A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Jangkitan Rotavirus

Apakah jangkitan Rotavirus?

Jangkitan Rotavirus adalah jangkitan usus yang biasa berlaku pada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 3 tahun. Gejala-gejala jangkitan ini ialah cirit-birit, muntah dan demam. Kekurangan cecair badan disebabkan cirit birit dan muntah ini boleh membawa maut jika gantian cecair tidak diberikan dalam kadar segera.

 

Apakah yang menyebabkan jangkitan ini?

Rotavirus adalah salah satu penyebab utama cirit birit dan muntah di kalangan kanak-kanak. Rotavirus merebak melalui pencemaran najis.

 

Apakah vaksin yang ada dan bagaimana ia diberikan?

Vaksin pencegahan jangkitan Rotavirus adalah vaksin oral (live vaccine) yang mengandungi 5 jenis rotavirus yang dihasilkan daripada rangkaian rotavirus manusia dan lembu. Terdapat 2 jenis vaksin rotavirus di Malaysia iaitu ‘RotaRix’ dan ‘RotaTeg’. Pemberian vaksin ini adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pengeluar vaksin masing-masing.

 

Siapa yang patut menerima vaksin ini?

Ibu bapa boleh memilih untuk memberi vaksin ini kepada anak mereka untuk mencegah jangkitan ini.

Rujukan

  1. World Health Organization. Rotavirus vaccines: Who position paper – july 2021 – Vaccins antirotavirus : Note de Synthèse de l’OMS – juillet 2021. Weekly Epidemiological Record [Internet]. 2021;28(16).
  2. https://www.who.int/news/item/11-12-2010-global-use-of-rotavirus-vaccines-recommended

 

Semakan akhir

:

10 Mei 2024

Penulis

:

Dato’ Dr. Jimmy Lee Kok Foo

Penyemak

:

Dr. Hazwani Mohamed Padzir

Artikel Berkaitan

Demam Kepialu

Apa itu Demam Kepialu? Ini adalah jangkitan kuman bakteria pada

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,684

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia