahan tulang dan dislokasi sendi akibat kemalangan atau kecederaan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,234,719

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia