Home > Remaja > Tumbesaran > Perhubungan Anda > Identiti Remaja

Identiti Remaja

Apa itu identiti?

Identiti adalah berkenaan mengetahui siapa diri anda. Mengenali diri anda ialah mencari identiti anda sendiri. Identiti termasuk: Meletakkan diri anda di dalam

  • Berperanan
  • Berkemahiran
  • Berpengetahuan
  • Personaliti
  • Tingkah laku
  • Budaya
  • Etnik/bangsa
  • Agama
  • Jantina
  • Keluarga
  • Kawan-kawan

Membentuk identiti sangat kompleks iaitu:

  • Bermula dari zaman kanak-kanak
  • Tinggal di sesuatu tempat di dalam jangka masa lama
  • Penting ketika melangkah remaja
  • Terlibat di dalam pelbagai pengalaman semasa perkembangan hidup

Bagaimanakah seseorang itu membentuk identiti?

Faktor-faktor positif yang mempengaruhi identiti adalah:

Ibu bapa dan ahli keluarga

Ibu bapa yang sentiasa menggalakkan remaja melibatkan diri dalam membuat keputusan keluarga akan memperkukuhkan pembentukan identiti remaja. Faktor-faktor meningkatkan pembentukan identiti:

  • Jika anda diterima seadanya oleh keluarga anda
  • Jika anda diberi penerangan dan penjelasan tentang apa yang akan terjadi apabila anda melanggar peraturan
  • Jika ibu bapa sentiasa menekankan keperluan mematuhi peraturan dan kepentingan peraturan dan ‘norma’
  • Sekiranya anda dihormati kerana individual anda dan dibenarkan meluahkan pendapat anda, berundinglah dan bertolak-ansur di dalam perbincangan itu

Budaya dan etnik/bangsa

  • Budaya adalah satu kombinasi tingkah laku dan sikap di kalangan kumpulan manusia.
  • Amalan sosialisasi dan jangkaan berbeza dari satu budaya dengan budaya yang lain.
  • Etnik dan amalan budaya anda mempengaruhi identiti.

Jantina

Sama ada lelaki atau pun perempuan terdapat banyak aspek yang mempengaruhi identiti.

Agama

  • Agama
  • memberi garis panduan dalam membentuk tingkah laku.
  • Agama memberi tunjuk ajar kepada remaja untuk menempuh kehidupan menjadi seorang dewasa.

Rakan sebaya (Kawan-kawan)

Pergaulan dengan kawan-kawan mempengaruhi identiti anda:

  • Tingkah laku
  • Pandangan
  • Muzik
  • Aktiviti
  • Dan lain-lain

Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Dr. Siti AIshah bt. Saidin
: Dr. Sanidah bt. Mohd. Ali
: Dr. Jemah bt. Sajari
Penyemak : Datin Dr. Sheila Marimuthu