A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius.

Virus Influenza merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin. Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.

Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim hanya menyebabkan demam selsema (flu) yang ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti:
kanak-kanak
warga tua
wanita mengandung
mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan lain-lain.

Komplikasi akibat jangkitan influenza teruk yang dialami oleh golongan berisiko tinggi ini juga berpotensi untuk menyebabkan kematian.

Orang awam secara amnya dan golongan berisiko tinggi secara khususnya juga digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim di fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara.

✅ Langkah-langkah pencegahan penyakit influenza yang boleh diamalkan adalah seperti dikongsikan. 

 

SOALAN FAQ: Penyakit Influenza

BAHAN MEDIA

   

Lindungi individu berisiko daripada jangkitan Influenza

Elakkan jangkitan COVID-19 dan Influenza

 

Tanda & Gejala

Perbezaan simptom selesema, ILI dan COVID-19

Perbezaan simptom selesema, ILI dan COVID-19

Cara penularan selesema, ILI dan COVID-19

Kumpulan berisiko ILI dan COVID-19

Langkah pencegahan ILI dan COVID-19

Tanggungjawab Individu – Putuskan rantaian jangkitan Influenza-Like-Illness

Peranan Ibu Bapa – Putuskan rantaian jangkitan Influenza-Like-Illness

Peranan Sekolah – Putuskan rantaian jangkitan Influenza-Like-Illness

Rawatan Influenza-Like-Illness

Ciri-ciri penyakit Influenza-Like-Illness (ILI)

Apa itu Influenza-Like-Illness (ILI)

Artikel Berkaitan

Penyakit Anjing Gila (RABIES)

Rabies: Penyakit sistem saraf oleh jangkitan virus. Ia merebak melalui gigitan haiwan. Pesakit hanya menunjukkan tanda-tanda selepas 20 hingga 60 hari selepas gigitan haiwan.

Soalan Lazim – Penyakit Polio

Penyakit polio adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus polio. Virus ini menyerang sistem saraf manusia dan boleh menyebabkan kelumpuhan kekal. Sekiranya kegagalan pernafasan berlaku, ia boleh membawa maut kepada manusia.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,366,703

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia