Jatuh

Pengenalan

Jatuh adalah punca utama yang menyebabkan ketidakupayaan dan kematian di kalangan warga emas. Lebih daripada 1/3 warga emas yang tinggal di komuniti jatuh setiap tahun.

Faktor risiko:

Persekitaran

  • Alas lantai yang tidak sesuai (loose)
  • Lantai yang licin
  • Tangga yang curam
  • Kurang pencahayaan
  • Pemakaian kasut dan pakaian yang tidak sesuai (terlampau longgar/ketat)
  • Kekurangan peralatan keselamatan seperti pemegang tangan

Ubat

  • Boleh mempengaruhi fungsi mental dan fizikal yang mengakibatkan jatuh

Masalah Perubatan

  • Sakit Sendi (Arthritis)
  • Tulang rapuh (Osteoporosis)
  • Kekurangan Penglihatan (Visual impairment)
  • Pening (Dizziness)
  • Nyanyuk (Dementia)
  • Angin ahmar (Stroke)
  • Penyakit Parkinson

Faktor pemakanan

  • Diet yang tidak seimbang terutama kekurangan pengambilan kalsium dan vitamin D

Kurang Senaman

Komplikasi

  • Akibatnya:
    1. Boleh mengakibat kecederaan otak dan patah tulang
    2. Kemasukan ke hospital
    3. Psikologi-ketakutan, hilang keyakinan, keresahan, kemurungan, pengasingan sosial dan fungsi yang terhad
    4. Ketidakupayaan yang mengakibatkan pergantungan kepada orang lain
    5. Keadaan tidak dapat bergerak boleh mengakibatkan kudis tekanan, kelemahan/kecederaan otot dan jangkitan paru-paru

Rawatan

  • Diagnosa dan rawatan terhadap masalah perubatan
  • Penilaian oleh jurupulih anggota dan jurupulih cara kerja

Pencegahan

  • Cara hidup sihat
  • Persekitaran mesra warga emas seperti pencahayaan yang mencukupi dan penyediaan ruang kaki lima
  • Mengenalpasti dan mengelakkan faktor risiko seperti di atas
  • Penjagaan kaki dan pemakaian kasut yang bersesuaian

Rehabilitasi

  • Pendekatan pelbagai bidang boleh memperbaiki keseimbangan semasa berdiri, bergerak dan berjalan
  • Untuk mengembalikan keupayaan berdikari dan keyakinan diri
  • Memperbaiki persekitaran rumah dan mengalihkan barang-barang yang berisiko
  • Mengajar strategi supaya berupaya menghadapi kejatuhan pada masa depan

 

Artikel Berkaitan:

Masalah Berjalan Di Kalangan Warga Emas

 

Semakan akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Joseph Ngeh
: Dr. Mohd Daud Che Yusof
: Dr. R. Sukumar a/l Rajaretnam
Penyemak : Dr. Mohd Daud Che Yusof