A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

HIV / AIDS

HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser.

Apa itu HIV dan AIDS?

HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser. AIDS adalah singkatan bagi ‘Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit’ dan adalah peringkat terakhir jangkitan HIV.

Pada tahun 2018, terdapat 37.9 juta orang menghidap penyakit HIV/AIDS di seluruh dunia, di mana 1.7 juta orang baru dijangkiti manakala 770000 orang maut. http://www.unaids.org/.

Cara Jangkitan HIV

Bagaimanakah HIV merebak?

HIV mudah dijangkiti melalui cecair badan seperti:

  • Darah
  • Air mani
  • Cecair faraj
  • Susu ibu

HIV boleh merebak melalui:

  • Hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti (termasuk hubungan melalui faraj, dubur atau mulut)
  • Penagih dadah yang berkongsi jarum dan alat suntikan
  • Pemindahan darah dan organ yang tercemar dengan virus HIV
  • Ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim, melahirkan atau sewaktu menyusu.

Bagaimanakah HIV tidak boleh merebak?

Virus HIV adalah virus yang lemah, tidak bertahan diluar badan manusia. HIV tidak boleh dijangkiti melalui:

  • Sentuhan seperti duduk bersebelahan, berjabat tangan, memeluk atau bekerja dengan pesakit HIV
  • Berkongsi kemudahan awam seperti telefon awam, kolam renang, tandas dan pengangkutan awam
  • Berkongsi perkakas atau makanan dengan seorang pesakit HIV
  • Bersin, batuk, berpeluh atau kencing
  • Gigitan nyamuk

Tanda dan Gejala

Apakah tanda-tanda jangkitan HIV?

Kebanyakan pesakit yang dijangkiti HIV tidak menyedari bahawa mereka telah dijangkiti. Sebilangan pesakit mengalami gejala-gejala berikut dalam masa 1-6 minggu selepas dijangkiti kuman HIV:

  • demam
  • sakit tekak dan batuk
  • sakit otot
  • sakit kepala
  • cirit-birit
  • bengkak kelenjar limfa
  • letih
  • ruam
  • sakit sendi
  • turun berat badan

Pada peringkat awal, selalunya pesakit kelihatan sihat tetapi dirinya HIV positif. Walaupun pesakit tidak mempunyai tanda-tanda HIV/AIDS, tetapi ia boleh merebak dan menjangkiti orang lain.

Apakah gejala-gejala jangkitan AIDS?

Pesakit HIV mudah untuk mendapat jangkitan kuman disebabkan sistem ketahanan badan lemah. Sekiranya tidak mendapatkan rawatan, gejala AIDS akan muncul dalam 8-15 tahun

Gejala-gejala tersebut adalah seperti berikut:

  • ruam
  • jangkitan sistem pernafasan
  • jangkitan paru-paru yang teruk dan batuk kering
  • cirit-birit yang kronik
  • jangkitan kuman pada otak (contohnya toxoplamosis)
  • Jangkitan kulat (contohnya candidiasis pada saluran makanan atau sistem pernafasan)
  • kanser (contohnya Kaposi’s sarcoma)

Dalam masa 2 tahun, pesakit AIDS boleh maut disebabkan jangkitan kuman yang teruk, susut berat badan dan lemah.

Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada dijangkiti HIV?

Ujian saringan HIV terdapat di mana-mana klinik atau hospital. Ujian segera menggunakan ‘HIV rapid test test kit’ (keputusan dalam masa 15 minit) juga boleh didapati. Maklumat individu akan dirahsiakan.

Ibu mengandung yang mendapatkan pemeriksaan di klinik ibu mengandung akan menjalani ujian saringan HIV. Ini bertujuan untuk mengesan awal penyakit HIV supaya kaunseling, rawatan awal dan penjagaan kesihatan dapat diberikan untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada bayi.

Kaunseling sebelum dan selepas menjalani ujian akan diberikan. Kaunseling in penting supaya pesakit memahami tentang HIV/AIDS, mengurangkan risiko jangkitan dan sokongan dpaat diberikan kepada mereka.

Rawatan

Adakah ubat untuk menyembuhkan HIV/AIDS?

Tidak, masih tiada lagi ubat untuk menyembuhkan HIV/AIDS.

Walau bagaimanapun, penggunaan ubat anti-virus HIV dapat melambatkan proses penyakit ini.

Siapakah perlu dirawat dan dimanakah untuk mendapatkan rawatan?

Semua pesakit HIV disarankan untuk mengambil ubat anti-retroviral walaupun mereka tidak mempunyai tanda atau gejala. Mereka akan menerima kaunseling berkenaan ubat anti retroviral. Jika pesakit bersetuju untuk rawatan, beliau mesti mengikut jadual rawatan ubat yang di tetapkan dan hadir rawatan susulan di klinik atau hospital. Ini adalah untuk memastikan pesakit mencapai keadaan ‘viral load suppression’, di mana virus tidak aktif dan bacaan virus sangat rendah atau tidak dapat di kesan (undetectable level), 6 bulan selepas memulakan rawatan. Rawatan ubat adalah sepanjang hayat.

Kerajaan menyediakan kombinasi 3 ubat anti-virus dikenali sebagai Highly Active Anti-Retroviral Therapy (HAART) secara percuma kepada semua pesakit HIV:

Ubat anti-virus boleh didapati di hospital kerajaan dan klinik kesihatan. Rawatan HIV/AIDS juga termasuk:

  • pencegahan dan rawatan untuk jangkitan oportunis (opportunistic infection)
  • nasihat mengenai pemakanan berkhasiat
  • rawatan penyakit kelamin
  • kaunseling ( perubatan dan psikologi)

Pencegahan

Pencegahan di kalangan individu berisiko tinggi dan orang awam adalah penting disebabkan tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit AIDS dan begitu juga vaksin untuk mencegah HIV.

  • Pencegahan daripada merebak melalui hubungan seks adalah:
    • jauhi diri daripada mengadakan hubungan seks bebas
    • setia kepada pasangan anda
    • amalkan hubungan seks selamat termasuk menggunakan kondom
    • gunakan jarum baru atau alat suntikan pakai buang
  • jangkitan melalui ibu kepada anak dapat dikurangkan dengan mengambil anti-virus sewaktu mengandung dan bersalin, pembedahan caeserian section yang dirancang dan mengelakkan penyusuan susu ibu
  • anggota-anggota kesihatan hendaklah sentiasa mematuhi peraturan kawalan jangkitan supaya dapat mengelakkan kecederaan disebabkan jarum dan alatan tajam.
  • individu berisiko tinggi hendaklah menjalankan ujian HIV
  • pastikan mengunakan alat-alat yang steril untuk menindik telinga dan membuat tatu.
  • sentiasa mengamalkan cara hidup sihat berlandaskan agama dan nilai-nilai murni.

Kumpulan Sokongan

AIDS/STD Section
Disease Control Division
Ministry of Health
Level 4, Block E10, Parcel E
62518 Putrajaya
Tel : 03-88834387
Fax : 03-88834285 Website : http://dph.gov.my/aids

The Malaysian AIDS Council
No. 12, The Boulevard Shop Office
Jalan 13/48A, Off Jalan Sentul
51000 Kuala Lumpur
Tel : 03 – 4045-1033
Fax : 03 – 4042-6133
Email : contactus@mac.org.my
For counseling: Toll free line at 1-800-88 18 48 or email : counseling@mac.org.my

Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH)
Tel : 03 – 6201 3179 / 0287
Fax : 03 – 6201 3013 / 5940
E-mail : ppm@pengasih.net Website : http://www.pengasih.net

Community AIDS Service Penang (CASP)
Tel : 04 – 229 9566 / 7412
Fax : 04 – 228 1624
E-mail : aidspg@tm.net.my

Federation of Family Planning Associations Malaysia (FFPAM)
Tel : 03 – 5633 7514 / 16 / 28
Fax : 03 – 5634 6638
E-mail : ffpam@po.jaring.my or ffpam2@tm.net.my

Islamic Medical Association of Malaysia (PPIM) wakekl@tm.net.my
Tel/Fax : 03 – 9172 1533
E-mail : abdhaq@pl.jaring.my or jeffrey@mail.hukm.ukm.my
Website : http://www.ppim.org.my

PT Foundation (PTF) Tel : 03 – 4044 4611 Fax : 03 – 4044 4622 E-mail: hishamhu@csd.tnb.com.my<
Sarawak AIDS Concern Society (SACS)
Tel : 019 – 857 9423
Fax : 03 – 4044 4622
E-mail : khaliku@normah.com

Women and Health Association of Kuala Lumpur (WAKE)
Tel : 03 – 2692 6861
Fax : 03 – 2692 6877
E-mail : wakekl@tm.net.my

Persatuan Perantaraan Pesakit-Pesakit Kelantan (SAHABAT)
Tel : 09 – 7472 119 / 012-9620656
Fax : 09 – 7502 504

Rujukan

Untuk keterangan lanjut mengenai fakta dan gambaran HIV/AIDS, sila rujuk pada senarai berikut:

  • http://www.dph.gov.my/aids/
  • http://www.who.int/hiv/en/
  • http://www.unaids.org/en/default.asp
  • http://www.cdc.gov/hiv/dhap.htm
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Wan Mohd Zahiruddin Wan Mohammad
Penyemak : Dr. Nor Faizah bt. Ghazali

Artikel Berkaitan

Program Pertukaran Jarum Syringe (NSEP)

NSEP adalah akronim kepada program pertukaran jarum suntikan dan picagari terpakai . Ia adalah merupakan sebahagian dari program Pengurangan Kemudaratan (Harm Reduction).

Terapi HIV

Rawatan ditawarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah ubat ’highly active antiretroviral therapy’ (HAART). Ini adalah merupakan kombinasi sekurang-kurangnya 3 jenis ubat anti-HIV yang dapat mengurangkan jumlah virus HIV dalam badan dan keterukan penyakit HIV. Rawatan ini terdapat di klinik kesihatan dan hospital KKM.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,233,075

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia