A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiologi
  6. /
  7. Radiologi Umum
  8. /
  9. KERJAYA JURU X-RAY DIAGNOSTIK

KERJAYA JURU X-RAY DIAGNOSTIK

Juru X-ray Diagnostik merupakan anggota profesional kesihatan bersekutu yang menggunakan X-ray untuk menghasilkan imej bagi tujuan diagnosis seseorang pesakit.

Pengenalan

Juru X-ray merupakan seorang anggota profesional kesihatan bersekutu yang menggunakan X-ray untuk menghasilkan imej bagi tujuan diagnosis seseorang pesakit. Juru X-ray menggunakan pelbagai jenis mesin X-ray untuk menghasilkan imej, antaranya ialah mesin radiografi am, imbasan CT, MRI dan fluoroskopi.

Memohon Kerjaya Juru X-ray

Untuk memohon sebagai seorang Juru X-ray dengan kerajaan, seseorang yang mempunyai kelayakan boleh mengisi borang secara atas talian di laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam iaitu www.spa.gov.my.

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Lantikan Ke Gred U29

  • Diploma Radiografi atau Radioterapi daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau GRED U29 [ Gaji Permulaan : RM1,687.59 ]

  • Diploma daripada Society of Radiographer United Kingdom yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2. Lantikan Ke Gred U41

  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf olah kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. GRED U41 [ Gaji Permulaan : RM2,260.00 ]

  • Senarai bidang yang dipertimbangkan bagi lantikan ke Gred U41:

    • Diagnostik – Sarjana Muda Pengimejan Diagnostik & Radioterapi (UKM), Sarjana Muda Radiografi dan Pengimejan Diagnostik (UIAM), Sarjana Muda Pengimejan Perubatan (UiTM).

Deskripsi Tugas

1.  Juru X-ray Gred U29

  • Tanggungjawab klinikal

  • Aspek pengurusan organisasi

  • Perlindungan sinaran terhadap pesakit, orang awam dan staf.

  • Memastikan kualiti imej yang dihasilkan.Pendidikan dan latihan.

  • Teknologi terkini:

    • Mengikuti perkembangan terkini pengimejan diagnostik.

2.  Juru X-ray Gred U41

  • Fungsi Klinikal

    • Menyemak dan meneliti permohonan pemeriksaan radiografi dan menentukan projeksi.

    • Memberi penerangan yang jelas kepada pesakit tentang pemeriksaan dan persediaan yang diperlukan mengikut arahan yang ditetapkan.

    • Melakukan pemeriksaan radiografi mengikut permohonan yang dibuat oleh doktor yang merawat pesakit.

  • Fungsi Penjagaan Peralatan dan Kawalan Mutu

    • Menggunakan pengetahuan elektronik basik dan fizik dalam tugas radiografi seperti membuat trouble-shooting jika perlu sebelum melaporkan kerosakan.

    • Menjalankan ujian peralatan mengikut jadual yang ditetapkan.

  • Fungsi Pengurusan

    • Memantau dan memastikan pengekalan mutu perkhidmatan radiologi yang tinggi.

  • Latihan dan Penyelidikan

    • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelatih Juru X-ray semasa penempatan klinikal.

    • Menyelaras aktiviti penyelidikan yang dikenalpasti dengan menyediakan bahan literature review dan menyediakan metodologi penyelidikan dan informasi berkaitan teknik penyelidikan.

  • Tugas-Tugas Lain

    • Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan ketua jabatan dan pegawai atasan.

Tempat Bertugas

Anda boleh ditempatkan bertugas di mana-mana fasiliti kesihatan kerajaan seperti hospital kerajaan atau klinik kesihatan kerajaan. [1]

Rujukan

  1. Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/Diploma/4970

 

Semakan Akhir : 9 Jun 2014
Penulis : Barnabas Jampi Agan
Akreditor : Daud bin Ismail

Artikel Berkaitan

MRI

Apa itu MRI? MRI atau Magnetic Resonance Imaging merupakan kaedah

Latihan Auditori

Latihan auditori ialah proses mengajar otak untuk mendengar. Ia merupakan proses mengajar individu bermasalah pendengaran.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,204,956

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia