A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Apa itu impetigo?

Impetigo adalah jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria tertentu (Streptococcus atau Staphylococcus). Bakteria tersebut memasuki bahagian kulit yang rosak disebabkan menggaru, luka atau lain-lain masalah kulit. Ia biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Ia juga mudah tersebar kepada orang lain.

Bagaimana ia berlaku?

Ia bermula dengan gelembung-gelembung kecil dan akhirnya pecah dan mengeluarkan cecair. Cecair tersebut akan kering dah menghasilkan kulit keras yang berwarna coklat kekuningan.

Bahagian badan manakah ia berlaku?

Ia selalu dilihat pada bahagian muka di sekeliling mulut dan hidung. Bagaimanapun ia juga boleh terjadi pada bahagian lain badan terutamanya bahagian yang terdedah.

Contoh impetigo :

 

Bagaimana ia berjangkit?

Penyakit ini mudah berjangkit melalui beberapa cara :

  • Bersentuhan badan dengan orang yang dijangkiti penyakit ini.
  • Berkongsi pakaian, tuala atau tempat tidur dengan orang yang dijangkiti. Ia juga boleh merebak daripada satu bahagian badan kepada bahagian badan lain.

Komplikasi

Jika impetigo tidak dirawat, kanak-kanak akan mengalami:

  • Demam / Sepsis.
  • Cellulitis.
  • Osteomyelitis.
  • Kadang-kala jangkitan bakteria Streptococcus ini boleh membawa kepada penyakit buah pinggang yang serius dipanggil Glomerulonephritis.
  • Pada bayi, penyakit ini lebih tersebar luas dan lebih teruk.

Apakah yang patut anda lakukan apabila anak anda mengalami impetigo?

  • Bawa anak anda berjumpa doktor.
  • Rawatan dengan ubat sapu mungkin diperlukan.
  • Antibiotik melalui mulut mungkin diperlukan jika penyakit ini tersebar luas dan lebih teruk.

Tindakan lain :

  • Basuh dengan cermat bahagian kulit yang keras dengan sabun / larutan antiseptik dan air 3 – 4 kali sehari.
  • Menahan diri daripada menggaru bahagian tersebut untuk mengelakkan ia merebak ke bahagian lain.

Bagaimana jangkitan ini dapat dielakkan?

  • Jauhkan kanak-kanak daripada sekolah atau pusat jagaan sehingga sembuh.
  • Elakkan berkongsi tuala, pakaian dan cadar.
  • Basuh tangan dengan bersih menggunakan sabun dan air selepas bersentuhan dengan kulit yang dijangkiti.
  • Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih.
  • Pastikan ubat diambil mengikut preskripsi doktor.
Tarikh Akhir Kemaskini : 27 April 2012
Penulis : Dr. R. Sukumar a/l Rajaretnam
Penyemak : Dr. Sabeera Begum bt. Kader Ibrahim

 

Artikel Berkaitan

Ekzema

Apa itu ekzema? Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak.

Urtikaria

Apakah itu urtikaria? Urtikaria atau gegata adalah keadaan di mana

Ruam

Ruam merupakan masalah biasa di kalangan kanak-kanak. Ruam boleh terjadi

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,545,261

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia