A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Remaja
  4. /
  5. Ujian Makmal
  6. /
  7. Hormon Dan Kitaran Haid

Hormon Dan Kitaran Haid

Pengenalan

Hormon merupakan bahan kimia yang dibebaskan daripada sel, kelenjar atau organ dalam tubuh badan. Ia boleh mempengaruhi sel-sel di bahagian tubuh badan yang lain.Istilah haid (“menstruation” dan “menses” dalam Bahasa Inggeris) berasal dari Bahasa Latin yang bermaksud bulan. Dalam manusia, kitaran haid berlaku secara bulanan dengan purata 28 hari setiap kitaran.

Tempoh kitaran haid dikira dari hari pertama datang haid sehingga hari pertama haid pada bulan seterusnya.Ktaran haid yang tetap bergantung pada interaksi kompleks homon antara kelenjar pituiteri, ovari dengan rahim. Folikel ovari ialah unit asas pembiakan perempuan. Satu folikel terdiri daripada kumpulan sel di dalam ovari. Ia mengandungi ovum (telur) yang belum matang.

Kitaran haid adalah penting untuk menghasilkan ovum (telur) dan menyediakan rahim untuk penghamilan. Oleh itu, kitaran haid boleh diganggu dengan penggunaan hormon pencegah kehamilan untuk mengelakkan pembiakan.Kitaran haid berlaku dalam golongan perempuan yang subur dan primat betina yang lain.

Hormon dalam Kitaran Haid

Kelenjar pituitary di dalam otak menghasilkan Hormon Peransang Folikel (Follicle Stimulating Hormone, FSH) dan Hormon Peluteinan (Luteinizing Hormone, LH) semasa kitaran haid. Jenis hormon yang terlibat dalam kitaran haid dan fungsinya adalah seperti berikut:

Hormon Fungsi
FSH Merangsang satu atau beberapa folikel di dalam ovari untuk menghasilkan ovum

 

LH Menyebabkan ovum matang dibebaskan dari ovari dalam proses yang dikenali sebagai ovulasi. LH juga meransang korpus luteum(folikel kosong yang dibebaskan oleh ovum) untuk menghasilkan progesterone.

 

Estrogen/Estradiol Ovari menghasilkan estrogen untuk memulakan pembaikian lapisan rahim yang luruh semasa kitaran haid yang lepas.

 

Progesterone Menebalkan lapisan rahim dan bersedia untuk pembenaman ovum yang disenyawakan.

 

Perubahan Hormon Semasa Kitaran Haid

Kitaran haid dibahagikan kepada tiga fasa:

  1. fasa folikel atau proliferatif
  2. fasa ovulasi
  • fasa luteum atau sekretori.

Semasa fasa folikel, paras FSH meningkat dan merangsang beberapa folikel ovari untuk berkembang. Salah satu folikel akan menjadi dominan dan menjadi matang. Pada masa yang sama, ovari menghasilkan estrogen. Ini mengakibatkan paras FSH menurun dan LH meningkat.

Paras LH mencapai kemuncak pada 34 hingga 36 jam sebelum ovulasi. Folikel yang matang pecah dan membebaskan ovum dari ovari. Ovum tersebut ditolak ke dalam saluran fallopio.Ovum menjadi matang selepas disenyawakan oleh sperma atau merosot jika tidak disenyawakan selepas satu hari.

Selepas ovulasi, folikel yang pecah akan berukar menjadi korpus luteum. Korpus lutem menghasilkan progesteron dan estrogen. Kedua-dua hormon ini akan menyebabkan paras LH dan FSH menurun.

Korpus luteum merosot pada penghujung fasa luteum. Kemudian paras estrogen dan progesteron menurun. Kejatuhan paras hormon menyebabkan rahim meluruhkan lapisannya dan ovum yang tidak disenyawakan. Proses ini dikenali sebagai haid (juga dinamakan pendarahan haid).

Akhirnya, kelenjar pituitari diransang untuk menghasilkan FSH dan kitaran baru bermula.

Gambar rajah di bawah menunjukkan perubahan hormon dan ketebalan dinding rahim semasa kitaran haid.

Perubahan hormon dan ketebalan dinding rahim semasa kitaran haid

Persediaan Sebelum Pengambilan Sampel

Ujian paras FSH, LH, progesteron dan estrogen boleh membantu untuk mencari punca ketidaksuburan.

Ujian-ujian ini juga digunakan seterusnya untuk memantau kesan rawatan ketidaksuburan, jika perlu. Ujian tersebut pun boleh membantu untuk menentukan masalah-masalah berkaitan dengan pituitari dan kanser jenis lain.

Ujian-ujian ini dijalankan dengan menggunakan contoh darah. Lebih daripada satu contoh darah mungkin diambil setiap hari untuk beberapa hari berturutan bagi mengenalpasti masalah kitaran haid.

Ujian-ujian tersebut boleh dipengaruhi oleh ubat tertentu, seperti pil perancang keluarga. Pendedahan kepada radioisotop dalam masa seminggu dari masa ujian boleh mempengaruhi keputusan ujian.

Maklumat tentang kitaran haid seperti tarikh hari pertama kitaran haid yang lalu dan kehamilan perlu dimaklumkan kepada doktor anda sebelum permintaan ujian darah.

Kaedah Ujian

Kaedah ujian FSH dan LH yang paling lazim digunakan adalah two-site chemiluminometric (sandwich) immunoassay.

Paras estradiol dan progesteron diukur dengan kaedah immunoassay dengan menggunakan teknologi competitive chemiluminescent.

Julat Normal – Keputusan Ujian

UJIAN   PEREMPUAN LELAKI
FSH Sebelum baligh 0 – 4.0 IU/L 0 – 5.0 IU/L
Semasa baligh 0.3 – 10.0 IU/L 0.3 – 10.0 IU/L
Dewasa 4.7 – 21.5 IU/L

(datang haid)

 

1.5 – 12.4 IU/L
25.8 – 134.8 IU/L (putus haid)
LH Fasa folikel 1.9 – 12.5 IU/L Umur 20 – 70:

0.7 – 7.9 IU/L

Puncak kitaran haid 8.7 – 76.3 IU/L > 70 tahun:

3.1 – 34 IU/L

Fasa luteum 0.5 – 16.9 IU/L
Menopaus 15.9 – 54.0 IU/L
Estradiol 20 – 750 pg/mL

(dating haid)

14 – 55 pg/mL
< 35 pg/mL

(putus haid)

Progesterone Kitaran Haid

Hari 1 – 14

 

Hari 15 – 28

<1 ng/mL atau 0.5 – 2.3 nmol/L

2 – 25 ng/mL atau

6.4 – 79.5 nmol/L

<1 ng/mL atau

< 3.2 nmol/L

Kehamilan

Trimester pertama

Trimester kedua

Trimester ketiga

 

10 – 44 ng/mL or 32.6 – 140 nmol/L

19.5 – 82.5 ng/mL atau 62 – 262 nmol/L

65 – 290 ng/mL atau 206.7 – 728 nmol/L

Putus haid <1.0 ng/mL atau

< 2 nmol/L

 Rujukan

  1. Silverthorn, Dee Unglaub (2013). Human Physiology: An Integrated Approach (6th). Glenview, IL: Pearson Education, Inc. pp. 850–890. ISBN0-321-75007-1.
  2. Klump KL, Keel PK, Racine SE, et al. (February 2013). “The interactive effects of estrogen and progesterone on changes in emotional eating across the menstrual cycle”. J Abnorm Psychol122 (1): 131–7. doi:1037/a0029524. PMID22889242.
  3. Kaplan LA, Pesce AJ, Kazmierczak SC. Clinical Chemistry: Theory, Analysis, Correlation (4th) Mosby, Inc. pp. 851-857. ISBN 0-323-01716-9.
  4. http://labtestsonline.org/understanding/analytes/estrogen/tab/ask
  5. http://women.webmd.com/progesterone
Semakan Akhir : 31 Januari 2016
Penulis/Penterjemah : Katheleen Ng Li Fong
Akreditor : Lau Kim Bee

Artikel Berkaitan

Bunuh Diri

Apa itu bunuh diri? Bunuh diri ialah satu tindakan yang

Remaja & Diet Kilat (Crash Diets)

Hanya cara pemakanan dan pemakanan yang teratur boleh memecahkan lemak berlebihan dan membantu anda mencapai berat badan yang unggul dan kecergasan badan dan minda pada tahap optimum. JANGAN crash diet!!

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,488,038

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia