A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan...

Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan – ADHD

Soalan 1

Apakah Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD) dan apakah tanda/gejala ADHD?

Jawapan 1

DHD adalah satu masalah ‘neurodevelopmental’  yang berlaku di kalangan kanak-kanak. Definisi, tanda dan gejala serta maklumat lanjut tentang ADHD boleh didapati di Portal MyHEALTH:

http://myhealth.moh.gov.my/?p=338

Soalan 2

Anak saya berumur 8 tahun. Berdasarkan maklumat yang saya baca di internet, saya dapati anak saya ada tanda-tanda ADHD. Apa yang perlu saya lakukan?

Jawapan 2

Dapatkan surat rujukan untuk berjumpa pakar kanak-kanak daripada doktor di klinik kesihatan kerajaan atau swasta. Ia bertujuan untuk melakukan proses mengenalpasti, mengesah dan mendiagnosa masalah yang dihadapi. Kadangkala kanak-kanak bukan hyperaktif dan  cuma aktif biasa atau kurang perhatian dari orang dewasa yang menjaga (attention seeking) atau kerap dipukul , satu sebab kanak-kanak hyperaktif.

Keterangan lanjut boleh didapati di Portal MyHEALTH:
http://myhealth.moh.gov.my/?p=338

Soalan 3

Anak lelaki saya yang berumur 4 tahun mengalami masalah hiperaktif. Bagaimana saya dapat menghadapi masalah ini?

Jawapan 3

Secara normalnya kanak-kanak adalah cergas dan aktif. Kanak-kanak amat memerlukan perhatian dan kasih sayang ibubapa. Kesabaran yang tinggi sangat perlu dalam diri kita sebagai ibu dan bapa semasa proses membesarkan anak terutama anak yang aktif. Puan digalakkan membaca atau menghadiri seminar yang berkaitan dengan kemahiran keibubapaan dalam mendidik anak hiperaktif.

Berkaitan itu, pastikan kebajikan dan keperluan anak puan terjaga. Walau bagaimanapun sekiranya puan merasakan anak puan perlu rawatan serta pemeriksaan tahap mental dan kesihatan anak, sila bawa anak puan untuk berjumpa doktor atau pakar kanak-kanak untuk pemeriksaan lanjut. Dapatkan surat rujukan untuk berjumpa Doktor dari klinik kesihatan (kerajaan atau swasta) yang berhampiran.

Sila layari Portal MyHEALTH untuk maklumat lanjut berkaitan ADHD :

http://myhealth.moh.gov.my/?p=338

Semakan Akhir: 15 Disember 2014

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,416,849

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia