A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Jenis-jenis dan Kekerapan Saringan untuk Inkontinen Urin

Pengenalan

Saringan inkontinen biasanya melibatkan penggunaan soal selidik (questionnaire) untuk mendapatkan maklumat berkenaan simptom inkontinen urin dan impak inkontinen terhadap kualiti hidup.

Soal selidik yang digunakan dapat mengesan simptom dan tanda inkontinen urin dan dapat menilai keterukannya daripada segi fizikal, sosial, psikologi dan kualiti hidup.

Saringan boleh dilakukan kepada golongan yang berisiko atau yang mempunyai simptom pada bila-bila masa.

Terdapat banyak jenis soal selidik yang telah dihasilkan untuk diguna pakai dalam saringan inkontinen.

Berikut adalah beberapa contoh soal selidik yang telah dihasilkan, (kebanyakan dalam Bahasa Inggeris):

  • Soal selidik untuk menilai simptom inkontinen:

    • Urogenital Distress Inventory (UDI)

    • UDI-6

    • Urge-UDI

    • Incontinence Severity Index

    • King’s Health Questionnaire

    • ICS male

    • ICS male SF

    • Danish Prostatic Symptom Score (Dan-PSSI)

  • Soal selidik untuk menilai impak terhadap kualiti hidup:

    • IIQ-7

    • Urge IIQ

    • Modified IIQ and IIQ-7

    • IQOL

    • King’s Health Questionnaire

    • Incontinence Impact Questionnaire (IIQ)

Soal selidik ini boleh juga dilayari secara atas talian. Antaranya seperti pautandi bawah:

Bergantung kepada hasil soal selidik, pesakit akan menjalani ujian-ujian dan penilaian-penialaian lain dalam proses pengendalian seterusnya. Ini adalah untuk memastikan diagnosis yang tepat dan seterusnya rawatan yang bersesuaian akan dirancang bergantung kepada keadaan pesakit.

Antara ujian dan penilaian yang boleh dilakukan:

  • Pengambilan sejarah perubatan

  • Diari buang air

  • Ujian analisis urin

  • Pemeriksaan fizikal

  • Ujian demonstrasi inkontinen stres dengan batuk

  • Pemeriksaan saraf/neurologi

  • Ujian urodinamik

  • Cystourethroscopysejenis prosedur meneropong pundi kencing dan salurnya dengan kamera optik

  • Ujian pengimejan

 

Ujian Urodinamik
http://www.pediatricurologybook.com/urodynamic.html
Csytourethroscopy
http://www.orlandohealthdocs.com/orlandogynecologicsurgery/cystoscopy/

 

Semakan Akhir : 16 Julai 2013
Penulis : Dr. Mohd Daud bin Che Yusof

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,083,523

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia