A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Bayi & Kanak-Kanak
  4. /
  5. Jaundis Neonatal (Sakit Kuning...

Jaundis Neonatal (Sakit Kuning Pada Bayi) Dari Pandangan Makmal

Definisi

Jaundis neonatal atau dikenali sebagai icterus dalam bahasa ilmiah, merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh perubahan warna kekuningan pada kulit dan sclera (bahagian putih pada mata) bayi yang baru lahir. Jaundis neonatal merupakan sebab utama kemasukan semula ke hospital dalam minggu pertama usia selepas kelahiran. Keadaan ini berlaku hampir 70% dalam kalangan bayi yang dilahirkan selepas melalui terma penuh. Bayi yang dilahirkan sebelum mencapai terma penuh lebih cenderung untuk menjangkitijaundis neonatal. Jaundis neonatal terjadi akibat pemendapanbilirubin apabila terdapat peningkatan tahap bilirubin dalam darah, iaitu keadaan yang juga dikenali sebagai hyperbilirubinemia.

Bilirubin terhasil daripada penguraian hemoglobin dalam sel darah merah.Bilirubin wujud dalam bentuk tak terkonjugasi atau bebas (unconjugated) yang tidak larut air dan dibawa ke organ hati melalui albumin dalam plasma. Di dalam hati, ia kemudiannya ditukar kepada bilirubinterkonjugasi (conjugated) yang memiliki sifat larut dalam air. Bilirubin yang terkonjugasi kemudiaannya disingkirkan dalam hempedu.

Hyperbilirubinemia neonatal boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan yang sama ada bersifat sementara contohnya jaundis fisiologikal neonatal ataupun keadaan lebih teruk yang menyebabkan hyperbilirubinemia yang berlanjutan dalam bayi. Jaundis fisiologikal neonatal disebabkan oleh peningkatan kadar pemecahan sel darah merah serta organ hati bayi yang kurang matang. Keadaan yang tidak memudaratkan ini biasanya muncul dalam bayi yang berusia 2 hingga 4 hari dan akan beransur hilang sewaktu bayi berumur 1 hingga 2 minggu. Jaundis yang berlanjutan seringkali menunjukkan keadaan yang serius bagi bayi, contohnya penyakit hemolitik bayi yang baru lahir, penyakit atresiabiliari (penyakit di mana sistem hempedu luar tidak wujud dan menyebabkan bayi mengalami jaundis berpanjangan) ataupun hepatitis neonatal idiopathic yang jarang berlaku.

Penyiasatan Makmal

Pengurusan bayi yang jaundis biasanya hanya memerlukan pemerhatian dan ujian darah bersiri bagi ujian jumlah bilirubin. Bagi kes yang memerlukan penyiasatan lanjutan, ujian bagi pecahan bilirubin diperlukan. Bilirubin dalam darah biasanya diukur sebagai Jumlah Bilirubin atau Total Bilirubin (TBil) dan Bilirubin Langsung atau DirectBilirubin (DBil). Jumlah Bilirubin adalah jumlah bentuk yang langsung (direct) ataupun tidak langsung (indirect). Pecahan tidak langsung didapati melalui penolakan DBil daripada TBil. Bilirubin Langsung berhubungkait dengan bilirubin yang terkonjugasi sementara bilirubin tidak langsung dikaitkan dengan bilirubin tak terkonjugasi.

Pengumpulan dan Pengendalian Sampel

Darah boleh diambil daripada vena ataupun tumit kaki bayi. Sampel ulangan mungkin diperlukan sekiranya isipadu darah tidak mencukupi, tercemar ataupun disebabkan oleh faktor-faktor lain. Teknik tersebut melibatkan pengambilan darah yang boleh menyebabkan kesakitan dan trauma kepada bayi. Oleh hal yang demikian, di sesetengah kemudahan penjagaan kesihatan, pengukuran fotometritranscutaneous yang tidak-invasif di tempat penjagaan menggunakan peralatan khas bilirubinometer digunakan pada bayi bagi menggantikan pengambilan darah.

Bilirubin adalah sensitif kepada cahaya. Oleh sebab itu, sampel darah haruslah dilindungi daripada cahaya untuk memastikan ketepatan keputusan. Pendedahan sampel kepada cahaya ataupun haba boleh menyebabkan degradasibilirubin dan mengurangkan kepekatannya. Sampel darah perlu dihantar dengan segera ke makmal untuk diuji memandangkan kelewatan dalam penghantaran sampel darah boleh mempengaruhi keputusan ujian bilirubin. Serum atau plasma sampel yang jaundis kelihatan lebih gelap (keperangan), seperti dalam gambar rajah.

Sample collection and handling

Kaedah

Penentuan tahap Bilirubin membantu doktor memastikan mekanisme penyebab hyperbilirubinemia. Oleh itu, pengukuran Bilirubin yang tepat dan tiada kepincangan menjadi mandatori. Berikut disenaraikan beberapa kaedah analisis yang digunakan di makmal untuk penentuan tahap Bilirubin:

  1. Kaedah spektrofotometrik langsung

    Tahap penyerapan diukur dengan menggunakan spektrofotometer laluan jalur sempit dwi-gelombang. Jumlah Bilirubin bayi boleh ditentukan melalui perbezaan tahap penyerapan pada kedua-dua panjang gelombang tersebut.

  2. Kaedah Diazo

    Bilirubin paling biasa diukur berdasarkan prinsip kaedah tindakbalas diazo seperti yang dilaporkan oleh Hijmans van denBergh, di mana diazotizedsulfanilicacid (bahan uji diazoEhrlich) bertindakbalas dengan Bilirubin untuk menghasilkan azodipyrroles berwarna antara merah-jambu dan merah-keunguan yang boleh diukur secara kalorimetrik. Dalam larutan akueus, bilirubinterkonjugasi yang larut-air bertindakbalas dengan cepat dengan bahan uji dan boleh dikatakan bertindakbalas langsung (direct-reacting). Walaubagaimanapun, apabila metanol ditambahkan, kedua-dua bilirubinterkonjugasi dan tidak terkonjugasi adalah larut dan bertindakbalas dengan bahan uji untuk memberikan nilai jumlah bilirubin.Bilirubin tak terkonjugasi yang kurang larut dalam larutan akueus hanya dapat diukur selepas penambahan metanol, memberikannya istilah tindakbalas tidak langsung (indirect-reacting)

  3. Kromatografi Cecair Prestasi Tinggi / HighPerformanceLiquidChromatography (HPLC)

    Kaedah HPLC membolehkan pemisahan dan pengukuran pecahan bilirubin yang agak pantas. Kaedah pengukuran baru yang sangat tepat melibatkan metanolisis beralkalibilirubin diikuti dengan pengekstrakan metil-ester bilirubin menggunakan kloroform dan kemudiannya pemisahan ester tersebut menggunakan kromatografi dan pengukuran secara spektrofotometrik.

    Walaubagaimanapun, untuk tujuan diagnostik, penggunaan teknik diazo langsung dan tidak langsung memberikan maklumat klinikal yang mencukupi.

Had ujian / Faktor yang mengganggu

Pigmen pemakanan seperti karotena boleh menyebabkan peningkatan paras Bilirubin yang diukur menggunakan kaedah spektrofotometrik langsung. Walaubagaimanapun, pigmen pemakanan biasanya tidak hadir dalam bayi disebabkan pemakanan mereka yang terhad. Pengukuran Bilirubin menggunakan kaedah diazo adalah tidak tepat dalam pengesanan Bilirubin pada paras yang rendah. Secara khususnya, pengukuran langsung akan memberikan keputusan yang lebih tinggi berbanding sebenar pada paras Bilirubinterkonjugasi yang rendah dan memberikan keputusan yang lebih rendah berbanding sebenar pada paras yang tinggi. Dengan itu,bagi kes tertentu, peningkatan sedikit Bilirubin tak terkonjugasi gagal dikenalpasti. Maklumat sebegini penting dalam pengesanan penyakit seperti Sindrom Gilbert.

Julat Rujukan:

Umur
Paras Jumlah Bilirubin
Terma Penuh
Pra-matang
mg/dL
mmol/L (SI unit)
mg/dL
mmol/L (SI unit)
0 -1 hari
<5.0
<86
<4.0

 

<68

 

>1 hari
<8.0
<137
<6.0

 

<103

 

Secara umumnya, julat rujukan normal bagi Jumlah Bilirubin, BilirubinTerkonjugasi dan Bilirubin Tak Terkonjugasiuntuk bayi baru lahir dari 0 hingga 7 hari adalah seperti di bawah:-

Jumlah Bilirubin : 1.0 – 10.0 mg/dL atau 17 – 170 µmol/L

Terkonjugasi (Bilirubin Langsung):

Tak Terkonjugasi (Bilirubin Tidak Langsung):

Kepentingan Ujian Makmal

Peningkatan paras Bilirubin dalam bayi boleh meresap ke dalam ganglia basal dan menyebabkan encephalopathy toksik (kernicterus) disebabkan oleh penghalang otak-darah yang kurang matang. Kernicterus dicirikan oleh kesan kuning pada bahagian meninges otak yang kaya-lipid serta saraf tunjang. Ini biasanya berlaku pada paras Bilirubin lebih daripada 20mg/dL (342 µmol/L) pada bayi dan boleh menyebabkan kematian, cerebralpalsy, pekak atau terencat akal. Oleh yang demikian, bayi yang memperlihatkan jaundis memerlukan pengawasan rapi dan jaundis bayi yang teruk memerlukan rawatan perubatan dengan segera.

Rujukan

  1. Arneson, W.L., &Brickell, J.M. (2007). Clinical Chemistry: A Laboratory Perspective. Philadelphia: F.A. Davis Company.
  2. Champe, P.C., Harvey, R.A., & Ferrier, D.R. (2005). Lippincott’s Illustrated Reviews: Biochemistry (3rded.). Baltimore: Lippincott Williams & Wilkins.
  3. Puppalwar, P.V., DrKalyanGoswami, &Dr. ArchanaDhok. (2012,Sep-Oct).Review on “Evolution of Methods of Bilirubin Estimation”.IOSR Journal of Dental and Medical Sciences (IOSRJDMS), 1(3), 17-28
  4. Fischbach, F.T., & Dunning III, M.B. (2009). A Manual of Laboratory and Diagnostic Tests (8thed.). Philadelphia: Wolters Kluwer Health|Lippincott Williams & Wilkins.
  5. Murray, R.K., Granner, D.K., Rodwell, V.W., Bender D.A., Mayes, P.A., Botham, K.M., et al. (2006). Harper’s Illustrated Biochemistry (27thed.). New York: The McGraw-Hill Companies, Inc.
  6. SaththaSivam, P., Voralu, K., NoraidaRamli, Mohd Rafi Mustapha, Julia Omar, & Van Rostenberghe, H. (2010, Jul-Sep). The effect of delayed transportation of blood samples on serum bilirubin values in neonates. Malaysian Journal of Medical Sciences, 17(3), 27-31.
Semakan Akhir : 02 Januari 2017
Penulis : Lee Kie Hie
Penterjemah : Jennifer Chiam Poh Fung
Akreditor : Lau Kim Bee

Artikel Berkaitan

Lemas

Lemas mudah berlaku di kalangan kanak-kanak. Mereka tidak boleh melindungi diri sendiri dengan sepenuhnya

Vaksin BCG/TB

Apa itu BCG? BCG adalah singkatan bagi Bacillus Calmette Gurrain.

Demam Denggi

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,400,947

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia